Kaji Semula Untuk Naikkan Harga Minyak Ke Ni



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula mekanisme subsidi petrol susulan peningkatan mendadak harga minyak mentah Brent di pasaran dunia yang kini melepasi paras USD100 setong, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata sejak peningkatan signifikan minyak mentah dunia bermula tahun lalu, kerajaan terpaksa menampung peningkatan subsidi petrol diesel dan gas cecair memasak (LPG) sehingga 10 kali ganda, iaitu dari RM200 juta pada Jan 2021 kepada lebih RM2 bilion pada Jan 2022.
Malah, katanya, isu pergolakan antara Rusia dan Ukraine juga dijangka melonjakkan lagi harga komoditi berkenaan, yang kini berada paras tertinggi sejak 2014.
“Pengguna pada masa ini hanya membayar 2.05 sen seliter untuk petrol RON95 tetapi kos sebenar RON95 pada Mac sebenarnya telah mencecah 3.70 seliter.
“Ini bermakna kerajaan terpaksa menampung perbezaan sebanyak RM1.65 setiap liter. Sebagai contoh kita isi minyak RM100 atau kira-kira 49 liter, jumlah (subsidi) yang dibayar kerajaan adalah RM81.
“… kerana jumlah kos sebenar berdasarkan harga pasaran adalah RM181 bagi 49 liter RON95. Ini bermaksud subsidi kerajaan sehingga 45% daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang mahu tahu sama ada satu penyelarasan program subsidi petrol, diesel dan LPG perlu diadakan memandangkan harga antarabangsa bagi minyak mentah dan gas asli naik mendadak ketika peperangan Rusia-Ukraine sedang meruncing.
Mengulas lanjut, Zafrul berkata kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak lebih RM2.5 bilion sebulan dan mencecah RM28 bilion bagi keseluruhan tahun ini susulan kenaikan harga minyak mentah dunia.
“Dengan kenaikan ini dijangka jumlah subsidi melebihi RM2.5 bilion sebulan. Sekiranya harga minyak mentah kekal melebihi USD100 setong jumlah subsidi bagi keseluruhan 2022 dijangka mencecah RM28 bilion berbanding RM11 bilion bagi tahun lepas,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, jurang besar antara harga runcit berbanding harga pasaran sebenar akan mengakibatkan ketirisan subsidi yang lebih tinggi disebabkan penyeludupan keluar produk petroleum.
Malah, katanya, sekiranya mekanisme subsidi minyak tidak disemak, golongan kaya akan menikmati lebih manfaat berdasarkan tahap penggunaan yang lebih besar berbanding berpendapatan rendah.
“Dengan itu kerajaan akan mengkaji semula mekanisme subsidi minyak supaya dapat dilaksanakan lebih bersasar dan menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Pelaksanaan subsidi secara bersasar dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program lebih berkesan yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.
Harga minyak mentah Brent di pasaran dunia kini mencecah USD110 setong ~ FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/kaji-semula-untuk-naikkan-harga-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kaji Semula Mekanisme Subsidi Petrol Susulan Peningkatan Ketara Harga Minyak Mentah

Kerajaan Kaji Semula Mekanisme Subsidi Petrol Susulan Peningkatan Ketara Harga Minyak Mentah

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 160 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata sekiranya mekanisme subsidi minyak tidak disemak golongan kaya akan menikmati lebih manfaat berdasarkan tahap penggunaan yang lebih besar berbanding berpendapatan rendah KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengkaji s...
Harga Minyak Goreng Masih Mahal Ridwan Kamil Yang Penting Tersedia

Harga Minyak Goreng Masih Mahal Ridwan Kamil Yang Penting Tersedia

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 276 hits
Yang terpenting ada dahulu ujarnya setelah meninjau Pasar Tradisional Pasalaran Kabupaten Cirebon yang baru diresmikannya
Harga Minyak Dan Emas Meroket Saham Merudum

Harga Minyak Dan Emas Meroket Saham Merudum

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 160 hits
HONG KONG Pasaran ekuiti merudum semalam manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS 2 000 satu auns atau RM267 50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang m...
Harga Eceran Tertinggi Minyak Goreng Curah Rp14 000

Harga Eceran Tertinggi Minyak Goreng Curah Rp14 000

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 180 hits
Harga Eceran Tertinggi Minyak Goreng Curah Rp14 000 Pemerintah mengumumkan kebijakan baru untuk mengatasi kelangkaan minyak goreng dengan menaikkan harga eceran tertinggi minyak goreng curah ke Rp14 ribu per liter
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mac 2022

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mac 2022

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 1101 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Mac 2022 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini yang diumumkan pada setiap minggu bagi bulan Mac tahun 2022 Untuk makluman jika sebelum ini KERAJAAN PH telah m...
Konflik Rusia Ukraina Berpotensi Naikkan Harga Mi Instan Anak Kosan Bersiaplah

Konflik Rusia Ukraina Berpotensi Naikkan Harga Mi Instan Anak Kosan Bersiaplah

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 1551 hits
Sejak panasnya ketegangan yang terjadi antara Rusia dengan Ukraina tercatat harga gandum yang mulai melesat tajam
Harga Elpiji 3 Kg Tetap Meski Minyak Dunia Melambung

Harga Elpiji 3 Kg Tetap Meski Minyak Dunia Melambung

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 188 hits
Jadi meski tren CPA terus meningkat LPG subsidi 3 Kg tidak mengalami perubahan harga Harga LPG subsidi 3 Kg tetap mengacu kepada Harga Eceran Tertinggi yang ditetapkan oleh pemerintah daerah setempat tegas Pjs Corporate Secretary Pertamina ...
Harga Minyak Dunia Melonjak Di Atas Usd 100 Per Barel Dipicu Sanksi Barat Ke Rusia

Harga Minyak Dunia Melonjak Di Atas Usd 100 Per Barel Dipicu Sanksi Barat Ke Rusia

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 219 hits
Minyak mentah Brent untuk pengiriman April tercatat naik USD 3 06 atau 3 1 persen menjadi USD 100 99 per barel di London ICE Futures Exchange
Rusia Vs Ukraina Pemerintah Harus Antisipasi Lonjakan Harga Minyak

Rusia Vs Ukraina Pemerintah Harus Antisipasi Lonjakan Harga Minyak

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 161 hits
Menurut Mulyanto pemerintah harus memberi perhatian khusus dan bekerja ekstra keras untuk mencari jalan keluar mengatasi persoalan lonjakan harga komoditas energi dunia ini agar masalah ini tidak merembet dan berpengaruh negatif bagi pereko...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord