Kaji Semula Keperluan Dos Vaksin Penggalak Ppim Sinar Harian 28 12 2023


 

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mengkaji semula keperluan dos vaksin penggalak Covid-19 kepada rakyat susulan dakwaan wujudnya kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan penerima vaksin sedia ada.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya KKM bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan angka-angka sebenar dan fakta-fakta mereka yang mengalami gejala kesan sampingan ini.Nadzim Johan. Gambar kecil: Dr Kenny Yong Menurutnya, pada masa sama KKM perlu menetapkan dasar yang lebih konkrit dalam hal mencegah penyakit tanpa bergantung kepada vaksin semata-mata.
"Rakyat dah lalui satu fasa, perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lalui penyakit (Covid-19). Tapi akhirnya kita lihat ia sudah menjadi selsema biasa.
"Tapi ramai sakit (pasca vaksin). Kenyataan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) yang mungkin KKM akan keluarkan arahan pengambilan dos penggalak, merisaukan kami.
"Adakah ini satu-satunya laluan yang kita perlu hadapi? Kenapa mesti galakkan? Adakah tidak ada rawatan yang lebih baik?," katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.
Sidang akhbar berkenaan turut disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) paramedik yang menyuarakan kebimbangan sama dan menuntut penjelasan daripada KKM bagi menjamin keselamatan kesihatan masyarakat.
Nadzim menambah, KKM juga digesa agar mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 lalu.
"Kami mahu pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih tersebut yang kurang menitikberatkan soal kawalan wabak rentas sempadan dan tidak membiarkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menafikan cara kita dalam menanganinya," katanya.
Dalam pada itu, pakar perubatan rehabilitasi kanser, Dr Kenny Yong Yean Sirn berkata, KKM perlu menjelaskan status semasa Covid-19 bagi negara ketika ini sama ada sudah berada pada fasa endemik.
Katanya, pada masa sama kajian KKM juga wajar melaksanakan ujian tahap antibodi penerima vaksin bagi menentukan status kesihatan mereka sebelum mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.
"Persoalannya bolehkah KKM dapatkan laporan keselamatan dos vaksin ini atau adakah kita hanya ikut (mengarahkan pengambilan dos vaksin) membuta tuli?
"Selepas empat tahun, sepatutnya perlu ada kajian dan maklum balas berkenaan dengan kesan sampingan dos vaksin ini, sama ada memberi efek baik atau buruk," ujarnya.
Artikel oleh: Sinar Harian
KAJI SEMULA KEPERLUAN DOS VAKSIN PENGGALAK - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/641657/khas/covid-19/kaji-semula-keperluan-dos-vaksin-penggalak---ppim




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/12/kaji-semula-keperluan-dos-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid 19 setelah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Ende...
Ppim Mempersoalkan Keperluan Maidam Membiayai Kos Pembelian Vaksin B00ster Kenyataan Media Ppim 22 12 2023

Ppim Mempersoalkan Keperluan Maidam Membiayai Kos Pembelian Vaksin B00ster Kenyataan Media Ppim 22 12 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 262 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mempersoalkan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu untuk membiayai pembelian vaksin booster di tengah tengah kontroversi dan ketidakpastian berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin C0V D...
Adakah Rakyat Masih Memerlukan Suntikan Vaksin Dasar Kesihatan Negara Adakah Relevan Sidang Media Ppim 28 12 2023

Adakah Rakyat Masih Memerlukan Suntikan Vaksin Dasar Kesihatan Negara Adakah Relevan Sidang Media Ppim 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Pasca COVID 19 telah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Endemik di seluruh dunia perlukah lagi vaksinasi COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia perlu ada satu dasar yang baharu untuk menangani masalah wabak secar...
Ppim Calls On Moh To Revise Health White Paper Be Transparent On Vaccine Statistics New Straits Times 28 12 2023

Ppim Calls On Moh To Revise Health White Paper Be Transparent On Vaccine Statistics New Straits Times 28 12 2023

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Demanding transparency the Malaysian Muslim Consumers Association insisted that the Health Ministry revisit its White Paper and disclose accurate statistics involving vaccines Chief Activist Datuk Nadzim Johan said the current ...
Ppim Puji Tindakan Atas Kartel Ayam Mahu Tindakan Atas Kartel Lain Juga Kenyataan Media Ppim 22 12 2023

Ppim Puji Tindakan Atas Kartel Ayam Mahu Tindakan Atas Kartel Lain Juga Kenyataan Media Ppim 22 12 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 603 hits
KUALA LUMPUR 22 DIS Persatuan Pengguna Islam Malaysia memuji tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia mengenakan denda berjumlah RM415 juta terhadap lima syarikat kerana membentuk kartel makanan ayam untuk menetapkan harga Ketua Aktivis PPI...
Aktiviti Kongres Menoktah Kemiskinan Peranan Sektor Ketiga Ppim 20 12 2023

Aktiviti Kongres Menoktah Kemiskinan Peranan Sektor Ketiga Ppim 20 12 2023

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 245 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dijemput sebagai ahli panel bagi Kongres Menoktah Kemiskinan Peranan Sektor Ketiga anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan dan Benevolent Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskin...
Aktiviti Anugerah Buku Negara 2023 Dialog Mahasiswa Temu Anwar Ppim 21 12 2023

Aktiviti Anugerah Buku Negara 2023 Dialog Mahasiswa Temu Anwar Ppim 21 12 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 407 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 dan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025