Kable Unifi Terputus
Assalamualaikum dan salam sejahtera
kable Unifi Terputus Hari Jumaat, dua hari lepas, unifi CCL ada masalah . Masa ni CCL tengah on duty kat tempat kerja , terima Whatsapp dari adik CCL mengatakan unifi problem, tak boleh nak connect internet , bila tengok dekat modem & router ada lampu merah . Means lost signal .. CCL pun terfikir lah bill unifi untuk bulan Mac belum langsai lagi . Mungkin pihak Unifi banned untuk sementara waktu , sebab dah masuk minggu kedua April , tapi belum jelaskan bayaran lagi . Bukan taknak bayar tapi minggu pertama selepas raya 8hb gaji baru masuk . Terlewat atas asbab apa pun CCL tak pasti .

Bila bukak apps Unifi , dekat bahagian pembayaran dah naik status 'suspended' . Ok akaun dah kena banned . CCL pun segera buat pembayaran .. bila dah selesai pembayaran status akaun 'suspended' tadi bertukar ke akaun aktif .
Tunggu dalam beberapa minit, masih belum ada tanda-tanda internet dapat diakses . Lampu merah still tertera di situ . CCL minta adik tolong restart semula modem & router tersebut , tetapi still tak dapat connection internet . So nak tak nak tunggu laa CCL balik rumah .

Baru perasan Unifi Cares ada Whatsapp CCL berkenaan Unifi CCL ada gangguan teknikal . Ok lah pada mulanya ingatkan line internet di kawasan rumah CCL ni ada gangguan masalah .
Petang Jumaat, lepas habis Solat Jumaat , adik CCL bagitahu ada wayar TM yang terputus dari kotak hitam Unifi, mungkin wayar tu wayar Unifi rumah CCL . Sangkut lori keluar masuk rasanya sebab tu boleh terputus . Nak tak nak hari sabtu lah CCL bukak report untuk lapor masalah tersebut.
Sepanjang beberapa tahun pakai Unifi , ni rasanya kali ke-4 wayar Unifi tu putus ,
Wayar sambungan dari kotak hitam longgar terputus Hujan lebat , ranting pokok jatuh kena wayar Unifi lalu terputus Sangkut backhoe cuci parit tepi jalan lepas tu terputus Sangkut lori keluar masuk tepi jalan asbab terputus .
Nak cakap wayar Unifi tu rendah tak adalah rendah sangat . Sama tinggi dengan signboard tepi jalan tu .. rendah ke tinggi eh .. hahaha .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2025/04/kable-unifi-terputus.html