Tak Sensitif Belanja Ubah Suai Seri Perdana Lebih Rm30 Juta Kata Pembangkang


 
Tindakan kerajaan disifatkan tidak adil ketika jabatan kerajaan terpaksa mendapatkan pendanaan awam bagi membeli peralatan, menurut Amiruddin Hamzah.KUALA LUMPUR: Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu) menyifatkan tindakan kerajaan mengubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana membabitkan kos sebanyak RM30 juta sebagai tidak sensitif ketika rakyat bawahan terus dihimpit kos sara hidup semasa pandemik Covid-19.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan era Pakatan Harapan turut mempersoalkan rasional kerajaan Perikatan Nasional membelanjakan lebih RM1 juta untuk mengubahsuai dan membeli perabot baru bagi pejabat kegunaan empat menteri dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2020 dan 2021.
“Sangat tidak sensitif dalam keadaan sekarang di mana rakyat bergelut untuk hidup tetapi mereka boleh belanja sebanyak RM1 juta untuk ubahsuai di JPM, tidak termasuk ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM30 juta.

“Kononnya ubahsuai berkenaan atas alasan keselamatan, saya pun tidak tahu bila Perdana Menteri ketika itu (Muhyiddin Yassin) duduk di situ sebab setiap kali bila ada hal, semua akan pergi ke rumah beliau di Bukit Damansara,” tegasnya dalam satu sidang media di Parlimen.
Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerja-kerja ubahsuai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri, selain memastikan imej negara dalam keadaan baik ketika menyambut tetamu luar negara.
“Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri menjawab pertanyaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.
Minggu lalu, Dewan Rakyat turut dimaklumkan mengenai kos ubahsuai dan pembelian perabot baru membabitkan peruntukan lebih RM1 juta untuk kegunaan empat menteri dan timbalan menteri JPM melibatkan dua menteri masing-masing bertanggungjawab hal ehwal undang-undang serta Sabah-Sarawak, selain timbalan mereka.
Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, tindakan kerajaan itu disifatkan sebagai tidak adil ketika jabatan kerajaan yang berada di lapangan kerana terpaksa mendapatkan pendanaan awam (crowdfunding) bagi membeli peralatan seperti bantuan oksigen dan katil untuk kegunaan di hospital.
“Di bawah sana, buat ‘crowdfunding’ untuk beli peralatan di hospital dan klinik, tetapi yang di atas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang 22 bulan pentadbiran PH di Putrajaya, pakatan itu tidak menggunakan satu sen wang kerajaan untuk mengubahsuai ruang pejabat kerajaan.
“Yang ada sudah cukup selesa untuk kita semua menteri pada ketika itu menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media sama, Hannah Yeoh (PH-Segambut) mendesak kerajaan mendedahkan jumlah kos keseluruhan membabitkan ubahsuai di semua kementerian ketika pentadbiran PN. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/tak-sensitif-belanja-ubah-suai-seri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imej Negara Bergantung Pada Penghuni Sri Perdana Bukan Ubah Suai Rm30 Juta

Imej Negara Bergantung Pada Penghuni Sri Perdana Bukan Ubah Suai Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 205 hits
Malaysiakini RM30 juta yang dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri Sri Perdana di Putrajaya tidak disambut baik Rafidah Aziz Tanpa berlapik bekas menteri itu menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam semata mata Ra...
Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 334 hits
BOB KELANANGSebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah RM30 juta kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta Rupanya Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernil...
Dalam Belanjawan Terkesan Belanja 38 Juta Untuk Baiki Sri Perdana Dan Tidak Untuk Faedah Rakyat

Dalam Belanjawan Terkesan Belanja 38 Juta Untuk Baiki Sri Perdana Dan Tidak Untuk Faedah Rakyat

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 276 hits
Belanjawan 2022 fokus rakyat masih terkesan Covid 19 kata PM October 2 2021 Belanjawan 2022 juga akan menumpukan kepada pelaksanaan inisiatif jangka pendek selari dasar dan strategi RMK12 kata Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Belanjawan 202...
Yoursay Hard To Buy Muhyiddin S Story On Seri Perdana

Yoursay Hard To Buy Muhyiddin S Story On Seri Perdana

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 213 hits
YOURSAY Does he not realise some can see right through him IndigoPuffin9170 Wow just wow Most of us can build several bungalows from scratch with RM38 5 million Give me half of that and I will sort out your wiring plumbing roofing etc and e...
Lebih 80 Kekosongan Guru Sudah Diisi Kata Menteri

Lebih 80 Kekosongan Guru Sudah Diisi Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 187 hits
Hanya tinggal lebih 2 000 daripada 21 564 kekosongan untuk diisi susulan pengambilan khas one off pada Jun Menteri Pendidikan Radzi Jidin Gambar Bernama Dari segi kriteria pemilihan keutamaan diberikan kepada graduan yang mempunyai kelayaka...
Projek Kereta Api Laju Hsr Kl Singapura Dibatal Renovation Seri Perdana Rm38 5juta Diluluskan

Projek Kereta Api Laju Hsr Kl Singapura Dibatal Renovation Seri Perdana Rm38 5juta Diluluskan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Nurul Aisyah RATA RATA rakyat Malaysia tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Perdana Menteri yang gagal namun beliau tetap dilantik untuk mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara Keberangkalian MPN turut gagal dilihat sangat tinggi Apa ...
Majlis Hari Raya Pm 7 Di Seri Perdana Bukti Kompleks Tersebut Tidak Rosak

Majlis Hari Raya Pm 7 Di Seri Perdana Bukti Kompleks Tersebut Tidak Rosak

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 164 hits
Oleh Nurul Aisyah BEBERAPA keping gambar viral di media sosial menunjukkan Majlis hari Raya yang diadakan di kompleks Seri Perdana pada tahun 2018 dan 2019 Majlis tersebut dianjurkan oleh Perdana Menteri ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir Ketika it...
Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 254 hits
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya berkata seorang pemimpin dalam kerajaan sewaktu menjadi pembangkang pernah berikrar mahu mengharamkan Dong Zong namun sebaliknya yang berlaku PETALING JAYA Tindakan kerajaan menyalurkan pe...
Ubah Suai Sendiri Pelan Data Untuk Kepuasan Melayari Internet Dengan Yoodo

Ubah Suai Sendiri Pelan Data Untuk Kepuasan Melayari Internet Dengan Yoodo

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 471 hits
Ubah Suai Sendiri Pelan Data Untuk Kepuasan Melayari Internet Dengan Yoodo Salam semua adakah sis tertinggal ke belakang nak dengar pasal Yoodo ni Bila orang mula sebut sebut kelebihan Yoodo ni best sangat Barulah terkial kial nak ambil tah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba