Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia


Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR (Bernama) — Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) sekali gus menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia di pentas dunia.
Anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah CVU 2025 di Totonro, Kanada, yang meraikan kecemerlangan dalam reka bentuk bangunan tinggi dan perancangan bandar di peringkat global.
CVU yang sebelum ini dikenali sebagai Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), merupakan antara pihak berkuasa terkemuka dalam bidang pencakar langit dan kehidupan bandar moden.
PNB Merdeka Ventures Snd Bhd (PNBMV) memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan kehebatan seni bina, kepakaran kejuruteraan serta komitmen Merdeka 118 dalam mengutamakan kelestarian.
“Dengan ketinggian 678.9 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadikan Merdeka 118 sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan menara kedua tertinggi di dunia, melambangkan kemajuan serta aspirasi negara,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud berkata peingiktirafan itu merupakan penghormatan besar buat Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan Merdeka 118.
“Sejak dari awal lagi, visi kami bukan hanya untuk membina sebuah menara ikonik, tetapi juga membentuk sebuah kawasan menghubungkan masyarakat, meraikan warisan serta menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif.
“Kami berasa bangga apabila visi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa. Merdeka 118 mencerminkan semangat kemerdekaan, melambangkan ketabahan dan keyakinan Malaysia terhadap masa depan,” katanya.
Arkitek Utama Fender Katsalidis, Karl Fender berkata reka bentuk Merdeka 118 bukan untuk mencapai ketinggian luar biasa, sebaliknya merupakan peluang mencipta monumen abadi yang menghormati warisan Malaysia sambil meraikan masa depannya. “Anugerah ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa seni bina unggul terhasil daripada nilai serta tujuan mendalam, sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi CVU Shonn Mills berkata Merdeka 118 merupakan kecemerlangan reka bentuk bersepadu yang menggabungkan kecekapan teknikal, nilai penceritaan budaya serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Ia menjai contoh bagaimana bangunan tinggi mampu berperanan sebagai pemangkin kepada pembaharuan bandar, sambil mencerminkan identiti serta aspirasi sesebuah negara,” katanya.
Menurut PNBMV, Merdeka 118 diiktiraf sebaris dengan pembangunan bertaraf dunia lain atas keunggulan dalam reka bentuk, inovasi serta peranannya dalam memajukan konsep pembangunan bandar lestari.
Dibangunkan PNB Merdeka ventures, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Merdeka 118 menjadi mercu utama Presint Merdeka 118 yang merangkumi pembangunan bercampur menampilkan dua stadium bersejarah, ruang komuniti serta reka bentuk berasaskan kelestarian.
“Komponen utama seperti Stadium Merdeka dan 118 Mall dijangka menjadi destinasi awam inklusif, disokong pelbagai inisiatif berteraskan komuniti termasuk Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 dan Geran Komuniti Merdeka 118,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua inisiatif itu merupakan sebahagian daripada projek Warisan KL bertujuan menghidupkan semula kawasan kejiranan di sekitarnya serta mengukuhkan jalinan komuniti di ibu kota.
Menurut PNBMV, pengiktirafan di peringkat global ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pembangunan bandar mampan dan inklusif.
BACA: “Ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian,” – PM Anwar
BACA: Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh
BACA: Perjanjian Timbal Balik Malaysia-AS Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan – PM Anwar
Sumber: Bernama
The post Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/04/merdeka-118-diiktiraf-bangunan-tinggi-terbaik-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 190 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
14 Merek Payung Terbaik 2025 Yang Tahan Angin Hujan Pilihan Wajib Buat Si Mobilitas Tinggi

14 Merek Payung Terbaik 2025 Yang Tahan Angin Hujan Pilihan Wajib Buat Si Mobilitas Tinggi

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 152 hits
Sedia payung sebelum hujan bukan cuma pepatah lama tapi gaya hidup modern yang siap menghadapi cuaca tak menentu Dari brand lokal hingga internasional inilah 14 merek payung terbaik 2025 yang tahan angin awet dan bikin kamu tetap tampil gay...
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 157 hits
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Monolog Jiwa Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya Entri oleh Abang Gaya JMBELOG Baru baru ini Quacquarelli Symonds menerbitkan QS World University Rankings 2026 satu sena...
Merdeka 118 Takes World S Top Tower Title

Merdeka 118 Takes World S Top Tower Title

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 173 hits
Merdeka 118 Tower NSTP FILEPICKUALA LUMPUR Merdeka 118 Tower has been officially recognised as the Best Tall Building by the Council on Vertical Urbanism marking a proud milestone for Malaysia on the global stage The award was presented at ...
Umur Pengeluaran Kwsp Pada 55 Tahun Dianggap Terlalu Rendah Bank Dunia

Umur Pengeluaran Kwsp Pada 55 Tahun Dianggap Terlalu Rendah Bank Dunia

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 212 hits
Umur Pengeluaran KWSP Pada 55 Tahun Dianggap Terlalu Rendah Bank Dunia Bank Dunia menyatakan bahawa umur akses pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada 55 tahun terlalu rendah dan mencadangkan agar ia dinaikkan secara berperingkat se...
Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 267 hits
PASIR MAS Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok Thailand semalam meninggal dunia malam tadi Mangsa Mohd Fuad Fahmie Ghazali 33 yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini meningg...
Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026

Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 248 hits
The World s 500 Most Influential Muslims untuk tahun 2026 telah dikeluarkan yang menyenaraikan 500 tokoh paling berpengaruh di seluruh dunia Berikut adalah maklumat dan info mengenai senarai tokoh tokoh yang dimaksudkan Mengenai The World s...
Brotherhood Sisterhood Di Dunia Pekerjaan

Brotherhood Sisterhood Di Dunia Pekerjaan

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WRT Kadang kadang semangat persaudaraan di tempat kerja bukan datang daripada ramai orang tapi daripada diri sendiri Sebagai seorang secretary yang sentiasa mengurus dan memberi SA belajar bahawa tidak semua kebaikan akan di...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia