Lepas Menyusu Bukan Terus Tidur Ini Yang Ramai Ibu Terlupa
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?
Bayi yang baru lahir hingga berusia beberapa bulan mempunyai sistem pencernaan yang masih belum matang sepenuhnya. Ketika menyusu, mereka sering menelan udara bersama-sama dengan susu, sama ada melalui penyusuan botol mahupun penyusuan badan.
Tersedak susu merupakan salah satu risiko yang sering menghantui ibu bapa, terutamanya yang baru pertama kali menjaga bayi. Situasi ini boleh berlaku apabila bayi tertelan udara semasa menyusu dan tidak sendawa dengan betul selepas itu. Oleh itu, teknik menyendawakan bayi adalah sangat penting untuk mengelakkan bayi rasa tidak selesa, muntah, atau lebih serius – tersedak susu.
Sendawa membantu mengeluarkan udara yang tertelan oleh bayi semasa menyusu sama ada melalui susu badan atau botol. Jika udara ini tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan perut bayi kembung dan menyukarkan pernafasannya. Bayi juga cenderung untuk meragam kerana rasa tidak selesa yang dialami.
Biasanya, bayi akan sendawa dalam tempoh 5 hingga 10 minit selepas menyusu. Namun begitu, ada juga bayi yang memerlukan sedikit masa lebih lama untuk mengeluarkan sendawa, bergantung kepada cara mereka menyusu dan jumlah udara yang tertelan.
Sekiranya bayi tidak sendawa selepas tempoh tersebut tetapi kelihatan tenang dan selesa, ibu bapa tidak perlu terlalu risau. Ini kerana sesetengah bayi, terutamanya yang menyusu badan secara langsung, cenderung untuk menelan udara dalam jumlah yang sangat sedikit, menjadikan keperluan untuk sendawa tidak terlalu mendesak.
Dalam video berdurasi 6 minit ini, ,seorang penjaga pantang dan pengasas Newmom Wellness yang lebih dikenali dengan panggilan Aunty Nur berkongsi demonstrasi praktikal cara menyendawakan bayi dengan betul. Beliau menunjukkan beberapa posisi yang boleh digunakan.
The post Lepas Menyusu, Bukan Terus Tidur! Ini Yang Ramai Ibu Terlupa appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lepas-menyusu-bukan-terus-tidur-ini-yang-ramai-ibu-terlupa/