Kaedah Pengiraan Zakat Emas


Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Manakala hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat.


Namun, barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai.

Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah.

Yusuf al-Qaradawi menyebut, perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

1. Emas Perhiasan Dipakai

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf (kadar kebiasaan) emas perhiasan sebanyak 800 gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf Nota 1) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM5,850.00

2. Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama.

Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama." HR Abu Dawud

Formula Kiraan

Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab Nota 2) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka,

= Berat emas dipakai x Harga emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM1,300.00

3. Emas Pelaburan Patuh Syariah

Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: Pelaburan dalam emas fizikal dan Pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook).

Pelaburan Emas Fizikal

Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 400 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM2,600

Akaun Emas (Passbook)

Terdapat bank menawarkan emas pelaburan berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan.

Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 200 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM1,300

4. Emas Pelaburan Tidak Patuh Syariah

Pelaburan emas yang tidak patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; Pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook) yang tidak menyediakan emas fizikal dan Pelaburan emas melalui alam maya.

Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas

Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Akaun Emas Maya

Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik.

Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:

Zakat

= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat
= RM40,000 (contoh) x 2.5%
= RM1,000

Nota 1: Uruf Emas ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat. Berat uruf emas di Wilayah Persekutuan bersamaan dengan 800 gram.
Nota 2: Nisab ialah nilai semasa 85 gram emas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Perlu Dilakukan Jika Menemui Harta Karun Atau Barang Temuan?Apa Sebenarnya Emas Putih Dan Bagaimana Ia Dihasilkan?
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/05/cara-pengiraan-zakat-emas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Comment On Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan By Hawa Hussin

Comment On Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan By Hawa Hussin

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 160 hits
Info yang berguna tentang zakat Kadang kita tak perasan Terima kasih di atas perkongsian ilmu
Lelaki Warga Emas Dari Temerloh Di Temui Mati Lemas Di Kemaman Isteri Masih Hilang

Lelaki Warga Emas Dari Temerloh Di Temui Mati Lemas Di Kemaman Isteri Masih Hilang

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 414 hits
CHUKAI Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki kira kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk Kijal di Kemaman dekat sini awal pagi semalam Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir 60 ditemui pada jarak kira kira d...
Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Phyllis Sue

Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Phyllis Sue

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 173 hits
Hello semua Nama saya Puan Phyllis Sue South Saya tinggal di UK London dan saya seorang wanita yang bahagia hari ini dan saya memberitahu diri saya bahawa mana mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya keluarga dari keadaan kami yang mi...
Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan Emas Di Sabah

Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan Emas Di Sabah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 209 hits
Pemain yang pernah dipuji Arsene Wenger ini kembali ke prestasi terbaiknya Keputusan pemain tengah Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang ...
Makan Petang Di Dataran Tanjung Emas

Makan Petang Di Dataran Tanjung Emas

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum wbtSETIAP kali ke Muar Medan Selera Dataran Tanjung Emas merupakan destinasi JJCM yang wajib bagi Sk sekeluarga Tak kisahlah sama ada sekadar singgah ketika melalui bandar Muo selepas balik dari Melaka atau setiap kali berma...
Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari

Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 374 hits
Harga Emas Turun Beli Cincin Lotus Penghias Jari Saya suka bercerita tentang inspirasi jual beli emas dan beli emas lagi Orang kata kenapa tak simpan duit untuk anak sambung belajar nanti mana tahu nak ikut jejak si abang belajar ke seberan...
Wanita Rugi Rm560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis

Wanita Rugi Rm560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 185 hits
Wanita Rugi RM560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM560 000 akibat ditipu menerusi urusan jual beli emas dalam kejadian di Jalan Conlay di sini semalam Ketua Polis Daerah Dang Wangi ...
Simpan Dan Labur Emas Di Quantum Metal

Simpan Dan Labur Emas Di Quantum Metal

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 551 hits
Apa Itu Quantum Metal Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua Hari ni Zumal nak sambung post dari entri sebelum ni tentang Simpan Emas Bermula RM10 tu Entri tersebut boleh rujuk di Untuk pengetahuan korang Zumal simpan dan labur ...
Polis Tahan Lelaki Pukul Warga Emas

Polis Tahan Lelaki Pukul Warga Emas

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 174 hits
Polis tahan lelaki pukul warga emas SHAH ALAM Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul lelaki warga emas berhampiran jejantas di Padang Jawa dekat sini hari ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ber...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew