Ke Mana Perginya Anak Mamy 20 Minit Tu Pilunya Hati Anak Sebulan Terhenti Nafas
Ke mana perginya anak mamy? Sebaknya mengikuti kisah ibu ini melalui detik pilu dan cemas anak berusia 30 hari terhenti nafas selama 20 minit.
Momen kelahiran anak tentunya dikenang kembali tatkala tiba hari ulang tahun kelahiran. Kesakitan & proses kelahiran yang dilalui hilang setelah melihat si kecil yang dikandung kini di depan mata.
Puan Wiwie Darvienda Mazweena menceritakan saat memilukan buatnya dan suami yang berhadapan dengan situasi cemas anaknya, Noah Khaleef yang terhenti nafas selepas 30 hari dilahirkan. Ini kisahnya;
Selamat Hari Lahir Noah Khaleefa syg..
“Kemana kamu pergi 20 minit tu?”
Alhamdulillah terima kasih Allah.
Macam biasalah mamy sakit beranak, layan contraction sambil bebel kat dady, duduk hospital dua mlm baru Noah lahir ceaser sbb tertelan najis dlm perut mamy.
Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat walaupun kamu ditahan NICU sehari, tp syukur bila mamy sedar sepenuhnya dari bius tu kamu dah boleh keluar tmn mamy kat ward biasa. 3hari jugak utk tggu keputusan darah kamu.
Beranak adalah pengalaman yg paling sakit dan menakutkan bagi mamy.. tapi pengalaman itu yg terindah. Barulah mamy dpt rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu2 lain..
Masa tu la baru terfikir betapa hebatnya seseorang ibu melahirkan anak ramai .dan mungkin juga ada yg mengalami masalah ketika melahirkan,mgkn ada yg kehilangan tapi mereka tetap tabah dan cekal. Sungguh hebat.
Berpantang seperti ibu-ibu lain.. mamy jalani hari2 baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat . Sehingga dihujung berpantang, kamu selsema dan batuk.
3 hari kamu tak sihat, ketiga-tiga hari tu jugak kami bawa kamu ke klinik. Tp doct cuma bg ubat titis kat hidung utk cairkan kahak.
Hari ke 30 kita berpantang… itulah hari paling menakutkan , perasaan yg lebih takut yg mamy pernah rasa.
Pagi itu mamy bangun mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tak nak menyusu. Risau tapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu bdn, mamy cuma mampu turutkan.
Tengah hari.. ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sndiri, dady agak panic dan cuba dukung Noah.
Noah collapse..dengan tiba2 nafas kamu terhenti, nafas terakhir yg begitu panjang dan berbunyi..muka kamu jadi biru. Tak dengar denyutan jantung, tiada pergerakan menunjukkan kamu bernafas. Tiada respond bila panggil nama kamu. Tiada……
Allahuakhbar Noahh… badan mamy yang tengah panas terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan , jantung berderau. mamy bergegas ambil buku record kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan.
Masa berlalu bergitu pantas masa tu. Tapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik dpn rumah terasa begitu jauh.
Dady bawa kerete mcm lipas kudung. mamy peluk Noah, Noah longlai rebah dibahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu. “Naoh anak kuat mamy, bangun sayangggg.. bangunnn. Mamy kat sini” subhanallah
Tiada pergerakan…
tiada kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu.
Berhenti di klinik bersalin berdekatan, tp ditolak sbb tak berani amik emergency kes. Kami bergegas ke klinik lain, hanya satu klinik lagi je kami yg kami boleh harapkan utk dptkan bantuan.
Kira2 10 minit kejadian tu semanjak keluar rumah..Syukur apabila berhenti di Klinik Dr B****** ,dan Dr terima kes kami.. ditolaknya semua pesakit termasuk yg sedang dirawat semata2 nak bantu Noah.
Dr B***** dan suami (juga seorang doct) lakukan segala usaha. Sambil menunggu ambulance, semua kaki tangan memainkan peranan masing2.doct beri bantuan oxygen utk cairkan hingus, cpr dan defibrillator (pam jantung) .. masyallah keadaan itu masih lg terngiang dalam ingatan.
Lepas few minutes, doct pandang mamy bgthu masih tak dpt kesan apa2 denyutan dan nadi. Dady kamu mcm nak muntah hampir pengsan dgr berita itu terus keluar bilik rawatan…
Mamy yg tersandar pd dinding masih terkaku, diam membisu tak melepaskan pandang pd kamu. Tapi jerit hati mamy “bangun sayang!!! Bangun Noah Khaleefa ! ” doct yg masih berusaha ‘bangunkan’ kamu pandang mamy skali lagi dan hanya geleng kepala.
Terdiam..jantung mumy bagaikan terhenti. Hanya Istighfar ,dan seru nama Allah yg Maha Berkuasa agar berikan kamu peluang…
SATU perkara mamy bagitahu, INSTINCT IBU selalu betul !!! Kamu responded! Tiba2 bernafas! Satu nafas yg panjang seolah kamu rs yg amat lega! Masyallah masa tu lah baru mamy rasa nak pitam! Nak pitam sbb Tuhan dgr rintihan hati mamy! Kamu dah kembali!
Tapi penafasan kamu tak stabil. Ambulance sampai , kamu dikejarkan ke hospital.
Seminggu di ward dgn bantuan penafasan.
Sakitnya mamy tgok kamu mcm ni .. tidak bangun sekali pun. Hanya tidur.
Hb kamu turun naik.. kejap normal kejap lemah…
Kamu minum melalui tube..mamy rindu kamu.. rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu.
Cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari2 yg sukar, namun mamy kena tabah walau terkadang hampir berputus asa bila doct kata jgn mengharapkan apa2.
Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban. Ramai mendoakan kamu kesihatan kamu.
Berkat doa kalian.. kamu beri satu senyuman :’) walaupun senyum dlm tidur. baru balik dari syurga ke sayang? Lama kamu singgah tgglkn mumy ya!
Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang.
Kita dah boleh tdo sama2
mamy dah boleh teman kamu tdur. Mamy tidur kat katil noah walaupun kaki terkeluar dari katil
rindduu.
Bila Dr dah benarkan kamu bernafas tanpa bantuan pernafasan barulah ada selera mamy nak makan.
Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yg kuat ! Masa tu ramai happy bila mamy upload gambar ni
sbb doa mereka yg inginkan kamu sihat termakbul.
Masyallah perihatin sungguh rakyat Malaysia ni syg. Semua syg kamu. Noah semakin kuat dan dapat keluar ward.
Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga kini.
Oleh kerana itu,
kami doakan juga kesejahteraan kalian…
di sini,
dihadapan Kaabah.
Semasa disana.. mcm mna sy merayu pd Allah di klinik agar kembalikan noah, mcm tu juga sy merayu pd Allah agar beri perlindungan utk semua yg prihatin. Sy merayu dan bersujud padaNya agar anak2 dan anda diberi kesihatan yg baik.
Eventhough semasa saei berlari2 anak juga sy rasa bagaikan sedang berlari menuju pd semua nak ucapkan terima kasih.
Hingga hari ni.. segala2nya terasa masih baru.
Semoga Allah menerima doa kami utk anda semua.
Syg semua lah !
kerana doa adalah senjata
Terima kasih semua. Terima kasih doct B****** yg tak putus asa dptkan anak sy semula. Allahu tak terkata … terima kasih nurse2 dan doct di Hospital ******* yg sentiasa beri tumpuan pd Noah.
Terima kasih semua.
Sumber: Wiwie Darvienda Mazweena
The post “Ke Mana Perginya Anak Mamy 20 Minit Tu?” Pilunya Hati, Anak Sebulan Terhenti Nafas appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ke-mana-perginya-anak-mamy-20-minit-tu-pilunya-hati-anak-sebulan-terhenti-nafas/