Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri Link Pembayaran Online
Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Turut dikongsikan link pembayaran online bg memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah anda.
Utk makluman, mengeluarkan zakat adalah salah satu drpd lima rukun Islam yg wajib dipatuhi. Terdapat lima Rukun Islam kesemuanya iaitu:
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Mendirikan Solat
Berpuasa di Bulan Ramadhan
Mengeluarkan Zakat
Menunaikan Haji
Bayaran zakat blh dibuat secara online atau manual melalui kaunter bayaran zakat, di pejabat pos dan di kaunter bank terpilih.
Dalil kewajipan mengeluarkan zakat adalah spt berikut:
“Ambillah (sebahagian) dr harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dr dosa) dan mensucikan mereka (dr akhlak yg buruk), dan doakanlah utk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bg mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dgn Bani Israil (dgn berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yg baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil drpd kamu dan sememangnya kamu orang yg tidak menghiraukan perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Daripada ayat-ayat al-Quran di atas jelas tentang kewajipan mengeluarkan zakat. Sesiapa yg mengingkari atau meragui kefardhuan mengeluarkan zakat blh terkeluar drpd agama Islam.
BACA: Cara Mandi Wajib Yg Betul Utk Lelaki & Wanita
Jenis-Jenis Zakat
Terdapat pelbagai jenis zakat dan bukan hanya zakat fitrah. Antaranya:
Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat Padi
Zakat Saham
Zakat Haiwan Ternakan
Zakat Emas
Zakat KWSP
Zakat Wang Simpanan
Utk penerangan yg lebih lengkap tentang jenis-jenis zakat, anda blh baca di portal zakat.com.my
Dlm artikel ini kami cuma akan berkongsi secara lebih mendalam tentang zakat fitrah memandangkan zakat fitrah wajib dibayar sebelum 1 Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah fardhu ain dan wajib ke atas semua umat Islam sama ada lelaki atau pun wanita yg berkemampuan membayar zakat.
Berikut adalah syarat-syarat wajib zakat fitrah:
Sesiapa sahaja yg memiliki harta / makanan yg melebihi keperluan tanggungannya pd malam raya dan pagi raya
Anak yg dilahirkan sebelum matahari jatuh pd akhir bln Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
Muallaf yg memeluk Islam sebelum terbenam matahari pd akhir bln Ramadhan dan berkekalan Islamnya wajib mengeluarkan zakat fitrah ke atas dirinya
Seseorang yg meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Kadar Zakat Fitrah 2020
Zakat fitrah dibayar melalui kaedah pemberian makanan asasi spt beras. Kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.
Kadar zakat fitrah juga bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.
Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah.
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bln Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia.
NEGERI
KADAR ZAKAT FITRAH (RM)
Perlis
7.00
Kedah
5.00, 7.00, 14.00, 21.00
Pulau Pinang
7.00, 16.00
Perak
7.00, 14.00, 21.00
Selangor
7.00, 14.00, 21.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
5.00, 7.00
Negeri Sembilan
7.00
Melaka
7.00, 14.00
Johor
7.00, 10.00
Pahang
7.00
Kelantan
7.00
Terengganu
7.00
Sabah
6.00, 7.50
Sarawak
7.00
Link Pembayaran Online
Berikut adalah link pembayaran online zakat
Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
WP : zakat2u.com.my/payment/fast
Kedah : jom.zakatkedah.com.my
Perlis : bit.ly/2VMqN5L
Penang : bit.ly/2Ko9zqj
Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
Pahang : bit.ly/2KljrRA
N9 : bit.ly/3eEbyEB
Melaka : bit.ly/2RVHb2E
Johor : fitrah.maij.gov.my
Sarawak : bit.ly/2zmhimp
Sabah : bit.ly/3bucJo
Lafaz Niat Zakat Fitrah
Berikut adalah akad lafaz niat zakat fitrah di antara pembayar zakat dan penerima / amil.
Lafaz Ijab Bg Pembayar Zakat:
“Inilah zakat fitrah sebanyak RM… yg wajib bg diri saya pd thn ini kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Qabul Bg Penerima Zakat / Amil:
“Saya terima zakat RM… yg wajib bg diri tuan pd thn ini kerana Allah Ta’ala”
Bayaran zakat fitrah hendaklah dibuat kepada amil bertauliah yg memiliki kad kuasa amil dr Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Dan pastikan anda terima resit selepas selesai urusan pembayaran zakat fitrah.
Anda juga digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal bln Ramadhan supaya agihan zakat fitrah kepada fakir miskin dpt disempurnakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang proses pembayaran zakat fitrah, sila berhubung terus ke Pejabat Agama berhampiran. Atau layari portal JAKIM utk dapatkan maklumat emel dan nombor telefon pejabat agama masing-masing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alamaya.info/kadar-zakat-fitrah-2020-mengikut-negeri-link-pembayaran-online/