Kaji Semula Dasar Kurnia Tanah



 
A. Kadir Jasin/ Sinar Harian
Kes-kes yang melibatkan penjualan atau pengambilan tanah oleh kerajaan lama Barisan Nasional (BN) sepatutnya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).Ini termasuklah pengambilan tanah swasta atau pengurniaan tanah kerajaan kepada raja-raja.
Misalnya sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kerajaan BN Johor telah ‘mengurniakan’ banyak tanah untuk dijadikan tanah Sultan.Selain itu, saya dimaklumkan yang kerajaan BN Pusat juga memberikan tanah nilai tinggi khususnya di Kuala Lumpur, kepada beberapa sultan dengan potongan harga hingga 90 peratus.
Inilah yang berlaku bermula tahun 2011 apabila kerajaan Pusat menerima permohonan daripada seorang sultan untuk mendapatkan sebidang tanah di Kuala Lumpur untuk mendirikan istana.
Ceritanya lebih kurang begini. Sultan berkenaan, melalui Setiausaha Sulitnya telah meminta tanah Kerajaan Persekutuan seluas kira-kira 14,000 meter persegi yang nilainya hampir RM30 juta.
Tetapi premium atau harga yang dikenakan tidak sampai RM6 juta atau potongan sekitar 80 peratus.
Kemudian sultan itu minta tambah hampir 10,000 meter persegi lagi yang penilaiannya kira-kira RM45 juta tetapi premium yang dikenakan hanya RM4.5 juta atau potongan 90 peratus. Jadi untuk tanah seluas lebih kurang 2.4 hektar itu, sultan tersebut hanya bayar kira-kira RM10 juta.
Saya dimaklumkan bukan seorang tetapi beberapa orang sultan yang membeli tanah kerajaan Pusat dengan harga murah. Anehnya, untuk tanah di kawasan sama, ada yang dibagi potongan besar dan kecil.
Pengurniaan dan penjualan tanah dengan harga di bawah nilai pasaran ini berlaku secara berleluasa pada zaman pemerintahan BN termasuk tanah milik tentera.
Kita juga telah mendengar untuk sekian lama bagaimana kerajaan BN menjual tanah milik negara di ibu negara kepada syarikat milik kerajaan dan swasta dengan potongan harga.
Malah dalam sesetengah urus niaga tersebut berlaku unsur-unsur rasuah dan manipulasi harga yang sedang diambil tindakan undang-undang sekarang.
Ini termasuk kes melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang telah pun dihadapkan ke mahkamah.
Kemudian berlaku pengambilan tanah milik peribadi, perseorangan atau syarikat oleh kerajaan atas pelbagai alasan.
Pada mulanya, sasaran utama adalah tanah rizab Melayu kerana nilainya rendah, keluasannya besar dan pemilik kurang upaya untuk membantah.
Apabila tanah rizab Melayu berkurangan atau tidak sesuai, tanah milik orang perseorangan dan syarikat, khususnya syarikat perladangan menjadi sasaran.
Kalau tanah perseorangan atau milik syarikat perladangan diambil untuk kegunaan awam seperti membina sekolah, hospital dan jalan raya dan dibayar harga kerajaan, saya rasa ia tidak menimbulkan masalah atau bangkangan.
Pertahan hak
Yang menjadi masalah sekarang ialah kerajaan ambil alih tanah swasta menggunakan Akta Pengambilan Tanah bukan untuk kegunaan awam tetapi perniagaan.
Inilah yang berlaku di Melaka baru-baru ini, apabila kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah milik Ladang Sime Darby (SDP) menggunakan Akta Pengambilan Tanah dan membayar harga di bawah harga pasaran.
Tanah itu untuk sebuah projek perdagangan tajaan pelabur Taiwan. Dalam kes mahkamah yang dibawa SDP bagi mempertahankan haknya, nama seorang sultan dikaitkan sebagai penyokong projek itu. Ironinya Melaka tiada sultan.
Alhamdulillah, SDP milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) membantah dan membawa kes itu ke mahkamah. Saya difahamkan ia mendapat keputusan positif.
Bagi saya, ini amat tidak patut apatah lagi berlaku pada zaman PH dan di bawah kerajaan negeri pimpinan PH. SDP ini milik PNB dan PNB, melalui skim amanah sahamnya adalah milik rakyat jelata.
Amalan memberi tanah kepada sultan secara percuma atau dengan harga murah dan mengambil alih tanah swasta secara sewenang-wenangnya wajib tidak diamalkan oleh kerajaan PH.
Tanah yang diambil alih oleh kerajaan, tidak kira Pusat atau negeri untuk tujuan perniagaan wajiblah pada harga pasaran.
Adalah tidak masuk akal mengambil tanah sebuah syarikat tempatan seperti SDP dengan harga murah untuk diberikan kepada sebuah syarikat asing.
Malah tanah yang telah diberikan kepada raja-raja dengan harga lelong pun patut dinilai semula di dalam keadaan di mana kerajaan tidak pun mempunyai tanah yang cukup untuk membina rumah mampu milik dan rumah rakyat miskin.
Ingatlah prinsip Rukun Negara mengikrarkan kesetiaan kepada raja dan negara atas dasar keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang untuk semua. Wallahuaklam.
* Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh Wartawan Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/03/kaji-semula-dasar-kurnia-tanah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 250 hits
Bagi mereka yang tidak tahu The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian utama seperti Google Yahoo Bing atau enjin carian lain Carian di internet h...
Marketplace Online Tawarkan Ratusan Paket Umrah Ke Tanah Suci

Marketplace Online Tawarkan Ratusan Paket Umrah Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 208 hits
Umroh com juga berupaya menjaga keamanan bertransaksi dengan memastikan calon jemaah mendapatkan kepastian tanggal keberangkatan berupa kode booking pesawat
H 2 Lebaran Sejumlah Toko Di Tanah Abang Sudah Mulai Tutup

H 2 Lebaran Sejumlah Toko Di Tanah Abang Sudah Mulai Tutup

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 183 hits
Salah satu petugas keamanan Dullah mengatakan tutupnya toko tersebut dikarenakan para pedagang memilih untuk kembali ke kampung halamannya masing masing Di samping itu Pasar Tanah Abang sendiri kata dia memang sudah mulai libur pada esok ha...
Mudah Cara Pemilikan Tanah Kebun Kelapa Sawit Orang Asli

Mudah Cara Pemilikan Tanah Kebun Kelapa Sawit Orang Asli

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 416 hits
ROMPIN Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit Timbalan Menterinya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd ...
Emily Young Siap Ramaikan Jagat Industri Musik Tanah Air

Emily Young Siap Ramaikan Jagat Industri Musik Tanah Air

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 320 hits
Penyanyi pendatang baru Emily Young siap meramaikan jagat industri musik tanah Air Emily Young telah resmi dikontrak secara exclusive oleh PT Media Musik ProAktif untuk membawakan 15 single lagu dengan genre musik dangdut dan reggae
Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 436 hits
Kejadian Tanah Runtuh Berhampiran Loji Rawatan Air Trong jejaskan bekalan air sekitar Taiping Beberapa kawasan di barat Taiping berdepan masalah bekalan air berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran Loji Rawatan Air Trong petang semalam K...
Pemprov Jabar Hibahkan Aset Berupa Tanah Kendaraan Ke Tiga Kementerian

Pemprov Jabar Hibahkan Aset Berupa Tanah Kendaraan Ke Tiga Kementerian

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 193 hits
Seusai menyerahkan hibah Gubernur Ridwan Kamil membayar zakat melalui Badan Amil Zakat Nasional Provinsi Jawa Barat Setelah itu giliran Sekda Iwa Karniwa diikuti para pejabat Eselon II di lingkungan Pemprov Jawa Barat
Naik Mobil Double Cabin Anies Disambut Tabuh Bedug Dan Gema Takbir Di Tanah Abang

Naik Mobil Double Cabin Anies Disambut Tabuh Bedug Dan Gema Takbir Di Tanah Abang

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 317 hits
Kehadiran Anies menyedot perhatian masyarakat Ratusan warga nampak langsung berkerumun mendekati kendaraan yang dinaiki Anies
Ini Baru Original Melayu Ramai Tak Tahu Lagu Raya Pertama Dirakam Di Tanah Melayu Pada 1936

Ini Baru Original Melayu Ramai Tak Tahu Lagu Raya Pertama Dirakam Di Tanah Melayu Pada 1936

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 791 hits
Woaahhh Tak sabarnya esok dah sambut Hari Raya mesti sekarang ni ramai tengah busy buat persiapan nak sambut Hari Raya sambil dengar lagu lagu raya Ada yang suka layan lagu lagu raya klasik ada juga yang suka layan lagu lagu raya moden Tapi...
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26