Kabinet Pn Apa Kata Mufti Pengkritik Penyokong



Selepas seminggu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, beliau akhirnya mengumumkan barisan kabinetnya.

Kabinet baru ini terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang termasuk BN, PAS, Bersatu dengan sokongan GPS and 11 bekas MP PKR diketuai Azmin Ali.

Sejak diumumkan, kabinet baru mendapat maklum balas dari pelbagai pihak.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Barisan kabinet bukan sahaja tidak menyenaraikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, tetapi juga cuma melantik tiga menteri daripada PAS yang mengundang tanda tanya sebahagian orang ramai.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mempertahankan PAS daripada pengkritiknya, berkata Abdul Hadi sendiri bertegas "tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik."
"Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu. Matlamat kita untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara dan makmur. Para pemimpin yang mencari redha Allah. Jika kita semua tulus kerana Allah, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan.

"Saya melihat pihak-pihak yang mempersendakan seakan Presiden PAS kecewa tidak dilantik. Saya percaya, persendaan itu satu dosa atas tuduhan yang tidak berasas.

"Marilah kita sama-sama mendokong kerajaan yang dibentuk ini demi kebaikan dan masa depan negara yang kita cintai ini. Ketepikan emosi dan kepentingan diri."

Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof

Walaupun GPS menganggotai Kabinet Persekutuan, namun kedudukan GPS kekal sebagai entiti politik Sarawak mesra Kerajaan Persekutuan, dengan GPS akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak, dan tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dahulu pun dibawah Kerajaan Pakatan Harapan, GPS mengambil pendekatan mesra Kerajaan Persekutuan, namun bezanya dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri kelapan memerlukan GPS untuk sama-sama berada dalam Kabinet serta mentadbir negara dan mendepani senario politik dan ekonomi yang kian mencabar demi kepentingan nasional.

Kami anggota kabinet dari GPS selain memperjuangkan hak Sarawak, akan sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan nasional, dalam melaksanakan amanah atas portfolio yang dipertanggungjawabkan.

Bekas menteri, timbalan menteri belia dan sukan
"Tahniah YB Reezal Merican Naina Merican dan saudara Wan Fayhsal atas lantikan sebagai menteri dan timbalan menteri belia dan sukan.

"Selamat menjalankan tugas dan berkhidmat sebaiknya untuk masa depan belia dan juga kemajuan sukan negara," kata bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ketua Armada Bersatu pada kicauan di Twitter.

Sementara itu, bekas timbalan menteri belia dan sukan Steven Sim berharap kerajaan PN akan meneruskan dasar-dasar pentadbiran terdahulu.

"Kini, kabinet baru telah diumumkan.

"Walaupun berbeda pandangan dengan kerajaan PN, saya tetap berharap menteri KBS baru akan mengambil kira dasar-dasar yang dirancang semasa tempoh perkhidmatan kami demi kesinambungan pembangunan sektor belia dan sukan negara, sepertimana kami telah meneruskan beberapa dasar zaman BN yang dapat memanfaatkan rakyat," katanya pada hantaran di Facebook.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/kabinet-pn-apa-kata-mufti-pengkritik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kabinet Muhyiddin Melalui Tapisan Sprm Pdrm Mufti Perlis

Senarai Kabinet Muhyiddin Melalui Tapisan Sprm Pdrm Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Barisan menteri Kabinet yang akan dilantik oleh Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin merupakan mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Polis Diraja Malaysia Bayangan sedemikian dimaklumkan Muhyiddin ke...
Sertai Kabinet Pn Ada Racun Dalam Madu Umno Pas Kata Khir Toyo

Sertai Kabinet Pn Ada Racun Dalam Madu Umno Pas Kata Khir Toyo

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 456 hits
Oleh AKMAL MANAFMarch 13 2020 2 51 pm Nak dibuang madu sayang juga Nak diluah terasa sedapnya tak rasa pula racunnya Apapun kesan minum madu beracun ini yang pastinya tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan jika sudah terlalu banyak racun da...
Pelantikan Mufti Dapat Kukuhkan Perpaduan Kaum Di M 039 Sia Kata Pengerusi Majlis Dakwah

Pelantikan Mufti Dapat Kukuhkan Perpaduan Kaum Di M 039 Sia Kata Pengerusi Majlis Dakwah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 198 hits
KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Perwatakan sederhana dan toleransi Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini dipercayai dapat memba
Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 270 hits
Ketiadaan wakil PAS dilantik ke menteri kanan dalam Kabinet kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mula di perkatakan pembual politik tanah air Tidak ketahuan sedalam dan sejauh mana kekecewaan dirasai terutama penyokong kuat parti Isla...
Penyokong Perlu Berlapang Dada Kata Zahid Hamidi

Penyokong Perlu Berlapang Dada Kata Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 433 hits
Penyokong parti perlu berlapang dada menerima keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung pelantikan mana mana ahli parlimen sebagai anggota jemaah menteri kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata perdana menteri tentun...
Kabinet Baru Di Tapis Dan Rekod Bersih Dari Sprm Pdrm Antara Terpilih Mufti Wilayah

Kabinet Baru Di Tapis Dan Rekod Bersih Dari Sprm Pdrm Antara Terpilih Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 304 hits
Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumukan secara langsung oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ini antara...
Kabinet Pn Membazir Duit Rakyat Ibrahim Ali Kata

Kabinet Pn Membazir Duit Rakyat Ibrahim Ali Kata

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 564 hits
KUALA LUMPUR Secara prinsipnya Kabinet Perikatan Nasional dilihat membazir kerana mempunyai seramai 70 barisan Jemaah Menteri termasuk timbalannya kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali Ini katanya berbanding 55 ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu