Kahwin Demi Dapat Undi


 

Sehari selepas Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS mengarahkan sayap Pemuda parti mendekati masyarakat bukan Islam jika mahu menang PRU16, muncul Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden dengan apa yang beliau kata ‘strategi parti’.
Afnan memberitahu perrwakilan Pemuda PAS pada muktamarnya di Temerloh beliau mahu anggotanya belajar bahasa Mandarin dan Tamil bagi membantu parti mendekati masyarakat bukan Melayu. Bagus cadangan itu.
Eloklah Pemuda PAS mendaftarkan diri untuk menyertai kelas kedua-dua bahasa itu secepat mungkin. Jangan bimbang ada banyak tempat menawarkan pengajaran Mandarin dan Tamil walaupun ada dalam kalangan orang Melayu termasuk orang PAS sendiri sebelum ini pandang serong khususnya terhadap sekolah jenis kebangsaan. ‘Chinese schools in particular’.
Lupakan itu. Bertindaklah cepat. Rasanya Pemuda PAS tahu mereka mengejar masa. Maka perlu ditanya – sempat tak mahir cakap Mandarin dan Tamil sebelum PRU16? Tetapi ingat bukan semua orang Cina selalu cakap Mandarin. Ada yang selesa cakap dialek Kantonis atau Hokkien. Ada juga Hakka. Awas. Silap cakap lain yang dapat. Yang diingin undi. Salah cakap undi tak dapat menyampah yang timbul.
Saya tidak berada di Temerloh semasa Afnan menghuraikan strateginya. Tetapi saya rasa saranan si ketua Pemuda tidak menaikkan semangat perwakilan dan ahli PAS keseluruhan seperti yang ‘berjaya’ dilakukan oleh Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim.
Aubidullah sesungguhnya menghayati istilah ‘mendekati’ masyarakat bukan Islam seperti disebut Tuan Ibrahim. Lantas beliau mahu PAS benar-benar atau ‘literally’ mendekati dengan mengahwini orang bukan Islam. Bukan sekadar dekat-dekat. Kahwin terus.
Setuju tak jika saya kata bab kahwin memang ramai yang teruja. Bandingkan mana yang lebih ‘menarik’? – belajar bahasa atau kahwin?

Kami di Selangor ada cadangan supaya pimpinan dan ahli Pemuda PAS perlu berkahwin rentas kaum atau rentas budaya. Sebab apa? Bila kahwin rentas kaum atau budaya kita bukan sekadar boleh tangkap satu undi tapi menangkap 10 malah ratusan undi daripada bukan Melayu dan Islam, kata Aubidullah dalam perbahasan muktamar Pemuda.
Pada hemat saya tentu ramai dalam kalangan Pemuda PAS yang ‘handsome dan macho’ yang mampu menggoda dan memikat. Di samping itu mereka mesti bijak berkata-kata untuk meyakinkan wanita yang mahu diambil sebagai isteri supaya mempercayai mereka. Apatah lagi mereka kahwin untuk dapat undi. Bukan kerana rasa cinta. Atau mungkin cinta akan datang selepas kahwin?
Dan wanita bukan Islam perlu dipujuk supaya menerima hakikat Pemuda PAS sebagai orang Islam boleh beristeri lebih daripada satu. Walaupun mungkin masa mahu kahwin ada Pemuda PAS yang masih bujang tetapi mereka boleh kahwin empat. Bak kata panglima perang PAS Sanusi Nor apabila bernikah isteri kedua tempoh hari – 
saya ada kuota dua lagi.
Cadangan Pemuda PAS Selangor dituju kepada golongan pemuda. Bagaimana pula golongan yang di luar sayap Pemuda? Yang tidak berapa muda? Malah yang tua? Tidakkah mereka termasuk dalam strategi dapatkan undi ‘non-Malay non-Muslim? Demi PAS menang PRU16?
Persoalan penting. Pemuda PAS mahu memikat. Adakah yang mahu dipikat mahu terpikat?
Saya teringat masa kecil dulu istilah kegemaran yang digunakan dalam kalangan kawan abang saya waktu itu ialah ‘playboy’. Ada yang minat majalah Playboy keluaran empayar Hugh Hefner yang terkenal dengan gambar wanita cantik tidak berpakaian. Tetapi ada abang-abang dulu yang suka melabel kawan atau diri sendiri ‘playboy’.
‘Playboy’ yang dimaksudkan ialah lelaki suka wanita, suka menakluk hati wanita, gemar menggoda. Bahasa kasar buaya darat. Ada lagi istilah yang senada dengan ‘playboy. Yakni kasanova. Dipetik daripada nama Giovanni Giacomo Casanova yang lahir pada 1725 di Itali. Dikatakan mengenali hubungan kelamin seawal usia 16 tahun.
Lalu gelaran ‘casanova’ atau ‘kasanova’ (ejaan Melayunya) diberikan kepada lelaki yang suka memikat dan memperdaya wanita. Digunakan juga untuk lelaki curang, mata keranjang, hidung belang. Kasanova seperti ‘playboy’ dikaitkan juga dengan lelaki kaki perempuan, tidak setia, ye buaya darat.
Berbalik cadangan Pemuda PAS Selangor. Menurut ketua Pemuda PAS itu hanya pandangan perwakilan yang tidak perlu diambil serius. Kata Afnan, si setiausaha Pemuda PAS Selangor berhak menyuarakan pandangannya dan ia mesti diraikan. Tetapi itu bukan keputusan parti.
Pun begitu pada hemat saya apa disuarakan Aubidullah boleh atau telah meletakkan parti dalam situasi ‘ridiculous’. Meletakkan PAS dalam posisi sulit. Lantas kepimpinan Pemuda PAS menjauhi daripada pandangan Pemuda PAS Selangor. Jelas Pemuda PAS melakukan ‘damage control’. Namun ‘damage has been done’. Itu menurut saya.
Jika setiausaha Pemuda PAS Selangor mahu mendapatkan perhatian beliau sudah berjaya. Namun, saya percaya beliau mahu menolong PAS semasa mengutarakan cadangannya itu. Akan tetapi bak kata pepatah ‘the road to hell is paved with good intentions’. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/kahwin-demi-dapat-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Penunggang Demi Kuasa Kahwin Demi Dapat Undi

Ahli Politik Penunggang Demi Kuasa Kahwin Demi Dapat Undi

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 119 hits
Mohsin AbdullahApa disuarakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim boleh atau telah meletakkan parti dalam situasi ridiculous Meletakkan PAS dalam posisi sulit Sehari selepas Tuan Ibrahim Tuan Man timbalan presiden PAS me...
Bapa Tergamak Suruh Anak Melutut Tengah Jalan Demi Pujuk Isteri

Bapa Tergamak Suruh Anak Melutut Tengah Jalan Demi Pujuk Isteri

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 117 hits
KOSMO Tiga kanak kanak tersebut diarah melutut di tengah jalan South China Morning PostBEIJING Seorang bapa di Foshan wilayah Guangdong tergamak menggunakan tiga anaknya yang masih kecil untuk memujuk isterinya dengan menyuruh mereka melutu...
Cara Mengevaluasi Broker Forex Panduan Langkah Demi Langkah Yang Komprehensif

Cara Mengevaluasi Broker Forex Panduan Langkah Demi Langkah Yang Komprehensif

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 302 hits
Saat memasuki dunia perdagangan forex memilih broker yang tepat dapat berdampak besar pada kesuksesan dan pengalaman trading Anda secara keseluruhan Dengan banyaknya broker yang tersedia masing masing menawarkan berbagai fitur dan layanan s...
Milo Semarakkan Semangat Malaysia Boleh Dengan Laungan Dulu Kini Selamanya Demi Malaysia

Milo Semarakkan Semangat Malaysia Boleh Dengan Laungan Dulu Kini Selamanya Demi Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 496 hits
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia MILO minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat Malaysia menyampaikan mesej penuh inspirasi Dulu Kini Selamanya Demi Malaysia yang meraikan kesatuan hati dan kekentalan jiwa rakyat Mal...
Pas Mesti Menang Di Sabah Demi Merdekakan Negara Hadi

Pas Mesti Menang Di Sabah Demi Merdekakan Negara Hadi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 334 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 1 2024 9 30 AMPresiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu perlu bertanding dan memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang Abdul Hadi berkata untuk membolehkan PAS mentadbir negara parti i...
Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein Ruminah Sidek

Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein Ruminah Sidek

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 202 hits
Telefilem Demi MasaTonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada 15 September 2024 pukul 10 malam di TV3 Judul Demi Masa demimasaWaktu Siaran Sabtu 15 September 2024 10 00 malamRangkaian TV3 tontonPenulis Skrip Siti Jasmina IbrahimPe...
Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Cepat Kahwin Jayden Tak Sabar Nak Jadi Abang

Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Cepat Kahwin Jayden Tak Sabar Nak Jadi Abang

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 159 hits
Bersempena ulang tahun kelahiran ke 39 bekas isteri kepada aktor kelahiran Pulau Pinang Noor Nabila doa Sharnaaz Ahmad cepat kahwin dalam tempoh terdekat Dalam hantaran itu Nabila yang juga kakak kepada usahawan dan selebriti nbsp Noor Neel...
Tak Betul Dap Jadi Alat Umno Tarik Undi Cina Di Mahkota Onn Hafiz

Tak Betul Dap Jadi Alat Umno Tarik Undi Cina Di Mahkota Onn Hafiz

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 218 hits
Dakwaan kononnya DAP hanya dijadikan alat UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota adalah tidak berasas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan seperti itu...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh