Harga Minyak Dan Emas Meroket Saham Merudum
HONG KONG – Pasaran ekuiti merudum semalam, manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS$2,000 (RM8,359) satu auns atau RM267.50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang mengenai impak perang Ukraine terhadap ekonomi dunia.
Harga minyak melonjak hampir 18 peratus kepada AS$139.13 setong untuk seketika iaitu paras yang tidak pernah dilihat sejak pertengahan 2008. Perkembangan itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan bahawa White House dan sekutu-sekutunya menimbang untuk mengharamkan import dari Rusia.
Berikutan Rusia adalah pengeluar minyak ketiga terbesar dunia, langkah sedemikian dijangka akan memburukkan lagi krisis bekalan ketika permintaan semakin meningkat. Harga komoditi lain yang dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine seperti gandum dan logam juga melambung tinggi.
Eksekutif firma dagangan komoditi Vitol, Mike Muller memberi amaran bahawa keadaan dijangka semakin buruk.
“Lebih banyak kejutan akan berlaku,” katanya kepada siaran podcast terbitan firma perunding berpangkalan di Dubai, Gulf Intelligence
Kerajaan-kerajaan di dunia sehingga kini mengecualikan minyak Rusia daripada sekatan ke atas Moscow kerana bimbang impak harga akan menjejaskan pengguna.
Lonjakan harga minyak mentah menyebabkan bank-bank pusat ‘sakit kepala’ ketika agensi berkenaan mula mengetatkan polisi kewangan semasa era pandemik bagi menangani inflasi yang kini tertinggi di AS dalam tempoh 40 tahun.
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pada hujung minggu lalu bahawa perang dan sekatan ke atas Rusia akan memberikan ‘kesan amat buruk’ kepada ekonomi dunia.
“Kebimbangan pertumbuhan ekonomi global menjadi terencat ibarat filem seram kepada bank-bank pusat,” pegawai Bank Nasional Australia, Tapas Strickland.
Kebimbangan mengenai impak ke atas ekonomi global menggemparkan pasaran dengan banyak bursa di Eropah dan Asia mencatat trend penurunan. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
Tok Mat lipat Tajuddin
Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin
Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat
The post Harga minyak dan emas meroket, saham merudum appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/08/harga-minyak-dan-emas-meroket-saham-merudum/