Kadar Zakat Fitrah 2020 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia


Bulan Ramadan akan menjelang tiba, begitu juga kewajipan zakat, maka wajib untuk tahu kadar zakat fitrah 2020 untuk memudahkan persediaan mengeluarkan bayaran nanti.
Walaupun sekarang sedang diselubungi kebimbangan wabak COVID-19, namun kewajipan menjalani ibadah puasa Ramadan tetap berjalan seperti biasa.
Begitu juga dengan kewajipan menunaikan zakat fitrah.
Malah tidak lengkap ibadah puasa jika tidak mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka yang memenuhi syarat.
Sebelum kita pergi kepada kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia, jom kita ulangkaji serba sedikit tentang zakat fitrah.
Definisi zakat fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud menyucikan dan membersihkan diri, manakala dari segi istilah bermaksud mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu kepada golongan asnaf yang memerlukan mengikut ketetapan syariat Islam.
Zakat fitrah pula adalah zakat individu yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Hukum zakat fitrah
Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas umat Islam (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Syarat #1 Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya berbanding keperluan tanggungannya (berkemampuan) pada malam dan pagi Aidilfitri Syarat #2 Hidup/lahir sebelum matahari jatuh dan kekal hidup selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan (malam 1 Syawal) Syarat #3 Kekal/memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya Syarat #4 Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan (sempat bertemu akhir Ramadhan dan pertama Syawal) Zakat fitrah dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya (suami keluarkan zakat fitrah untuk dirinya, isteri, anak-anak, ibubapa dan sesiapa sahaja di bawah tanggungannya)

Rukun-rukun zakat fitrah
Rukun #1 Niat ikhlas semata-mata kerana Allah Rukun #2 Pemberi zakat Rukun #3 Penerima/wakil penerima zakat (amil) Rukun #4 Barang/item yang dizakatkan (duit, makanan asasi) Rukun #5 Kadar zakat yang dikeluarkan Kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia
Oleh kerana tanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka kadar zakat fitrah adalah ditentukan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing,
Seperti mana yang ditetapkan, kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg makanan ruji (di Malaysia, beras) atau senilai dengannya.
Majlis Agama Negeri kebiasaannya menentukan kadar zakat fitrah berdasarkan nilai dan gred beras yang banyak digunakan masyarakat negeri tersebut.
Sebagai contoh, jika kebanyakan rakyat negeri A makan beras gred tinggi manakala rakyat negeri B makan gred sederhana, maka kadar zakat fitrah negeri A akan lebih tinggi berbanding negeri B.
Atas sebab inilah kadar zakat fitrah 2017 bagi negeri-negeri di Malaysia, ada yang sama, ada yang berbeza, kerana mengikut nilai dan gred beras yang digunakan kebanyakan rakyat di setiap negeri.
Walaubagaimanapun, ada negeri yang mengeluarkan kadar zakat fitrah yang pelbagai sama ada mengikut jenis beras yang berbeza-beza atau kemampuan rakyatnya.
Maklumlah, bukan semua orang makan jenis beras yang sama.
Ada yang berkemampuan, makan beras yang lebih bernilai tinggi.
Ada pula yang makan beras jenis biasa sahaja.
Jom kita lihat kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia.
Oh ya, saya letakkan juga kadar tahun 2019 untuk perbandingan.
Kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia
Perlis
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Kedah
2019: RM 7 / RM 14 / RM 21 2020: RM 5 (kurang berkemampuan, tanggungan ramai) / RM 7 (beras tempatan kadar hancur 5%) / RM 14 (beras import) / RM 21 (beras basmathi) Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Pulau Pinang
2019: RM 7 2020: RM 7 / RM 16 (bagi yang lebih berkemampuan) Zakat Pulau Pinang
Perak
2019: RM 7 / RM 14 / RM 21 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAMP)
Selangor
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Lembaga Zakat Selangor
Wilayah Persekutuan
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Pusat Pungatan Zakat MAIWP
Negeri Sembilan
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
Melaka
2019: RM 7 / RM 14 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Pusat Zakat Melaka MAIM
Johor
2019: RM 7 / RM 10 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Pahang
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Pusat Kutipan Zakat MUIP
Terengganu
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu
Kelantan
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Sabah
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Bahagian Zakat & Fitrah MUIS
Sarawak
2019: RM 7 2020: Belum diumumkan (akan dikemaskini kemudian) Tabung Baitulmal Sarawak

Cara bayar zakat fitrah
Adalah digalakkan supaya bayaran zakat fitrah disalurkan kepada Majlis Agama Negeri melalui Pusat Pungutan Zakat atau amil-amil yang dilantik.
Boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Pusat Pungutan Zakat atau berjumpa amil-amil yang dilantik sama ada di masjid-masjid, bazar-bazar Ramadan atau di mana-mana sahaja mereka berada.
Dengan membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, bayaran zakat tadi dapat disampaikan dengan lebih sistematik dan menyeluruh kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.
Tetapi, jika berniat untuk memberi terus kepada asnaf-asnaf, juga dibolehkan.
Namun, perlulah dipastikan orang yang diberi tersebut betul-betul merupakan golongan asnaf.
Jika orang yang menerima tersebut bukannya asnaf, dibimbangi amalan mengeluarkan zakat tadi tidak sah dan hanya menjadi sedekah/hadiah.
Sebab itulah lebih mudah membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, kerana mereka mempunyai cara dan prosedur yang baik untuk mengenalpasti asnaf-asnaf yang betul-betul sah dan layak.
Waktu-waktu untuk membayar zakat fitrah
Waktu wajib – Bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan sehingga terbit matahari pada hari pertama Syawal Waktu paling afdhal – Sebelum solat sunat Aidilfitri Waktu sunat – Sepanjang hari pada bulan Ramadhan Waktu makruh – Selepas solat sunat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya dinasihatkan supaya menunaikan ibadat zakat fitrah seawal yang mungkin, iaitu sepanjang hari dalam bulan Ramadan.
Jika semua orang menunggu sehingga waktu wajib dan waktu paling afdhal untuk menunaikan zakat, dibimbangi berebut-rebut dan tidak sempat lalu menyebabkan ibadat zakat tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Oh ya, sebelum terlupa.
Selain daripada menunaikan kewajipan zakat fitrah, digalakkan juga untuk menyempurnakan kewajipan zakat harta dalam bulan Ramadan ini.
Maklumlah, zakat harta perlu dikeluarkan setiap tahun Hijrah, jadi mudahlah jika dikeluarkan dalam bulan Ramadan supaya senang untuk diingati.
Jadi, tunggu apa lagi, jom bayar zakat!
p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.


The post Kadar Zakat Fitrah 2020 Bagi Setiap Negeri di Malaysia appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/04/kadar-zakat-fitrah-2020-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Serta Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri Negeri Di Malaysia

Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Serta Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 710 hits
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini umat islam digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan nanti melalui atas talian berbanding cara konvensional seperti sebelum ini iaitu menerusi amil yang dilantik Ia adalah pen...
Covid19 Mainpp Perkenal 2 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Dan Rm16 Di Pulau Pinang

Covid19 Mainpp Perkenal 2 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Dan Rm16 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 243 hits
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini iaitu RM7 dan RM16 Dua kadar bayaran itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan ...
Jadual Waktu Buka Puasa Ramadhan Dan Imsak 2020 Seluruh Negeri Di Malaysia

Jadual Waktu Buka Puasa Ramadhan Dan Imsak 2020 Seluruh Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1173 hits
Tinggal beberapa hari lagi bilan yang mulia bulan Ramadhan akan menjelma dan semua umat islan akan berpuasa Tak sabar rasanya untuk berpuasa di bulan yang mulia ini aminJadual Waktu Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 2020 Seluruh Negeri Terbitan ...
Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 216 hits
Foto Oleh GoogleKUALA TERENGGANU 14 April Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang Yang Dipertua MAIDAM Dato Osman Muda berkata kadar fitrah yang ditetapkan dibuat se...
Senarai Harga Mas Kahwin Mahar 2020 Mengikut Negeri Di Malaysia

Senarai Harga Mas Kahwin Mahar 2020 Mengikut Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1603 hits
Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri Nilai mahar adalah berb...
3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020

3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1008 hits
Bagaimana cara bayar zakat Fitrah online Johor untuk Ramadhan 2020 ni Kita faham sekarang negara kita dalam tempoh PKP dan tidak boleh kontak rapat secara lansung bersalaman antara satu sama lain Jadi cara bayar zakat fitrah online Johor in...
Kadar Zakat Fitrah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan 3 Jenis Beras Ini Bayarannya Lebih Sikit

Kadar Zakat Fitrah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan 3 Jenis Beras Ini Bayarannya Lebih Sikit

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 522 hits
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan menjengah Apabila menyebut tentang bulan puasa pasti bayaran zakat sinonim dengannya Bayaran zakat dikira mengikut jumlah kepala di dalam keluarga dan mengikut harga beras Pun begitu ada segelintir masya...
Makan Beras Basmathi Zakat Rm21 Seorang Ini Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Beras

Makan Beras Basmathi Zakat Rm21 Seorang Ini Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Beras

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 802 hits
Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan Ini kerana ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut ak...
Status Terkini Lima Kluster Terbesar Di Malaysia Sehingga 14 April 2020

Status Terkini Lima Kluster Terbesar Di Malaysia Sehingga 14 April 2020

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 535 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi baru sahaja mengeluarkan status terkini di laman sosial Twitter berkenaan dengan lima kluster terbesar di Malaysia Berikut ialah laporan kluster COVID 19 di Malaysia sehingga hari ini Gambar KKM ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah