Kadangkala Kami Hanya Makan Nasi Bubur Lauk Kangkung Siti Azizon


Mohammad Arif Nizam Siti Azizon Mohamad yang merupakan seorang ibu tunggal meluahkan isi hati ketika ditemubual di Apartment Tasik Heights, Bandar Tasik Selatan. foto AFIQ HAMBALI KUALA LUMPUR – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Begitulah bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal empat anak termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga selepas bercerai dengan suami sejak enam tahun lalu.
Pada usia 41 tahun, Siti Azizon Mohamad yang menyewa di Tasik Height di Bandar Tasik Selatan di sini melalui ujian besar.
Ini kerana beliau turut menyara dan membesarkan lima anak saudaranya yang berusia setahun tiga bulan hingga 20 tahun selepas adiknya meninggal dunia dalam usia 37 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan masalah buah pinggang pada Disember 2019.
Rumah tiga bilik yang disewa sebanyak RM1,000 itu kini didiami seramai 12 beranak termasuk adik bongsunya yang tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Wanita kelahiran Kelantan itu mengakui, kehidupannya kini hanya bergantung dengan pendapatan bersihnya sebanyak RM1,600 sebagai anggota tentera dan jualan nasi lemak dan goreng pisang oleh ibunya, Azina Ab Rahman, 58, dengan anggaran untung RM300 sebulan.
Siti Azizon Mohamad yang juga merupakan seorang ibu tunggal bersama sebahagian daripada 12 orang ahli keluarganya di Apartment Tasik Heights, Bandar Tasik Selatan. foto AFIQ HAMBALI“Saya ibu tunggal dan bela anak empat orang dan seorang anak OKU, lima lagi anak arwah adik saya. Ibu dan adik bongsu pun tinggal bersama.
“Kewangan saya memang tidak cukup tampung untuk rumah kerana masa arwah adik ada kami kongsi bayar sewa bersama adik bongsu.
“Gaji bersih saya pula adalah RM1,600 dan sewa rumah RM1,000, selalu lewat bayar dan kadang-kadang tunggu gaji bulan depan dan bulan ini sewa rumah tertunggak. Pernah tidak cukup makanan, saya ambil nasi di kem (tentera) bawa balik rumah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
Siti Azizon kini dalam latihan peralihan untuk menamatkan perkhidmatan tentera pada bulan Julai ini.
Dia yang berpisah dengan suami sejak tahun 2014 bersyukur bekas suaminya masih memberi nafkah kepada anak-anak sebanyak RM200 sebulan mengikut kemampuan gara-gara pendapatannya sendiri pun tidak seberapa.
Siti Azizon Mohamad bermain bersama anak-anak saudaranya di Apartment Tasik Heights, Bandar Tasik Selatan. foto AFIQ HAMBALI,“Saya berpisah dengan suami enam tahun dan nafkah kadang-kadang dia bagi. Dia pun kerja tak seberapa dan saya tak kisah, janji dia bagi anak-anak RM200 sebulan dan beban saya berkurangan untuk jaga anak-anak.
“Sebelum ini, kami tinggal dalam kem dan keluar menyewa kerana peraturan di dalam kem tidak boleh ramai ahli keluarga dan tidak dibenarkan adik dan anak saudara.
“Ketika itu, arwah adik selalu keluar masuk kem untuk pergi kerja,” katanya berterus-terang.
Siti Azizon menambah, kehidupan mereka menjadi getir selepas kematian arwah adik kerana sejak menyewa dua tahun lalu, komitmen kewangan sering dikongsi bersama.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, arwah adiknya, Siti Azira ‘pergi’ mengejut meninggalkan mereka selepas hanya mengalami demam dalam tempoh seminggu sahaja.
Namun luahnya dia akan menjaga semua anak arwah seramai lima orang itu kerana telah berjanji dengan Siti Azira untuk tidak berpisah dengan anak-anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Lans Koperal Siti Azizon Mohamad akan menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera pada bulan Julai depan. foto AFIQ HAMBALI“Saya sedih sebab emak masih kena bekerja dan adik bongsu pun banyak membantu. Namun saya nekad menjaga semua anak saudara walaupun susah sekali mana pun.
“Saya pernah mohon bantuan zakat namun tidak layak kerana bekerja sebagai tentera. Tidak apa dan saya reda kerana masih dalam perkhidmatan. Lagi pun habis kerja tentera, saya kerja kedai di kedai makan untuk basuh pinggan dan alhamdulillah, ada makanan lebih saya boleh bawa pulang untuk keluarga,” katanya sambil memberitahu adik iparnya tidak pernah mengambil tahu hal anak-anaknya selepas kematian isterinya.
Apa pun Siti Azizon berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana memberi bantuan bulanan sebanyak RM150 sebulan untuk anak sulungnya yang OKU.
“Anak saya OKU yang menghadapi masalah pembelajaran dan pada masa mengidap penyakit jantung, asma dan mata yang rabun teruk sejak lahir. Ketika ini, saya sedang tunggu keputusan pakar sama ada perlu menukar injapnya selepas berjaya membuat pembedahan sebelum ini,” katanya yang membuat pinjaman koperasi untuk pembedahan anaknya itu.
Wanita itu mengakui sering terfikir apa yang akan berlaku kepada ibu, anak-anak dan anak saudara jika dia ditakdir pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
“Memang takut bila fikir kadang-kadang sebab saya ulang-alik naik motosikal ke mana-mana. Sekiranya berlanggar, siapa nak jaga anak dan anak arwah serta emak saya sebab tanggungjawab saya besar dan berat. Saya kena kuat walaupun sakit,” katanya yang mengakui mengalami tekanan perasaan dan pernah bertemu pakar sakit jiwa.
Lans Koperal Siti Azizon Mohamad meriba Nur Syahmimi Adreena Abdul Fattah yang berusia setahun tiga bulan di Tasik Heights, Bandar Tasik Selatan. foto AFIQ HAMBALI,Mengakhiri perbualan, Siti Azizon ditanya bagaimana dia berbelanja dengan baki gaji sebanyak RM600 dengan 11 ahli keluarga perlu diberi makanan.
Akuinya jujur, dia memberi keutamaan dengan membeli lampin pakai buang dan susu anak saudaranya serta beras sebanyak 20 kilogram sebulan selain peruntukan untuk persekolahan anak-anak.
“Saya masak satu lauk sahaja sehari, kalau menu daging ayam, hanya ayam sahaja dan tiada menu sayur. Kalau telur, hanya telur sahaja.
“Kadang-kadang kalau tiada wang untuk makan, saya masak ikan bilis sahaja. Atau pun buat nasi bubur dan beli sayur kangkung untuk jadi lauk,” katanya sambi mengalirkan air mata.
Sementara itu, kunjungan MalaysiaGazette itu turut disertai Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuek Po Guan yang mewakili Datuk Kamarudin Jaafar yang juga Timbalan Menteri Luar yang memberi bantuan beras.
Orang ramai yang ingin membantu atau bertanya khabar boleh menghubungi Siti Azizon menerusi talian +60174981751 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional – 03109-29-00002664-1. – MalaysiaGazette
Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuek Po Guan menyampaikan sumbangan kepada Ibu Tunggal, Siti Azizon Mohamad di Apartment Tasik Heights, Bandar Tasik Selatan. foto AFIQ HAMBALI,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kadangkala-kami-hanya-makan-nasi-bubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Nasi Ayam Autentik Juga Itik Goreng Berempah Hanya Di Chicken Rice Guys

Nak Makan Nasi Ayam Autentik Juga Itik Goreng Berempah Hanya Di Chicken Rice Guys

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 678 hits
Anda peminat Nasi Ayam Hainanese dengan rasa autentik Tentunya tercari carinya mana restoran yang memenuhi selera Boleh dikatakan sebut saja Nasi ayam semua orang menyukainya Dalam episod sulung Makan Di Mana Imran Aqil selaku hos membawa k...
Nasi Kukus Sotong Besar Kambing Bakar Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Memang Padu Rasa Gerenti Ketagih Nak Makan

Nasi Kukus Sotong Besar Kambing Bakar Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Memang Padu Rasa Gerenti Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 584 hits
Makan Di Mana membawa anda ke lubuk makanan sedap yang bikin ketagih untuk merasainya lagi Kita terjah ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam Kalau guna waze gerenti sampai ke restoran ini Restoran ini memang mendapat sambutan ramai ...
Makan Nasi Beriyani King Muar

Makan Nasi Beriyani King Muar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum MASIH ingat lagi tak Sk ceritakan tentang keinginan kami untuk makan Nasi Beriyani Kenduri Muar dalam post sebelum ini Baru tahu rupanya nama kedai yang kami nak pergi tu ialah Beriyani King Itupun Iman yang bagitahu dalam h...
Makan Nasi Ayam Sedap Di Grand Chicken Rice Beletime Danga Bay

Makan Nasi Ayam Sedap Di Grand Chicken Rice Beletime Danga Bay

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 611 hits
Assalamualaikum IMAN kata sekarang ni kalau dah tak ada idea nak masak apa makan di mana kita pergi aje ke Beletime Danga Bay sebuah pusat beli belah baharu yang terletak di Danga Bay sebab di sini ada restoran nasi ayam yang sedap dengan p...
Tips Diet Makan Nasi Yang Betul

Tips Diet Makan Nasi Yang Betul

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 778 hits
Tips Diet Makan Nasi Yang Betul Khas untuk anda semua yang nak diet nasi boleh je makan nasi tetapi dalam portion yang tertentu Makan nasi hari hari tapi berat maintain atau turun Bagus kan Bagaimana tu caranya Ada cara yang sesuai untuk di...
Makan Makan Di Restaurant Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj

Makan Makan Di Restaurant Nasi Lemak Bamboo Ss2 Pj

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 633 hits
Hi Korang Yeah citer bab makan makan lagi nieh Makan nasi lemak pun nak citer jugak ke Eh nama pun blogger so haruslah kena citer menda menda best nieh Kebetulan masa cuti Krismas hari tuh lepas pi melawat KL BirdPark tuh ktorang ke Restaur...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias