Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0 09 Peratus


Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.09 Peratus
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) — Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga bertanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata pencapaian itu menunjukkan pelbagai inisiatif peningkatan pendapatan rakyat, pemerkasaan ekonomi komuniti bandar dan pembangunan kesejahteraan rakyat menunjukkan keberkesanan dan akan diteruskan oleh kerajaan.
Berdasarkan amalan antarabangsa, sasaran miskin tegar tercapai apabila kadarnya adalah dalam julat tiga peratus dan ke bawah.
“Taraf hidup rakyat bertambah baik dengan pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat daripada RM7,901 pada 2019 kepada RM8,479 pada 2022, seterusnya kepada RM9,155 pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun 2022.
“Pekali Gini yang mengukur jurang kesenjangan pendapatan pula semakin mengecil, daripada 0.404 pada 2022 kepada 0.39 pada 2024. Ini merupakan satu daripada indikator yang baik dalam landskap sosiekonomi negara,” katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Laporan HIES 2024 di sini pada Rabu.
Berdasarkan laporan HIES 2024, Amir Hamzah berkata, insiden kemiskinan mutlak juga menunjukkan penurunan kepada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 6.2 peratus berbanding 2022.
Mengulas lanjut, beliau berkata, HIES merupakan instrumen statistik yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan peningkatan status sosioekonomi isi rumah.
Katanya, survei itu merupakan satu daripada sumber utama bagi merangka dasar ekonomi dan sosial negara termasuk pembasmian kemiskinan bagi warganegara, meningkatkan pendapatan rakyat, mengurangkan jurang ketidaksamarataan bagi dimensi pendapatan serta menangani kos sara hidup rakyat.
“Berdasarkan dapatan HIES ini, kerajaan dapat menyediakan statistik dan maklumat berkaitan tingkat pendapatan, corak perbelanjaan isi rumah, status kemiskinan dan penentuan kumpulan isi rumah mengikut pendapatan di Malaysia.
“Manfaat penemuan survei ini antaranya dapat diterjemahkan melalui keberkesanan pelaksanaan program kerajaan bagi pembasmian kemiskinan di Malaysia iaitu kadar kemiskinan telah menurun dengan signifikan iaitu 49.3 peratus pada 1970 kepada 6.2 peratus pada 2022,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan dalam semua bentuk, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
“Pendekatan membasmi kemiskinan perlu fokus kepada peningkatan mobiliti sosial, bukan sekadar bantuan sementara.
“Mobiliti sosial rakyat akan diperkukuh melalui usaha memperkasakan mereka dalam menghadapi tekanan kos sara hidup, membina sistem sosial berteraskan prinsip Insan Madani serta meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam pembentangan HIES mendedahkan bahawa enam negeri mencatatkan pendapatan penengah isi rumah melebihi paras nasional iaitu Kuala Lumpur (RM10,802), Putrajaya (RM10,769), Selangor (RM10,726), Johor (RM7,712), Pulau Pinang (RM7,386) dan Labuan (RM7,383).
Katanya, Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan tahunan tertinggi pada 6.4 peratus manakala Perak mencatat pertumbuhan terendah pada 2.1 peratus.
Beliau berkata, trend agihan pendapatan menunjukkan perkembangan positif secara beransur-ansur iaitu isi rumah dalam kumpulan B40 yang merangkumi 3.28 juta isi rumah, menerima had pendapatan sehingga RM5,859.
“Kumpulan pendapatan M40 pula di antara RM5,860 hingga RM12,679, manakala 1.64 juta isi rumah dalam kumpulan pendapatan T20, menerima pendapatan RM12,680 dan ke atas,” katanya.
BACA: Anda Mungkin Alami Masalah ‘Ini’ Jika Tidur Terlalu Lama Setiap Hari Sumber: Bernama
The post Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.09 Peratus appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/08/kadar-kemiskinan-tegar-negara-turun-kepada-0-09-peratus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iskandar Mahu Revolusi Fizikal Pemain Perseorangan Wanita Negara

Iskandar Mahu Revolusi Fizikal Pemain Perseorangan Wanita Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 387 hits
Iskandar mahu revolusi fizikal pemain perseorangan wanita negara ISKANDAR Zulkarnain mengendalikan sesi latihan pemain wanita BAM di ABM Bukit Kiara hari ini FOTO ASWADI ALIAS Kuala Lumpur Ketua jurulatih perseorangan wanita negara Iskandar...
Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang merekodkan lebih 2 000 penggantian kad pengenalan atau MyKad disebabkan kerosakan cip yang diberikan pengecualian bayaran bermula 23 Sept hingga kini susulan inisiatif Budi Madani RON95 Penga...
Aznil Nawawi Pernah Ditegur Imam Besar Masjid Negara Terpesong Akidah Bawa Ke Neraka Jahanam

Aznil Nawawi Pernah Ditegur Imam Besar Masjid Negara Terpesong Akidah Bawa Ke Neraka Jahanam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 357 hits
Pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil baru baru ini berkongsi pengalaman pernah ditegur Imam Besar Masjid Negara berhubung program hiburan yang dikendalikannya suatu ketika dahulu Menerusi podcast bersam...
Sasterawan Negara Rejab Ismail Meninggal Dunia

Sasterawan Negara Rejab Ismail Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 598 hits
Sasterawan Negara Rejab Ismail Meninggal Dunia KANGAR 30 Sept Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F I meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah Repoh dekat sini hari ini Setiausaha I Persatuan Penulis Perl...
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 1088 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Datuk Fahmi Fadzil menegaskan jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 adalah peluang terbaik membincangkan isu negara bergolak Menurutnya je...
Umt Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara

Umt Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 414 hits
Universiti Malaysia Terengganu melancarkan Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir hasil kerjasama strategik bersama PETRONAS CEFORE yang telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2
Pm Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin Negara Berdaulat

Pm Anwar Harap Pertemuan Dengan Trump Jamin Hak Rakyat Palestin Negara Berdaulat

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 130 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu rakaman video berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 pada 4 Oktober 2025 Foto YouTube Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 4 ...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Wee Questions Funds For Vanity Projects Says Better Spent On Healthcare

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Sinopsis Filem Banduan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Saya Hancur Saya Tidak Tahu Bagaimana Hendak Berdepan Keluarga Mangsa Kata Bapa Suspek Kes Tikam Pelajar

Ramai Tak Sedar Dashboard Cover Boleh Halang Airbag Batalkan Insurans

Lirik Lagu Nanti Iman Troye Naim Daniel

The Most Difficult Cleaning

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind