Kajian Bahaya Media Sosial Kepada Manusia Sebarkan
Media sosial ialah medan terbaru manusia guna untuk berhubung.
Ia membawa hasil pendapatan kepada yang bijak menggunakannya
Selain itu ia juga menjadi platform menyebarkan ilmu dan pengetahuan tanpa mengira sempadan
Panglima membawa artikel ini demi memberi perhatian bersama kepada gejala negatif yang mungkin berlaku kepada anak cucu kita
Elok mencegah dari mengubat kata orang bijak.
Apabila meneliti kajian dijalankan maka sudah tentu kita akan merasa khuatir akan nasib anak anak cucu kita
Tidak terkecuali juga orang dewasa yang boleh menerima tempias ketagihan ini
Gunakan teknologi ke arah kebaikan dan jangan keterlaluan mengikut kehendak hati sehingga mengorbankan diri
Baca dan bersama kita sebarkan info ini
Berita buruk kepada mereka yang terlalu obses dengan teknologi interaktif
BARANGKALI sukar untuk menafikan bahawa gajet dan media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan hampir semua anak muda zaman ini.Instagram, Twitter mahupun Facebook sememangnya bikin ketagihan ramai orang lantaran platform komunikasinya yang interaktif, bebas dan rangkaiannya melangkau segenap benua.
Namun, berdasarkan pemerhatian, penggunaan media sosial dalam kalangan mereka yang mengalami kemurungan sangat berbahaya. Begitu juga dengan meletusnya banyak kes pembulian secara siber yang semakin dibimbangi di negara ini sejak kebelakangan ini.
Menurut Presiden International Association for Suicide Prevention, Prof Ella Arensmen, pembulian media sosial kini berada pada tahap melampau dan mendatangkan impak negatif yang besar.
Antaranya ialah mewujudkan penyakit-penyakit mental yang sebelum ini belum pernah didengari. Paling menakutkan, ramai dalam kalangan kita tidak menyedari terkena 'sindrom' berkenaan.
Apakah ciri-cirinya? Adakah anda salah seorang yang tergolong dalam kelompok individu yang obses dengan teknologi?
Adakah benar inovasi itu mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Berbaloikah seseorang itu terlalu bergantung hingga menjadi 'hamba' kepada media sosial?
Sempena Sambutan Hari Media Sosial Sedunia, Sihat:Aktif mengupas isu yang terus menjadi pendebatan sehingga ke hari ini.
Medium membunuhHANYA disebabkan pengaruh dengan keputusan majoriti rakan-rakan di media sosial, seorang remaja di Batu Kawa, Kuching, Sarawak memilih menamatkan riwayatnya.
Itu bukan satu cerita rekaan sebaliknya satu kes benar yang berlaku pada 13 Mei lalu.
Berdasarkan laporan media tempatan, remaja 16 tahun itu telah 'merealisasikan' pilihan netizen yang mengundinya untuk 'mati'.
Dengan pemikiran yang kurang waras, mangsa didakwa nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai.
Segalanya dipercayai bermula apabila gadis muda itu telah membuat satu undian dalam laman Instagramnya dengan status 'Really important, help me choose D/L'. D bermaksud die (mati) dan L merujuk live (hidup).
Selepas undian final dibuat, 69 peratus rakan Instagramnya memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L. Sebelum kejadian, mangsa juga dikatakan sempat membuat catatan di Facebook, 'Wanna Quit Life I'm Tired'.
Tragedi itu sangat mengharukan. Sungguh menyedihkan melihat seorang pelajar yang masih mentah membuat kesimpulan mudah untuk meragut nyawanya dengan hanya satu pungutan suara di media sosial.
Keputusan hidup matinya hanya dipertimbangkan melalui alam maya. Menilai kes berkenaan, masyarakat melabelkan betapa media sosial telah dijadikan satu 'medium' untuk membunuh!
Sememangnya, maklumat yang dicatatkan dalam Wikipedia ada kebenarannya. Antara yang tertulis, media sosial dan bunuh diri merupakan fenomena baharu yang mempengaruhi tingkah laku dan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula meramalkan, kira-kira 1.53 juta orang akan mati akibat bunuh diri pada tahun 2019 disebabkan faktor serupa.
Jangkaan itu dibuat lantaran analisis terhadap penggunaan media sosial yang mempengaruhi dan berjaya mengubah kehidupan masyarakat terutama remaja.
Pada zaman milenial, kita lihat internet ibarat isi dan kuku dalam diri seorang manusia.
Jika penggunaannya kena pada caranya, tiada masalah. Namun, jika inovasi yang telah memudahkan kehidupan disalah gunakan, tidak mustahil ia berupaya merosakkan mental dan emosi seseorang. Persoalannya, manusia memanipulasi teknologi atau teknologi yang telah memanipulasi manusia?
Baca sepenuhnya :
https://www.sinarharian.com.my/article/32135/SISIPAN/Sinar-Aktif/kesan-buruk-media-sosial
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2019/11/kajian-bahaya-media-sosial-kepada.html