Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam



Saya ingin menyambung satu lagi petikan dari Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja di mana soalan yang ditanyakan apa kah kualiti ibadah zaman sekarang yang penuh dengan kesenangan berbanding dengan zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu.
Jawapan mufti ialah umat sekarang lebih bertuah dari satu aspek berbanding zaman Nabi dan para sahabat Nabi dulu. Sebagai contoh, para sahabat Nabi dulu bila bersama dengan isteri. Mereka terpaksa bangun pagi yang sejuk dan mungkin tiada lampu untuk keluar rumah untuk mandi wajib sebelum melakukan ibadah atau solat. Proses semua untuk solat boleh memakan masa sejam. 
Sedang zaman sekarang, ada yang tandas dalam bilik tidur dengan kemudahan water heater. Mandi dan semuanya dalam masa 2 minit selesai dan boleh terus solat. Tapi tak ada pun orang yang ambil kisah akan nikmat seperti ini. Kalau dulu sahabat Nabi berjalan kaki untuk ke masjid. Sedang kita naik kereta. Atau kita sekarang naik flight utk mengerjakan ibadah Haji. Jadi tidak salah untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk Islam dan akhirat. 
Jadi ambil peluang untuk menggunakan apa yang ada untuk akhirat. Walaupun sedikit sahaja nilai sumbangan jika ikhlas kerana Allah, pasti akan diberi ganjaran yang besar.


Masakan yang saya kongsikan hari ini adalah antara lauk kegemaran saya. Semasa kecil kalau dapat makan hati ayam memang win sangat. Maklumlah nak makan ayam pun mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Dah dapat makan ayam, dapat lah makan hati yang kecil jer saiznya. Kebiasaannya ayam akan dimasak kari atau dipanggil gulai ayam. Jadi hati yang biasa saya makan ialah hati yang dimasak gulai. 

Boleh klik di SINI untuk entri sama yang saya sediakan sebelum ini. Tapi dek tergesa gesa, terlupa hendak menggoreng hati yang direbus terlebih dahulu. Jadi apa yang saya buat ialah selepas menumis bawang bawang dan halia, saya terus memasukkan hati ayam dan digoreng terlebih dahulu bersama bawang dan halia sebelum dimasukkan kacang panjang. Jadi tidaklah rasa seperti hati rebus semata mata. 

Boleh juga hati ayam diganti dengan isi kerang. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi yang sama tetapi menggunakan isi kerang yang juga sangat sedap. Memasak ni sama jer, ubahsuai jer sana sini. Jadi tak adalah asyik makan lauk yang sama sahaja.  
Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini, cuma kali ini saya tidak memasukkan kicap kerana Nana tidak makan kicap buat sementara waktu ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Kacang Panjang Goreng dengan Hati AyamOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ikat kacang panjang - potong serongHati dan mempedal ayam - rebus seketika4 ulas bawang merah - hiris2 ulas bawang putih - hiris2 - 3 inci halia muda - hiris nipis1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap lemak manis1 tangkai cili merah - hirisGaram - jika perlu
Cara-cara:Hati dan mempedal ayam direbus seketika dan dilumur dengan garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng hati tadi. Angkat dan tos. 

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya. 

Masukkan kacang panjang dan sos tiram serta kicap lemak manis. Kacau rata. Masukkkan hati yang telah digoreng. Kacau rata.

Nota: Kali ini, oleh kerana saya terlupa untuk menggoreng hati selepas direbus, saya masukkan hati terlebih dahulu dan biarkan ianya bergoreng seketika dengan sos tiram. Lepas itu baru dimasukkan kacang panjang.


Akhir sekali, masukkan cili yang telah dihiris. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/kacang-panjang-goreng-dengan-hati-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah

Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 13942 hits
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah Hari kedua berpuasa dan dah selesai masak untuk bersahur Sahur kita orang masak ringkas tapi sedap Menunya tadi adalah telur masak kicap ditabur bawang potong Memang awesome hinggakan bersih periuk ...
Makan Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah Kepala Batas

Makan Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah Kepala Batas

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1430 hits
Abe Nasi Lemak Ayam Berempahboleh layan pemandangan sunset yang cantikAbe Nasi Lemak Ayam Berempah ni terletak di Guar Kepayang Kepala Batas Pulau Pinang Kedai ni ada ke dalam sikit Bukan tepi jalan ek Korang kena masuk melalui satu lorong ...
Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 904 hits
Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu Betul tak Satu lagi boleh berlaku pembaziran Cewahh Baru baru ...
Masak Lemak Udang Dengan Kacang Panjang

Masak Lemak Udang Dengan Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 967 hits
Hari pertama berpuasa Hubby memberitahu lauk pauk di bazar Ramadhan semuanya nampak tidak menarik Gerai tak banyak tapi orang ramai Maknanya banyak makanan yang dah habis walaupun nampak tidak menarik Pada pemerhatian saya agak sukar untuk ...
Ke Mana Perginya Anak Mamy 20 Minit Tu Pilunya Hati Anak Sebulan Terhenti Nafas

Ke Mana Perginya Anak Mamy 20 Minit Tu Pilunya Hati Anak Sebulan Terhenti Nafas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 449 hits
Ke mana perginya anak mamy Sebaknya mengikuti kisah ibu ini melalui detik pilu dan cemas anak berusia 30 hari terhenti nafas selama 20 minit Momen kelahiran anak tentunya dikenang kembali tatkala tiba hari ulang tahun kelahiran Kesakitan pr...
Jaga Hati Sendiri Supaya Tak Tersakiti

Jaga Hati Sendiri Supaya Tak Tersakiti

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1065 hits
Kadang bila kita dah selalu sangat sakit hati kita akan rasa lali Orang sakitkan hati kita macam mana pun kita dah biasa Dah tak rasa apa apa Cuma nak pesanlah Bila berkait soal hati jangan biarkan orang permainkan kau Bila dah nampak dia t...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility