Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet


Terkenang zaman kanak-kanak dulu, kacang kuda rebus antara sajian yang mak sediakan setiap hari raya selain nasi impit yang tanak dan diletakkan didalam besen kemudian di letakkan batu giling untuk memampatkan nasi.  Saya cuma pemerhati dan tukang makan jer sebab sebagai adik perempuan bongsu, banyak benda yang saya tak buat sebab adanya empat orang kakak yang semestinya membantu mak tapi sekarang ni bila dah jadi seorang ibu dan usia makin meningkat kenangan tu menjelma balik dan keinginan untuk makan makanan yang kita dok teringat tu tak perlu tunggu orang lain buatkan tapi buat sendiri lebih seronok.  Mana la tahu kot tiba masa anak-anak dah berumahtangga dan mereka pun mungkin boleh buatkan untuk kita pulak kan

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!
Bahan-bahan
1 kg kacang tanah kering
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar, dihiris
2 tangkai cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Cara membuatnya
Kacang kuda dibasuh dan direndam selama 10 jam atau lebih supaya dia kembang.  Rebus kacang kuda hingga benar-benar kembang dan lembut.  Toskan air dan biarkan didalam penapis hingga betul-betul keringPanaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan biji sawi, daun kari dan kemudian akhir sekali kacang kuda. Kacau dengan cermat supaya kacang kuda tidak hancur. Masak dalam 5 -7 min sudah memadai.Tutup api dan masukkan sedikit garam secukup rasa
Selamat mencuba!


Kebaikan Dan Keburukan Kacang Kuda 

Sewaktu mencari photo kacang kuda yang masih kering dan mentah, saya terjumpa artikel tentang kebaikan kacang kuda ni https://www.bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/


Kacang Kuda atau Chickpea juga dipanggil kacang garbanzo sejenis tanaman tertua di dunia dan paling menarik ia menjadi sebahagian diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasit pada kesihatan sebab tu kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan seluruh dunia selepas kacang soya
Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindorm metabolik dan penyakit jantung, mengandungi protein, vitamin dan mineral yang tinggi sebab tu ianya termasuk dalam diet Ayurveda dan diet Mediterranean
Fakta Nutrisi Kacang Kuda
Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori

Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin


Stabilkan bacaan gula dalam darah
Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin

Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes


Kesihatan Jantung 
Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung

Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari)


Tulang Yang kuat
Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang

Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen

Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi

Mengelak risiko kanser
Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor

Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan

Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas


Menurunkan Berat Badan
Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah

Risiko
Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.
Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banyak sekali gus

Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.
Kesimpulan
Kacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori

Daripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda

Sumber rujukan :

https://draxe.com/nutrition/legumes/chickpeas-nutrition/https://www.medicalnewstoday.com/articles/280244.php

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.umifuzy.com/2019/08/kacang-kuda-rebus-hidangan-hari-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1195 hits
hai assalammualaikumMasak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah dan Sayur Campur Seronok bila masing masing berkumpul dekat rumah mak Bila semua ada part masak memasak sorang ambil satu menu hahaa Tu yang na...
Homemade Burger Di Hari Raya Aidil Adha

Homemade Burger Di Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 682 hits
Hari Raya Korban 11 8 2019 AHAD Menu utama hari pertama Raya Korban tahun ni buat mee kuah tapi gambar mee kuahnye lupa nak snap lak mee kuah habis walaupun versi taruk kacang tanah sebab tak cukup keledek merah Malam tu pulak asalnya kami ...
Ptp 2019 Hari Raya Aidilfitri Ngiling Bidai Pesta Kaamatan Celebration

Ptp 2019 Hari Raya Aidilfitri Ngiling Bidai Pesta Kaamatan Celebration

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 497 hits
PTP 2019 Hari Raya Aidilfitri Ngiling Bidai Pesta Kaamatan Celebration Assalamu alaikum Cerita raya lagi kahkahkah Ada mak kesah Sikit je lagi promise Ini cerita sambutan hari raya di PTP tempat Ummi dan Babah kais pagi makan pagi kasi peta...
Malaysia Di Tangga Ke 5 Negara Paling Baik Untuk Warga Pencen Hidup Habiskan Hari Tua

Malaysia Di Tangga Ke 5 Negara Paling Baik Untuk Warga Pencen Hidup Habiskan Hari Tua

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 397 hits
Sebagai rakyat Malaysia kita patut rasa bangga dengan status ini Malaysia termasuk dalam senarai negara terbaik untuk orang tua yang dah pencen untuk tinggal dan habiskan sisa hidup mereka atas muka bumi ini Negara kita berada di tangga nom...
Selamat Hari Raya Syawal Ke 11 Shrmzdb

Selamat Hari Raya Syawal Ke 11 Shrmzdb

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 374 hits
Hi korang Raya dah berlalu kan tanpa kita sedar dah masuk syawal ke 11 Selagi tu lah semangat untuk bertandang ke open house tak penah pudar kan Tu belum lagi masuk invitation dan reminder penuh dalam list dairy calendar Tapi kebiasaan nya ...
Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 326 hits
Petalirg Java 23 May 2019 Dua rakan baik yang disayangi SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick tar akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfltri di daratan buat kali pertama di W...
Kenapa Terasa Down Sangat Hari Ni Rupanya Ada Hikmah Di Sebaliknya

Kenapa Terasa Down Sangat Hari Ni Rupanya Ada Hikmah Di Sebaliknya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 611 hits
Ni serius aku nak tanya pendapat korang ataupun mungkin korang pernah lalui benda yang sama aku experienced before this fuhhh ambil sedikit masa juga aku nak share benda ni Sebab aku takut korang akan kata benda merapu macam ni pun nak shar...
Nasi Dagang Kelantan Menggunakan Periuk Noxxa Di Hari Raya Aidil Adha

Nasi Dagang Kelantan Menggunakan Periuk Noxxa Di Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 584 hits
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam tidak kira di mana berada Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban Hidup perlukan pengorbanan walau siapapun kita Kadang kadang kita perlu mengorbankan hati ...
Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 272 hits
Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad1 Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad Sabda Rasulullah Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025