Tips Nak Tinggikan Engagement Media Sosial
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL. Hai korang! Mommy dapat tips nak tinggikan engagement media sosial dari pemerhatian mommy dan juga penglibatan mommy dalam media sosial. Mudah tapi bukan senang... Walaubagaimanapun, korang pun boleh cuba dan usaha juga. Kata nak jadi inflencer yang berjaya kannnnn?
Korang faham tak maksud engagement media sosial? Engagement media sosial bermaksud setiap post korang akan dapat komen.like dan share yang berkualiti. Ini kerana post tersebut memang berkualiti dan memberi manfaat sehingga influencer ini mempunyai followers tersendiri. Lagi banyak followers lagi banyak komen, like dan share yang influencer tersebut akan dapat.
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita perlu tahu kenapa kita perlu tinggikan engagement media sosial kita? Sebab...
Lagi tinggi engagement, lagi ramai yang akan follow kitaLagi tinggi engagement ( follower), lagi tinggi bayaran yang influencer boleh dapatLagi tinggi engagement, lagi senang nak jual produkItu baru 3 sebab. Ada banyak lagi...
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL
Posting mestilah jujur dari hati tapi bukannya posting mencari gaduh, mengata atau menyindir individu tertentu. Posting tersebut mestilah memberi manfaat kepada follower. Di kira hebat jika follower tertunggu posting seterusnya. Gambar yang cantik, menarik dan sesuai dengan posting. Kadang-kadang, orang tertarik untuk membaca posting di media sosial hanya di sebabkan gambar. Gambar yang membuatkan orang teringin nak tahu cerita seterusnya. Selain dari posting dan gambar, korang juga kenalah rajin-rajin like dan komen status kawan-kawan di media sosial. In sha Allah mereka juga akan support balik. Saling bantu-membantu gitu..Jarakkan sesuatu posting dengan posting terbaru. Janganlah setiap 30 minit korang up post terbaru. Memang la orang tak sempat nak baca korang punya post tu. Sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Kalau untuk advertisement pula, better sehari satu posting saja. Ini untuk mengelakkan posting advertisement tu tenggelam....Kalau boleh balas setiap komen dalam posting kita. Lambat pun takpa, janji balas... Cara ini mampu menaikkan engagement kita walaupun sikit. Tambah kawan di kalangan bukan influencer sebab kebanyakkan influencer dah boleh baca taktik pemasaran influencer yang lain. So, dengan cara ini kita menambah follower dan menyebarkan ilmu/produk yang ingin kita sebarkan. Dah friend dengan bukan influencer, rajin-rajinkanlah diri untuk like dan komen status kawan-kawan ni. Jangan pilih kawan yerrrr!Selang seli posting advertisement dengan personal supaya orang tak boring nak baca posting kita sebab kita bukannya penjual produk yang perlu nak iklankan produk setiap masa.
Itu jer tips yang mommy dapat dari hasil menatap media sosial setiap hari. #lari. Kalau tak percaya korang boleh follow influencer atau instafamous. Berapa kerap dan dan berapa lama masa diantara sesuatu posting. Di situ kita boleh belajar banyak perkara... Bukan senang nak jadi influencer yang berjaya tapi boleh berjaya jika kita rajin berusaha dan belajar. In sha Allah.
Mommy pun tengah berusaha ke arah tersebut dengan menambah ilmu melalui pembacaan. Jom sama-sama kita tingkatkan usaha dan menggapai apa yang kita impikan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2019/11/tips-nak-tinggikan-engagement-media.html