Kaji Semula Fungsi Suhakam Sebelum Terlambat


TUJUAN penubuhan SUHAKAM begitu murni sekali. Persoalannya, adalah ahli-ahli yang dilantik menganggotai suruhanjaya tersebut.

Sudah sampai masanya, mereka yang dilantik, dikaji dan disiasat latar belakangnya.

Lantik mereka dalam kalangan yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan, agar mempunyai jati diri.

Jangan sama sekali lantik mereka yang mengingkari Rukun Negara, ingkar kepada perintah tuhan mereka sendiri dan tidak ada jati diri.

Paling menyedihkan, ada wakil agamawan di situ, tidak kedengaran suaranya. Bersuaralah. Jika suara kamu tidak didengari di sana, kamu ada media sosial untuk bersuara. Itu juga hak asasi.

Begitu juga lantikan mereka dalam kalangan bukan Islam, tidak menjadi masalah, tetapi biarlah dalam kalangan yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan berpegang teguh kepada Perlembagaan negara. Bukannya dalam kalangan mereka yang liberal, sekular dan menyimpang daripada memahami hak asasi manusia yang sebenar

Pada dasarnya suruhanjaya adalah satu badan khas yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam pemerintahan negara.

Dalam konteks negara kita, suruhanjaya dibahagikan kepada dua iaitu Suruhanjaya tetap dan suruhanjaya sementara.

Suruhanjaya tetap terbahagi kepada dua itu suruhanjaya pilihan raya dan suruhanjaya perkhidmatan.

Manakala bagi bagi suruhanjaya sementara pula, ia diwujudkan bagi mengkaji perkara-perkara dan membuat perakuan untuk penyelesaian sesuatu masalah atau perkara yang tertentu.

Sebenarnya, pembentukan suruhanjaya sama ada tetap atau sementara adalah untuk memastikan suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.

Sekiranya suruhanjaya yang ditubuhkan boleh menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam, maka sudah sewajarnya dilihat semula secara serius, sebelum nasi menjadi bubur.

Antara perkara yang mesti diketahui oleh sesebuah suruhanjaya adalah mereka mesti bertindak berasaskan neraca keadilan dan berkecuali, berpaksikan Perlembagaan dan budaya negara.

Tindakannya mesti bebas daripada pengaruh politik. Sebab itulah, kita lihat keahlian mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri.

Tidak dapat dinafikan, SUHAKAM pernah dikritik kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pencabulan hak asasi manusia. Badan itu hanya boleh menasihati dan mengesyorkan kepada kerajaan dan kerajaan juga tidak punya obligasi untuk menerima atau mempertimbangkan nasihat atau syor SUHAKAM.

Meskipun SUHAKAM tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan, tindak-tanduknya dalam beberapa isu terpilih sering menimbulkan keresahan.

Terutama apabila berkait dengan isu-isu sensitif seperti hak LGBTQ, SUHAKAM dilihat begitu cepat memberikan respon dalam memberikan sokongan.

Tindakan sebegini bukan sahaja menimbulkan masalah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil.

SUHAKAM juga melihat Akta SUHAKAM (Akta 597) itu sendiri. Seksyen 4(4) Akta SUHAKAM menetapkan dengan jelas, perhatian SUHAKAM hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang kewujudannya, ada beberapa ahli suruhanjaya ini dilihat agak kerap memperjuangkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Seksyen 4(4) Akta SUHAKAM itu sendiri.

Persoalanya, bagaimana orang sebegini boleh menganggotai SUHAKAM? Siapakah yang mencadangkan mereka ini dilantik? Adakah kita sudah tandus pegawai kerajaan atau profesional berjati diri yang boleh dilantik menganggotai SUHAKAM?

Penubuhan SUHAKAM merupakan satu perkara yang baik. Begitu juga dengan akta penubuhannya.

Cuma kerana nila setitik rosak susu sebelanga, atas keceluparan mulut ahli-ahli yang mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan perlembagaan dan akta mereka sendiri.

Selain LGBTQ, cuba kita sorot kembali kenyataan SUHAKAM berkaitan isu pelacuran, gender ketiga, undang-undang murtad yang disifatkan sebagai satu diskriminasi dan banyak lagi kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Dalam perkara berkaitan dengan hak hak asasi seperti hak wanita muslim yang didiskriminasi, terbaharu, isu diskriminasi, hak, kebajikan dan penindasan golongan rider serta vendor P-Hailing, tidak pula kedengaran suara SUHAKAM.

Justeru, sudah tiba masanya kerajaan yang mempunyai kuasa melantik ahli-ahli suruhanjaya ini menimbang semula pelantikan keanggotaan SUHAKAM pada masa akan datang. Gantikan dengan mereka yang ada jiwa Rukun Negara, berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta SUHAKAM itu sendiri.

Saya Cuma nak ingatkan SUHAKAM bahawa neraca hak asasi kita bukanlah berkiblatkan hak asasi Barat, tetapi berpandukan kepada cara hidup kita berperlembagaan.

Apakah kita mahu membina hak asasi berpandukan kepada hak asasi Barat yang ternyata telah hancur? Apakah kita mahu bina hak tersebut atas kehancuran mereka?

Kepada negara Barat yang bertuhankan demokrasi, sekiranya majoriti rakyat mahukan LGBT, maka tidak ada kuasa yang boleh menghalangnya. Meskipun negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tetapi tetapi demokrasi kita tidaklah sampai ke tahap itu.

Jangan kerana negara Taiwan yang telah menghalalkan LGBTQ dan beberapa negara lain di Asia yang ‘mesra’ LGBTQ, seperti Thailand, Cambodia, Jepun, Filipina, Hong Kong, Vietnam, Nepal, Mongolia, Loas dan India, sehingga kita lupa, bahawa kita adalah Malaysia, yang penduduk Islamnya adalah majoriti. Islam pula termaktub sebagai agama Persekutuan.

Saya begitu teruja untuk membaca kenyataan ahli-ahli beragama Islam dalam SUHAKAM mengenai isu sebegini. Setakat ini, kita lihat yang lantang itu adalah bukan Islam. Takkan kita tidak boleh pertahankan hak sendiri di bumi sendiri? Apakah inilah yang dikatakan nasib Melayu di bumi Melayu? Apa kita nak jawab nanti di hadapan Rabbul Jalil?

Oleh: PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/kaji-semula-fungsi-suhakam-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6079 Berita 757 Ppim Desak Kerajaan Kaji Semula Sop Berita 757 08 12 2021

6079 Berita 757 Ppim Desak Kerajaan Kaji Semula Sop Berita 757 08 12 2021

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 300 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak kerajaan agar mengkaji semula penguatkuasaan prosedur operasi standard berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan tempat solat seperti saf solat Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM h...
Hiburan Pemilihan Juri Mlm Musim Akan Datang Kaji Semula Tak Perlu Sang Bara Shahrol Shiro

Hiburan Pemilihan Juri Mlm Musim Akan Datang Kaji Semula Tak Perlu Sang Bara Shahrol Shiro

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 294 hits
Program realiti Maharaja Lawak Mega 2021 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi menyaksikan kumpulan Tiro bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM500 000 Selain itu tekaan penonton mengenai siapakah juri misteri di sebalik topeng S...
Kereta Berpusing Sebelum Ayah Terpelanting

Kereta Berpusing Sebelum Ayah Terpelanting

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 168 hits
MUHAMMAD Afiq dan adiknya Nur Alya Adriana terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan ibu bapa mereka Muhammad Anas Awang dan Siti Hafissah Zamri di Kilometer 181 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bagan Serai Perak Sabtu lalu BALING Kereta ...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 212 hits
Apabila Ismail Sabri Yaakob memperlekeh kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dengan mengatakan undi popular UMNO hanya meningkat 1 peratus saja pada pilihan raya tersebut tujuan tersiratnya barangkali ialah untuk memberitahu kepimpinan UMN...
Bitcoin Memulakan Penurunan Terakhirnya Ke Tahap 42k Sebelum Pecutan Menaik

Bitcoin Memulakan Penurunan Terakhirnya Ke Tahap 42k Sebelum Pecutan Menaik

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 128 hits
Sepanjang minggu lalu situasi mengenai mata wang kripto pertama telah kembali normal indeks ketakutan dan ketamakan telah mula berkembang dan Bitcoin dengan yakin telah bertapak di atas 48k Walaupun begitu koin masih tidak boleh memulakan p...
Pemilihan Umno Sebelum Pru 15 Umpama Jong Pecah Ikan Yu Kenyang

Pemilihan Umno Sebelum Pru 15 Umpama Jong Pecah Ikan Yu Kenyang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRata rata mesyuarat Wanita Bahagian menolak untuk diadakan Pemilihan Parti UMNO sebelum PRU 15 Mungkin juga bahagian bahagian ini sudah faham ancaman pemilihan pemimpin UMNO akan akibatkan perpecahan yang sangat besar A...
Kegiatan Hiburan Anak Muda Di Seluruh Dunia Sebelum Ada Internet Pernah Melewati Momen Ini

Kegiatan Hiburan Anak Muda Di Seluruh Dunia Sebelum Ada Internet Pernah Melewati Momen Ini

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 332 hits
Ada banyak kegiatan yang nggak kalah menyenangkan sebelum datangnya internet Kamu masih ingat
Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 238 hits
Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak bersabar dan terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan yang dihadapi rakyat sebelum Parlimen boleh dibubarkan Walaupun kes Covid19 semakin menurun berban...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash