Kaki Berpeluh Dan Berbau Mucuk Cuba 5 Cara Mengatasinya





Masalah kaki berpeluh biasa terjadi. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan kaki pula berkuap dalam kasut yang tertutup. Sekali, bila buka kasut dan terhidu baunya, ayoooo… orang sebelah boleh muntah tau!! 
Jangan main-main dengan penangan kaki berpeluh nie dan ia perlu ditangani supaya tidak menimbulkan bau yang tidak menyenangkan



Bercerita tentang kaki berbau nie, teringkat pula dengan suatu kisah. Sis pernah terbaca kat dalam surat khabar. Apa jenis surat khabarnya, dah lupa sebab cerita ni zaman sis muda remaja dulu.

Sis ada terbaca satu kisah suami-isteri yang mana terpaksa berhadapan dengan penceraian gara-gara sang suaminya mengalami masalah kaki berbau busuk.

Disebabkan masalah kaki berbau jer rumahtangga yang dibina menemui kehancuran. Mungkin hal tersebut kita rasakan terlalu kecil, tapi bagi sesetengah orang perkara ini sukar untuk diterima.

Belajar daripada kisah tersebut, sis tak nafikan yang waktu itu sis takut sangat kalau dapat boyfriend yang ada masalah kaki berbau. Sis nie dah la alergik sikit dengan bau-bau yang tidak menyenangkan.Silap haribulan, boleh terus muntah!

Okay, abaikan cerita kisah sis tu sebab apa yang sis nak kongsikan ialah berberapa cara yang boleh dicuba bagi mengatasi kaki kuat berpeluh (hyperhidrosis) supaya tidak menimbulkan bau-bauan yang tidak menyenangkan. 
Baca Juga: 5 Penyebab Kaki Kebas


Punca Kaki Berpeluh

Ada yang kata masalah ini berkait rapat dengan faktor keturunan. Tapi boleh jadi juga disebabkan perkara lain yang bersangkut paut dengannya. Masalah sebegini boleh mengundang pelbagai masalah, stoking yang dipakai cepat basah, menimbulkan bau kaki, muncul kutu air dan cengkam kaki.

Sis yakin korang yang mengalami masalah kaki berpeluh sedikit sebanyak mesti hilang keyakinan diri. Tak pun… sikit punya risau time nak bukak kasut. Takut orang sekeliling terbau haruman yang bakal menusuk hidung itu.

Ada beberapa berkara yang boleh korag cuba untuk mengatasi masalah ini.



1. Membersihkan Kaki

Salah satu cara untuk mengatasi masalah kaki yang kuat berpeluh ini adalah dengan cara rajin membersihkan kaki.

Mencuci kaki yang berpeluh bukan setakat membersihkan peluh dan bakteria. Tetapi dapat juga menyegarkan kulit serta mengurangkan peluh.

Cuba bersihkan kaki sebanyak dua kali sehari. Sebaiknya gunakan sabun anti kulat atau beberapa titisan minyak essential seperti minyak tea tree ataupun minyak kayu putih



2. Gosok-Gosok Dengan Baking Soda

Baking soda dikatakan boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah kaki yang kuat berpeluh.

Cuba gosokkan baking soda yang telah dicampur dengan sedikit air pada permukaan kaki. Biarkan selama 5 minit, selepas itu bilas dan keringkan sehingga bersih


Baca Juga: 5 Cara Mudah Hilangkan Kutu Beras


3. Rendam Dalam Teh Hitam

Kandungan tanin yang terdapat dalam teh hitam dipercayai dapat mengecilkan pori-pori kulit sehingga mengurangkan pengaliran peluh.

Sediakan besen yang berisi air panas suam. Kemudian masukkan dua uncang teh hitam dan kacau-kacau. Setelah itu, barulah korang rendam kedua belah kaki ke dalam air teh hitam selama lebih kurang 20 minit.




Baca Juga: Semak Kolesterol Tinggi Dalam Badan 

4. Pakai Stoking Yang Tepat

Kalau korang memang jenis yang pakai stoking dari pagi sampai ke petang atau malam, sebaiknya pilih stoking yang tepat

Elakkan memakai stoking daripada material nylon kerana boleh menimbulkan kelembapan. Stoking jenis cotton merupakan antilembap dan boleh menjadi salah satu cara untuk mengatasi masalah ini

Korang yang memiliki kaki jenis kuat berpeluh juga disarankan untuk bertukar stoking pada setiap hari untuk mencegah kemunculan bakteria ataupun kulat.



5. Pilih Kasut Jenis Sejuk

Hindari menggunakan kasut yang pengap atau terasa panas bila dipakai. Kasut jenis itu boleh membuatkan kaki menjadi panas dan berpeluh. Biasanya kasut jenis kanvas berupaya melegakan kaki yang berpeluh. Elakkan juga menggunakan kasut yang sama selama dua hari berturut-turut.

Kasut yang tidak gunakan elok dijemur seketika sewaktu cuaca panas supaya kasut tersebut betul-betul kering dan selesa ketika digunakan

Itulah antara yang boleh korang cuba bagi mengatasi kaki berpeluh supaya tidak menjadi lebih parah sehingga meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Selamat mencuba.

Jumpa lagi!

Lurve,Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/11/kaki-berpeluh-dan-berbau-mucuk-cuba-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Windows 10 Boros Kuota Ini Dia Cara Mengatasinya

Windows 10 Boros Kuota Ini Dia Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 176 hits
Windows 10 hadir dengan berbagai macam fitur baru yang perlu diperbaharui untuk menjaga keamanan dan memperbaiki kesalahan kesalahan yang ada yang membuat bagi anda pengguna Kuota mulai kesulitan apalagi bagi user yang memiliki kuota yang m...
Saluran Air Ke Mesin Basuh Samsung 7 0 Kg Perlahan Cara Mengatasinya

Saluran Air Ke Mesin Basuh Samsung 7 0 Kg Perlahan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 231 hits
air masuk perlahanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini admin nak berkongsi masalah mesin basuh problem Problem di mana air masuk ke dalam mesin menjadi sangat perlahan sehinggakan mesin basuh berhenti sendiri Ada cakap cakap mengata...
Peringati Hari Kesehatan Nasional Zen Antibacterial Soap Ajak Publik Kenali Kulit Kresek Dan Cara Mengatasinya

Peringati Hari Kesehatan Nasional Zen Antibacterial Soap Ajak Publik Kenali Kulit Kresek Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
Kunci utama dalam mengatasi kulit kering adalah mengenali penyebabnya baru kemudian dilanjutkan dengan memilih produk pembersih yang tepat sesuai kondisi kulit
Bahaya Virus T9000 Bagi Pengguna Skype Begini Cara Mengatasinya

Bahaya Virus T9000 Bagi Pengguna Skype Begini Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 188 hits
Bagi anda pengguna setia Skype versi komputer sabaiknya anda sangat berhati hati dengan virus yang satu ini Virus dengan kode nama T9000 ini telah tersebar ke komputer seluruh penjuru dunia dengan tujuan mencuri berbagai informasi privasi p...
Allah Allah Kesian Kat Tam Lenguh Kaki Tu Gelagat Anak Kucing Cuba Minum Dari Straw

Allah Allah Kesian Kat Tam Lenguh Kaki Tu Gelagat Anak Kucing Cuba Minum Dari Straw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 287 hits
Setiap kucing mempunyai aura masing2 yang menyebabkan pemiliknya akan berasa selesa Walaupun Kadang2 kucing ini ada yang senang dijaga dan ada juga yang susah untuk dijaga Tidak semua kucing akan menyusahkan pemiliknya Jika mempunyai kucing...
Nak Internet Laju Tak Lag Masa Main Game Cuba Buat Cara Mudah Ni Dulu

Nak Internet Laju Tak Lag Masa Main Game Cuba Buat Cara Mudah Ni Dulu

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 365 hits
Bagi kaki game benda paling penting masa tengah fokus adalah rangkaian internet kan Rangkaian yang laju lancar dan tanpa gangguan akan bantu kita untuk lebih serius bertempur di dalam game
Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 377 hits
Dah makan ubat tapi masih lagi batuk Ataupun baru je elok kejap batuk semula cuba lakukan ikhtiar ini Bukan untuk diri sendiri je untuk anak pun boleh cuma apa apa pun tengok pada keadaan mereka Jika anak terlalu kecil mungkin perlu dapatka...
8 Cara Sederhana Mencegah Merawat Jerawat Batu Korang Cuba Ya

8 Cara Sederhana Mencegah Merawat Jerawat Batu Korang Cuba Ya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 289 hits
Korang yang memiliki kulit wajah yang mulus dan bebas daripada jerawat batu memang beruntung sangat sangat Sis tak ada problem kulit wajah berjerawat sebegitu tetapi anak bujang sis yang sulung tu mengalaminya Setahu sis jerawat adalah peny...
Cara Paling Cepat Nak Type Url

Cara Paling Cepat Nak Type Url

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 257 hits
Cara Paling Cepat nak Type URLPaling pantas nak type url address kat address bar tu Contoh address www ashikinabdullah comKorang type je ashikinabdullah pastu korang Ctrl Enter automatik kat bar tu naik jadi ashikinabdullah com So pasni kit...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash