Kah Kah Punya La Penyamun Perabut Pun Balaih Najib Sila Jawab Dakwaan Bawa Keluar Perabot Seri Perdana


 
Saya ingin memberikan penjelasan berhubung kerja-kerja membaik pulih Seri Perdana yang diluluskan semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.
Ketika saya mula menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2020, saya telah menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan bangunan rasmi JPM.
Kerosakan ini melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang. Kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan telah menyebabkan kerosakan perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.
Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang. Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.
Berdasarkan laporan yang saya terima, pihak JPM juga mengesyorkan agar perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.
Oleh kerana bangunan Seri Perdana mengalami kerosakan fizikal yang teruk selain sistem pendawaian dan mekanikal yang telah usang, sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal. Saiz Seri Perdana yang berkeluasan lebih 56,000 kaki persegi juga menyebabkan kos baik pulih bangunan milik kerajaan ini agak tinggi.
Keputusan membaik pulih Seri Perdana dibuat untuk memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal. Jika ia tidak dibaik pulih dengan segera, bangunan warisan kerajaan ini akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih pastinya akan meningkat.
Untuk memastikan proses baik pulih dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan hasil yang berkualiti, kerja-kerja baik pulih dipantau rapat oleh sebuah Pasukan Petugas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Perdana Menteri.
Saya percaya Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam urusan membaik pulih Seri Perdana mempunyai maklumat yang terperinci berhubung pelaksanaan projek ini.
Selaras dengan prinsip ketelusan dan integriti yang diamalkan oleh Kerajaan, jabatan yang berkenaan boleh tampil untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan perkara ini.
Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Mantan Perdana Menteri Ke-8
30 September 2021






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/kahkahpunya-la-penyamunperabut-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Najib Berperang Isu Perabot Seri Perdana

Mahiaddin Najib Berperang Isu Perabot Seri Perdana

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 237 hits
FAZLI RADZIBekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mendakwa Najib Razak telah membawa keluar beberapa perabot dan chandelier dari Seri Perdana Mahiaddin berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tersebut pada sidang media sele...
Najib Jawab Dakwaan Angkut Perabut Oleh Muhyiddin

Najib Jawab Dakwaan Angkut Perabut Oleh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 474 hits
PETALING JAYA Dua bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Muhyiddin Yassin bertelagah berkenaan ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri Seri Perdana berjumlah RM38 5 juta dengan Najib menyindir Pengerusi Perikatan Nasional itu membuat dakwaa...
Najib Angkut Keluar Perabot Rumah Rasmi Pm Muhyiddin Kata

Najib Angkut Keluar Perabot Rumah Rasmi Pm Muhyiddin Kata

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 385 hits
Muhyiddin Yassin berkata keputusan membaik pulih kompleks Seri Perdana yang dibuat ketika pentadbirannya adalah untuk memulihara selain menerima laporan mengatakan Najib Razak mengeluarkan perabot daripada rumah rasmi perdana menteri itu Mu...
Don T Use Me As Excuse For Seri Perdana Renovations Najib Tells Muhyiddin

Don T Use Me As Excuse For Seri Perdana Renovations Najib Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 272 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak this evening criticised Muhyiddin Yassin also a former premier for trying to blame him over renovations on Seri Perdana that cost the government RM38 5 million This comes after Muhyiddin today said th...
Much Of The Furniture Claimed To Be Najib S Carried Off From Seri Perdana Says Muhyiddin

Much Of The Furniture Claimed To Be Najib S Carried Off From Seri Perdana Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 263 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin today revealed he had been told that much of the furniture in Seri Perdana had been removed as it was claimed to be owned by Najib Razak Based on the report I received the Prime Minister s Department a...
Umno Jangan Kutuk Lebih2 Ubahsuai Seri Perdana Dilakukan Kerajaan Yang Sama

Umno Jangan Kutuk Lebih2 Ubahsuai Seri Perdana Dilakukan Kerajaan Yang Sama

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 198 hits
Sesiapa yang sebelum ini menyebarkan berita bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah sebanyak RM30 juta ternyata mereka itu telah melakukan fitnah terhadap kerajaan Kos yang sebenarnya bukanlah RM30 juta tetapi RM38 5 juta iaitu lebih tinggi...
Pm Rm30mil Renovation For Seri Perdana Is For Safety And Country S Image M Sians Not Convinced

Pm Rm30mil Renovation For Seri Perdana Is For Safety And Country S Image M Sians Not Convinced

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 214 hits
Kompleks Seri Perdana ni dibina pada tahun 1997 dan siap dibina sekitar 1999 Kos nya RM 24 17 juta Sekarang kerajaan renovate dengan RM30 juta Let say kos dulu dengan kadar semasa double RM 40 juta Kira boleh bina sebiji lagi Seri Perdana a...
Tak Sensitif Belanja Ubah Suai Seri Perdana Lebih Rm30 Juta Kata Pembangkang

Tak Sensitif Belanja Ubah Suai Seri Perdana Lebih Rm30 Juta Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 244 hits
Tindakan kerajaan disifatkan tidak adil ketika jabatan kerajaan terpaksa mendapatkan pendanaan awam bagi membeli peralatan menurut Amiruddin Hamzah KUALA LUMPUR Amiruddin Hamzah menyifatkan tindakan kerajaan mengubahsuai kediaman rasmi Perd...
Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 355 hits
BOB KELANANGSebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah RM30 juta kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta Rupanya Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernil...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking