
Gambar Hiasan | PexelsDr Ming Li dari Universiti South Australia telah berkerjasama dengan para penyelidik dari Universiti Qatar dalam membuat penyelidikan tersebut. Beliau berkata pengambilan cili dan makanan pedas adalah perkara biasa dan popular di kalangan masyarakat Asia.Sebagai contoh golongan dewasa di wilayah Hunan dan Sichuan di China biasa memakan hidangan pedas setiap hari.Antara jenis cili dalam hidangan yang telah dikaji oleh para penyeldik ialah cili merah segar dan cili kering, yang mana keduanya mengandungi ‘capsaicin’, yang telah terbukti menjadi agen peningkat tahap metabolisme dan kesihatan vaskular.
Gambar Hiasan | Max PixelMenurut data yang dkeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seramai 50 juta penduduk di seluruh dunia menderita penyakit demensia atau kehilangan memori dan daya ingatan.Berdasar kajian yang dijalankan, golongan dewasa adalah dinasihatkan serta digalakkan supaya mengurangkan pengambilan makanan pedas secara kerap ketika usia mereka semakin meningkat.Sumber : Jakarta Post|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |