Kad Kredit Vs Buy Now Pay Later Mana Lebih Bagus


Selain kad kredit yang telah lama wujud, kini wujud satu alternatif baharu yang semakin popular yang secara umumnya dikenali sebagai Buy Now Pay Later (BNPL).
Platform seperti Atome, Grab PayLater, SPayLater (Shopee), dan Lazada PayLater semakin mendapat tempat di hati pengguna, terutamanya golongan muda yang gemar membeli-belah dalam talian.
Kedua-dua kad kredit dan Buy Now Pay Later (BNPL) menawarkan kemudahan untuk membeli sekarang dan membayar kemudian namun secara keseluruhannya, mana yang lebih bagus untuk perbelanjaan?
Apa Itu Kad Kredit dan BNPL?
Kredit: Ramli Rahman Kad kredit ialah kemudahan kredit yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan berlesen. Pengguna boleh membuat pembelian dan membayar semula dalam tempoh tertentu, biasanya dengan faedah jika tidak dibayar penuh.
Dahulu, kad kredit dianggap sebagai simbol kemudahan kewangan dan fleksibiliti. Ia membolehkan pengguna membeli barang atau perkhidmatan terlebih dahulu dan membayar kemudian, biasanya dengan tempoh tanpa faedah selama 20–45 hari.
Buy Now Pay Later atau BNPL pula ialah kaedah pembayaran ansuran yang membolehkan pengguna membayar dalam beberapa kali bayaran ansuran tanpa faedah (biasanya 3–6 bulan).
Ia ditawarkan oleh syarikat fintech seperti Atome, SPayLater, dan Grab PayLater.
Keselamatan dan perlindungan kewangan pengguna Kad kredit di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Pengguna dilindungi melalui mekanisme seperti had kredit, penyata bulanan, dan perlindungan terhadap penipuan.
Buy Now Pay Later atau BNPL sebelum ini tidak dikawal secara langsung, tetapi bermula Ogos 2025, ia tertakluk kepada Consumer Credit Act 2025.
Ini bermakna penyedia BNPL kini perlu mematuhi garis panduan yang lebih ketat termasuk penilaian kemampuan pengguna dan pendedahan maklumat yang lebih telus.
Baca lagi: BNPL: Kebaikan, Keburukan & Contoh Platform Di Malaysia
Risiko Kad Kredit vs Buy Now Pay Later (BNPL)
Kad kredit boleh menyebabkan pengguna berbelanja melebihi kemampuan kerana had kredit yang tinggi dan pembayaran minimum yang rendah.
Jika tidak dikawal, faedah bulanan yang tinggi (sekitar 15–18% setahun) boleh menyebabkan hutang bertambah.
BNPL pula kelihatan lebih selamat kerana tiada faedah jika dibayar tepat waktu. Namun, pengguna mudah terjebak dengan banyak komitmen kecil yang terkumpul.
Kajian menunjukkan ramai pengguna BNPL tidak menyedari jumlah hutang sebenar mereka sehingga lewat.
BNPL mungkin kelihatan lebih ringan, tetapi tanpa disiplin, ia boleh membawa kepada beban hutang tersembunyi.
Kesimpulan KiteriaKad KreditBNPLKawalan PerbelanjaanKurang jika tiada disiplinMudah terlepas pandang komitmenPerlindungan Undang-undangTinggi (BNM, PIDM)Semakin baik (CCA 2025)Kesan KreditYa (positif/negatif)Ya (bermula 2025)Caj dan FaedahTinggi jika lewat bayarCaj penalti jika lewatAksesibilitiPerlu kelulusan bankMudah dan pantasKeselamatan TransaksiTinggi (chargeback, fraud alert)Bergantung kepada penyedia Secara keseluruhan, kad kredit masih dianggap lebih selamat dari segi perlindungan pengguna, kawalan peraturan, dan keselamatan transaksi.
Namun, ia memerlukan disiplin kewangan yang tinggi untuk mengelakkan hutang berpanjangan.
Buy Now Pay Later atau BNPL pula menawarkan kemudahan dan akses pantas, tetapi pengguna perlu lebih berhati-hati agar tidak terperangkap dalam komitmen kecil yang berulang.
Dengan penguatkuasaan Consumer Credit Act 2025, BNPL kini lebih selamat berbanding sebelumnya tetapi masih belum setanding dengan kad kredit dari segi perlindungan menyeluruh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buy-now-pay-later/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buy-now-pay-later

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Taktik Penipuan Tebus Mata Ganjaran Kad Kredit Melalui Pautan Pancing Data

Waspada Taktik Penipuan Tebus Mata Ganjaran Kad Kredit Melalui Pautan Pancing Data

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 145 hits
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Jika anda terima SMS tuntut ganjaran atau kata mata ganjaran akan tamat jangan klik pautan Penipu guna pautan palsu untuk curi kata laluan perbankan anda di laman w
Bezakan Fast Charger Vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik Untuk Telefon Anda

Bezakan Fast Charger Vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik Untuk Telefon Anda

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 229 hits
Bezakan Fast Charger vs Super Fast Charger Mana Lebih Baik untuk Telefon Anda Fast charging kini menjadi ciri penting untuk hampir semua telefon pintar moden Tapi bila lihat di kotak pengecas ada pula istilah Super Fast Charger Jadi apa seb...
Discord Sahkan 70 000 Akaun Digodam Tapi Kata Laluan Dan No Kad Kredit Selamat

Discord Sahkan 70 000 Akaun Digodam Tapi Kata Laluan Dan No Kad Kredit Selamat

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 138 hits
Discord sebelum ini telah mengesahkan bahawa pihak ketiga yang menyediakan sokongan data pelanggan mereka telah digodam Dianggarkan 70 000 data pengguna mereka di seluruh dunia berisiko terdedah termasuk gambar kad pengenalan yang dihantar ...
Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 167 hits
Apabila sudah menginjak dunia pekerjaan antara persoalan popular yang kerap kali timbul adalah mana yang lebih bagus Beli rumah atau sewa rumah Bagi yang belum berkahwin jawapan untuk persoalan ini mungkin lebih mudah kerana sudah semestiny...
Kad Kredit Patuh Syariah Pilihan Kelebihan

Kad Kredit Patuh Syariah Pilihan Kelebihan

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 210 hits
Kad kredit patuh syariah ialah alternatif kepada kad kredit konvensional yang beroperasi mengikut prinsip Islam bebas daripada unsur riba gharar dan maisir Menariknya kad kredit patuh syariah bukan sahaja bebas riba dan adil tetapi juga men...
Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat

Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 206 hits
Aku dah biasa dengan soalan Bila nak kahwin Kadang kadang aku senyum kadang kadang aku hanya diam Bukan sebab aku tak mahu tapi sebab aku tahu perkahwinan bukan perkara kecil Ini bukan tentang suka sama suka tapi tentang hidup dan mati Seba...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 219 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Konsol Xbox Generasi Baharu Akan Lebih Premium Mungkin Hibrid Pc Dan Konsol

Konsol Xbox Generasi Baharu Akan Lebih Premium Mungkin Hibrid Pc Dan Konsol

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 134 hits
Presiden Xbox Sarah Bond menegaskan bahawa konsol generasi baharu Xbox sedang dibangunkan sekali gus menepis khabar angin bahawa Microsoft akan meninggalkan pasaran konsol Dalam temu bual bersama Mashable Bond menggambarkan konsol seterusny...
Loh Ingat Pandai Sangat Merapu Jugak Lebih Kiok

Loh Ingat Pandai Sangat Merapu Jugak Lebih Kiok

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 147 hits
Che IbrahimAmbo pernah diejek dan dibuat nganyim oleh pemimpin Pas dlm ceramah mereka kerana tersilap membaca ayat Sedangkan wat betulnya dalam keadaan ambo sendiri tak perasan kesilapan tersebut Sampai lo ni ambo masih ingat ejekan tersebu...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmati Aiskrim Ayam Goreng Jfc Dan 3d Fruity Viral

Scam Buah Mangga

Apakah Artinya Kebebasan Kewangan Ketika Anda Mengembara

Jamal Kucing Kesayangan Keluarga Kami Telah Mati

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar