Nasi Dagang Kelantan Menggunakan Periuk Noxxa Di Hari Raya Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam tidak kira di mana berada. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Hidup perlukan pengorbanan walau siapapun kita. Kadang kadang kita perlu mengorbankan hati dan perasaan sendiri demi kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi berapa ramai yang begini? 

Khalayak ini ramai terutama para suami yang bukan berkorban tapi mengorbankan perasaan orang lain demi diri sendiri. Bila setiap kali melakukan dosa, kita tidak terus nampak, jadi kita mengambil ringan. Perkara perkara ghaib seperti dosa pahala, syurga neraka harus kita percaya dan ingat. Kita tinggalkan bab pengorbanan dan masuk bab resepi.

Kami menyediakan nasi dagang sebagai hidangan utama di hari raya Aidil Adha. Saya memasak lauk nasi dagang sehari sebelumnya kerana ia akan menjadi lebih sedap dan mesra. Kuah akan menjadi bertambah cantik, lebih lebih lagi jika menggunakan santan segar. 

Kali ini saya tidak menyediakan nasi dagang dengan kaedah tradisional. Sebaliknya menggunakan periuk tekanan Noxxa. Memang sangat mudah dan cepat disediakan. Saya 2 kali menyediakan nasi dagang. Sekali pagi pagi sebelum keluar solat sunat Aidil Adha untuk hidangan kami sekeluarga. Kemudian sebelah petang untuk hidangan besan kami datang beraya. 

Saya menyediakan 3 jenis lauk iaitu Gulai Ikan Tongkol, Gulai Udang dan Gulai Ayam. Telur rebus juga dimasukkan dalam gulai ikan. Jika tidak, telur rebus boleh dihidangkan begitu sahaja. Selain itu, saya juga menyediakan sambal kelapa seperti mana lazimnya nasi dagang Kelantan dan juga acar timun. Sambal ikan adalah wajib ada untuk melengkapkan nasi dagang Kelantan. Sambal yang sama dimakan dengan nasi impit. 

Saya sangat berpuas hati dengan kejadian Gulai ikan tongkol kali ini. Bukan sahaja sedap tetapi juga cantik kekuningan dan pekat. Serius sangat sedap nasi dagang kali ini. Saya bukan sahaja makan menambah nambah tetapi makan berulang ulang. Haa berbaloi baloi. Boleh klik resepi Sambal Kelapa di SINI. Klik di SINI untuk Acar Mentah resepi kakak saya. Kata Kak Nah, jika cukup cuka dan gula, barulah acar timun akan menjadi rangup.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Video penyediaan gulai Ikan tongkol boleh klik di SINI. Selamat mencuba...

Nasi Dagang Menggunakan Noxxa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
I kg beras nasi dagang kelantan
Air - 1/2 inci atau 1/2  dari ruas atas jari telunjuk dari paras beras

Bahan B
7 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia- hiris
1 sudu besar halba

Bahan C
1 1/2 cawan santan pekat 
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam kasar
Cara-cara:Beras nasi dagang kelantan dibasuh dan direndam seketika. Kemudian toskan. Masukkan ke dalam inner pot periuk tekanan dengan air. Guna jari telunjuk, hujung cari telunjuk cecah paras atas beras. Paras air adalah 1/2 inci atau paras separuh dari ruas atas jari telunjuk. Guna fungsi low pressure selama 8 minit. 
Selepas 8 minit, lepaskan tombol dan letak pada fungsi steam. Masukkan bawang, halia dan halba ketika nasi masih panas panas. 

Kemudian tuang santan yang telah disatukan dengan garam dan gula. Tuang santan sedikit demi sedikit sehingga nasi cukup lembut. Gaul rata sehingga nasi kelihatan berkilat. 

Masukkan semula dalam inner pot dan guna pula steam selama 60 minit. Siap dan sedia untuk dihidangkan.


Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam rebus - 1 1/2 kg
4 biji telur rebus - opsyenal2 sudu besar rempah kari
½ sudu kecil halba
½ kg santan pekat
2 keping asam keping
Garam
Gula
Gula Melaka

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 sudu cili kering kisar - sekadar untuk warna kuah sedikit kemerahan

Cara cara:
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering.



Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Setelah wangi, masukkan rempah kari dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 
Tuang santan dan kacau sehingga santan mendidih. Tumis dan masukkan santan pekat, asam keping, gula dan garam.

Boleh tambah air dan masak lagi sehingga kuah pekat. Boleh ditambah air secara berulang ulang sehingga kuah cantik, baru dimasukkan ikan dan telur rebus, jika suka. 

Akhir sekali, masukkan lada hijau dan cili padi sebagai hiasan. 


Nota:Kuah gulai lauk nasi dagang mesti sedikit pekat. Sedap disediakan sehari sebelum hendak diguna.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/08/nasi-dagang-kelantan-menggunakan-periuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homemade Burger Di Hari Raya Aidil Adha

Homemade Burger Di Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 697 hits
Hari Raya Korban 11 8 2019 AHAD Menu utama hari pertama Raya Korban tahun ni buat mee kuah tapi gambar mee kuahnye lupa nak snap lak mee kuah habis walaupun versi taruk kacang tanah sebab tak cukup keledek merah Malam tu pulak asalnya kami ...
H 1 Hari Raya Idul Adha Harga Pangan Di Pasar Tradisional Terpantau Stabil

H 1 Hari Raya Idul Adha Harga Pangan Di Pasar Tradisional Terpantau Stabil

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 276 hits
Perayaan Hari raya Idul Adha rupanya tak pengaruhi harga jual bahan pokok di pasar tradisional Pantauan merdeka com di pasar Paseban dan Tebet Jakarta Sabtu beberapa harga pangan di pasar tersebut masih terpantau stabil
Ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha

Ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 414 hits
Video ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha Kata kata ucapan raya qurban ucapan selamat hari raya haji Sampaikan salam buat rakan kenalan sempena menjelangnya Hari Raya Korban tak lama lagi Haa ada diselitkan dengan pantun idul adha pantun ray...
Amalan Amalan Sunat Diamal Pagi Raya Aidil Adha

Amalan Amalan Sunat Diamal Pagi Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 447 hits
Syukur alhamdulillah kita beruntung kerana diberikan kesempatan oleh Allah S W T untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha tahun ini Hari Raya Aidil Adha atau juga disebut Hari Raya Korban adalah hari kebesaran umat Islam seluruh dunia disambut p...
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 447 hits
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Fraser Hotel Residence Assalamu alaikum Sambung jangan tak sambung sebelum raya haji hahaha Ummi bersama dua orang assistants telah menghadiri Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Frase...
Musim Perayan Kerajaan Pertimbang Larangan Kenderaan Berat Menggunakan Jalan Raya

Musim Perayan Kerajaan Pertimbang Larangan Kenderaan Berat Menggunakan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 289 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 605 hits
Terkenang zaman kanak kanak dulu kacang kuda rebus antara sajian yang mak sediakan setiap hari raya selain nasi impit yang tanak dan diletakkan didalam besen kemudian di letakkan batu giling untuk memampatkan nasi Saya cuma pemerhati dan tu...
Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Maut Akibat Gaduh Di Lebuh Raya

Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Maut Akibat Gaduh Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 424 hits
Suami isteri direman 7 hari kes maut akibat gaduh di lebuh raya Motif kejadian adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti yang ditularkan kata polis
Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 451 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking