Aidilfitri Di Kampung Halaman 2025



18 April 2025 - Jumaat (19 Syawal 1446H)
Ketika orang lain sudah puas bercerita kisah beraya mereka, aku baru sibuk nak update kisah beraya kami. 
=================================================
17 April 2025 - Khamis (18 Syawal 1446H)
Simpan sini sebagai kenangan.

15 April 2025 - SelasaPresiden China tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut oleh Perdana Menteri Malaysia- Sumber Facebook Anwar Ibrahim
Kita kena belajar untuk sabar dan faham, bukan react ikut emosi jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, sempat sampai di tempat kerja sebelum jalan raya di tutup bagi membeli laluan kepada pergerakan delegasi Presiden China, Xi Jinping pulang. 
=================================================
30 Mac 2025 - Ahad (29 Ramadan 1446H)
Alhamdulillah, setiap kali menjelang raya, lemang antara menu wajib yang akan dimasak oleh en. Hubby. Selain tempahan yang diterima, lemang ini juga akan dibawa pulang ke kampung untuk dinikmati bersama keluarga. 
Projek Lemang hampir setiap tahun
Alhamdulillah.. tak pernah lagi beli di luar

Panas berdenting di luar rumah
Malam..Keputusan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 berdasarkan kepada hasil cerapan anak bulan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara. Oleh itu, pada jam 20:00 di RTM TV 1, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari Isnin, 31 Mac 2025 bersamaan 01 Syawal 1446H. 
Malam tu juga aku hantar lemang dan sedikit belanja buat ayah. Tak lama pun di rumah ayah kerana kesukaran mendapat ruang parking. Kali ni dak Kakak dan dak Nuha turut menemani. Alhamdulillah, ayah nampak sihat, sihat cara orang tua

- Sumber Berita RTM -Walau berat meninggalkan Ramadan tetapi kita sambut Syawal dengan kesyukuran dan keinsafan.

Aidilfitri bagi tahun 2025 kali ini, tidaklah mengejut seperti tahun 2022 di [SINI]. Kali ini lebih tenang dan selepas bertahun, kali ini baru terasa nikmatnya dapat tidur awal pada malam raya. 
=============================================
Sambungan dari [SINI]
31 Mac 2025 - Isnin (01 Syawal 1446H)
Selamat Menyambut Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batindari Mak Budak dan family

Pagi raya.
Pulang ke kampung halaman en. Hubby. Kali ini hanya ada family SIL, yang lain beraya di rumah mertua deme. Tidaklah meriah mana tapi kenyang jugaklah perut terisi dengan juadah raya

Photobomb sebelum sesi bergambar bersama keluarga
Kisah sebenar - duit raya tanpa sampul untuk myFIL
Sedondonlah kita.

Petang Raya.
Pulang beraya di rumah mak aku. Alhamdulillah.. mak dan pakNgah aku masih kuat dan sihat. 
Bersama mak, pakNgah dan adik aku di kampung
Ayah aku je tiada di dalam gambar

Malam.
Singgah beraya di rumah abang sepupu aku, melayan kerenah anak-anak dara beliau. Bila bab bergambar, masing-masing suka mengajak aku sebab aku suka melayan deme

Bersama anak-anak abang sepupu aku
=================================================
01 April 2025 - Selasa (02 Syawal 1446H)
Perjalanan hari kedua raya diteruskan menuju ke arah selatan tanahair. 
Singgah kampung di Nyalas, tetapi tuan rumah keluar pula
Tahun kedua kami tak dapat berjumpa
Setiap kali lalu di sini, pasti ada gambar ni.
Rasa teruja balik JohorSelamat Datang ke Negeri Johor Darul Takzim
Daulat Tuanku
Sebelum kami sampai di rumah mak saudara aku, aku dan family singgah makan di kedai makan berhampiran. Laparkan nasi sebenarnya

Memang rare.
Tiada ketupat, rendang, nasi impit mahupun kacang yang kami cari


Ini kerana kami tidak mahu menyusahkan mak saudara aku yang kali terakhir kami berjumpa dia baru baik dari minor strok. Pandangan orang..? Biarlah deme nak pandang, asalkan kami gembira dengan apa yang kami buat. Tapi.. bila kami tiba di rumah mak saudara, hidangan nasi dan lauk kampung dihidangkan. Aku pandang anak-anak dan kami tergelak bersama. Itulah.. siapa suruh makan kat kedai, adan uke

Alhamdulillah, tahap kesihatan mak saudara aku semakin baik dan layanan yang diberikan memang superb. Anak-anak duduk bersama aku mendengar luahan hatinya. Kami yang mendengar asyik tergelak sebab beliau kalau marah, anak-anak geleng kepala mendengar biji butir bahasanya. Apa-apapun mereka gembira melihat kami pulang menjenguk mereka

Bapa saudara melayan kerenah anak-anakku melihat cicak ini
Cicak yang dijaga sementara kerana jiran empunya cicak balik beraya

Jarang-jarang dak Adik nak berkelakuan seperti ini

=================================================
02 April 2025 - Rabu (03 Syawal 1446H)
Beraya di rumah Mak Busu aku. Seronok bila dapat balik kampung, berehat di rumah sambil bergossip. Biasanya kami jarang keluar sebab malas nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya

Kali ni, Pak Busu request nak makan ketam masak lemak cili api.
Family Pak Busu singgah beraya menjenguk orang tua
Suhu di kampung panas berdenting, baju diampaian pun cepat kering tapi malam hujan turun dengan lebat, sejuk + lena sehingga ke pagi rasanya

=================================================
03 April 2025 - Khamis (04 Syawal 1446H)
Hari terakhir beraya di kampung halaman. Meriahnya raya bila masih ada saudara yang datang beraya. Dalam masa yang sama, turut meraikan ulangtahun kelahiran anak adik sepupu aku


Selamat Hari Lahir Batrisya
Petang.
Mana yang boleh disejukbeku kita ambil bawa balik. Rendang itik wajib, mana boleh tinggal. Daun limau purut, daun kari pun aku bawa balik. Bila berbudi pada tanah, datang anak buah habis diambilnya

Lembu yang bakal dikorbankan pada Aidiladha nanti
Malam.
Alhamdulillah.. Pergerakan di lebuh raya lancar dan tidak sesak. Mungkin ada yang sudah pulang awal dan ada juga masih sibuk beraya. 
Selamat tinggal kampung halaman, InsyaAllah.. nanti kami balik lagi

=================================================
04 April 2025 - Jumaat (05 Syawal 1446H)
Pagi.
Mengambil dak Jasmine selepas seminggu kami tinggalkan di [SINI]. Dak Jasmine dipuji kerana tidak banyak kerenah, lebih suka mendiamkan diri. Ia banyak diam kerana masih belum boleh adapt dengan suasana baru, baru nak berjinak-jinak dengan kami dah kena tinggal pula tapi bila sampai sahaja di rumah, bebas berlarian ke sana sini sebab kami tak pernah kurung di dalam sangkar [sangkar pun tiada]

=================================================
04 April 2025 - Jumaat (05 Syawal 1446H) 
Dak Kakak kembali ke luar negeri. Segala urusan berkaitan kami buat awal pagi supaya tak tersekat dalam kesesakan jalan raya selepas hantar dak Kakak nanti. Ramai yang akan kembali dari kampung dan lebuh raya dah tentu sesak teruk

Walau terpaksa berhadapan dengan kesesakan di lebuh raya tapi Alhamdulillah kami tidaklah lewat sangat sampai di rumah

@RemajaPurba: Minggu depan rumah terbuka pula.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/04/aidilfitri-di-kampung-halaman-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Aidilfitri Madani 2025

Sambutan Aidilfitri Madani 2025

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 118 hits
Zukro AkshahMalam tadi berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam Kuantan Sendat jalan nak ke situ dahlah saya sedikit terlewat sebab kes butang baju Melayu abang mana Pah Tapi berjayalah...
Raya Aidilfitri 2025

Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 223 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Alhamdulillah kita dipanjangkan usia diberikan kesihatan untuk mmut Ramadan nak meraikan syawal Korang raya mana tahun ni Tahun ni Ainul raya di Perak sebelah Ainul yeahh Last sekali raya di Perak pada 2022...
Perasan Bagus Mp Pn Claim Pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor

Perasan Bagus Mp Pn Claim Pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 181 hits
Seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional dihujani kecaman warganet apabila dengan selamba menganggap pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Selangor adalah kerana tegurannya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Keraj...
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 153 hits
Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 April 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh Majlis ini dijadualkan berlangsung dari 10 00 pagi hingga...
Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 184 hits
10 April 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzimjohan toqqi menghadiri ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi di Menara PETRA Pu...
Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1446 Hijrah pada tahun 2025 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawa...
Aktiviti Majlis Ukhuwah Aidilfitri Ppim Ppim 15 04 2025

Aktiviti Majlis Ukhuwah Aidilfitri Ppim Ppim 15 04 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 117 hits
Sekitar Majlis Ukhuwah Aidilfitri Persatuan Pengguna Islam Malaysia di PPIM Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur
Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 186 hits
Inilah antara kisah2 niaga pada hari ni Kita berlawan harga dgn pekilang Memang kalau TAK sanggup bertahan baik kerja toreh getah Belum lagi berlawan dgn produk tiruan Contoh aku ambik produk harga ahli RM80 Penjual lain jual produk yg sama...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Gaji Elaun Ahli Parlimen Cecah Rm25 000 Sebulan Masih Tak Cukup Lagi Ke

Pasaran Mencapai Kejayaan Besar