Kaduk Naik Junjung Mngapa Menteri Ph Razman
BAGAN SERAI: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria yang juga Adun Gunung Semanggol menyelar sikap pemimpin-pemimpin PH..kerana tidak mampu bahkan gagal untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.Beliau juga mempertikaikan kredibiliti Menteri-menteri PH kerana hanya tahu menyandarkan kesalahan kepada pentadbiran BN terdahulu tanpa berusaha membuat perubahan kepada negara sejak memerintah pasca PRU14.Malah, beliau menyifatkan pimpinan PH umpama 'Kaduk Naik Junjung' kerana bukan sahaja menambah hutang baharu, bahkan turut menyebabkan aset negara semakin susut berkurang daripada yang sedia ada.Perkara tersebut menjadi intipati utama dibahaskannya ketika berucap dalam Ceramah Penyatuan Ummah yang dilangsungkan di Taman Serai Sentosa, di sini malam kelmarin." Depa dok (Mereka asyik) kata tak boleh buat, tak boleh nak beri (janji manifesto). (Kena) Bayo (bayar) hutang dulu, Umno buat. Dia (PH) kata,depa (Umno) berhutang, kami (PH) kena bayaq (bayar). Sedap bunyi (tapi hakikatnya) tipu orang kampung."Kita kata tak apalah, berapa hutang hat depa (yang Umno) buat hari tu? (PH jawab) Depa (Umno) buat, tinggal (hutang) ada 600 bilion (Ringgit)," ujarnya mengajuk alasan-alasan dikemukakan pimpinan PH.Namun menurut Razman, disebalik hutang-hutang tersebut Kerajaan BN meninggalkan pembangunan tampak seperti lebuh raya, Putrajaya, KLIA dan sebagainya yang menjadi aset negara, di mana hal itu berbeza dari PH.Bidas beliau, tidak sampai setahun pemerintahan, PH telah membuat hutang sebanyak RM300 bilion di mana ketika sama pula aset-aset negara dijual, bahkan pemimpin PH asyik ke luar negara dalam keadaan kehidupan para petani tetap tidak terbela.Tempelaknya lagi, pemerintahan PH hanyalah memperbodohkan kecerdikan rakyat apabila membuat pelbagai alasan demi menjustifikasikan kenaikan hutang, sekali gus menuntut kerajaan ini segera digantikan rakyat pada PRU15 nanti."Tak cukup yang kata hutang tadi tu, (PH) tambah hutang. Jual harta (aset negara) pun hutang tak turun, hutang bertambah. Mana cerdiknya?" soal beliau mengajak rakyat menilai retorik PH.
Turut berucap pada malam itu adalah Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Saarani Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Serai, Ustaz Ahmad Sayuti. - HARAKAHDAILY 2/11/2019
Lihat lagi..HALAMAN HIBURAN
Mata Pedang Penguasa, Sindir Penyanyi Ebiet G AdeEbiet, Penyanyi Indonesia: Lagunya Mengubah Hidup....Menari Sentuh Kulit Perempuan &Nasihat Untuk Gadis, Serlah Pemikiran Ebett G Ade.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/kaduk-naik-junjung-mngapa-menteri-ph.html