Kabinet Kesinabungan Kerajaan Gagal



Pelantikan kabinet Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus dikritik sebagai mengitar semula muka-muka lama yang telah gagal.
Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, tidak banyak yang boleh diharapkan daripada kabinet yang hampir sama saiz dan hampir serupa ahli politik yang mengisinya.
“Reaksi awal kita ramai Ahli Parlimen tidak teruja. Ada yang berkata senarai ini dikitar semula, bila kita teliti dari 31 menteri campur PM, jumlah keseluruhan ada 32. Kita lihat dalam jumlah itu ada 15 menteri yang masih memegang potforlio sama.
“Respons dari orang ramai ada cemuhan, ejekan, ada yang tunjuk gambar kabinet lama, kabinet baru tetapi ubah sedikit sahaja dalam gambar. Ada yang tunjuk Mr Bean dalam satu adegan ikonik, dia cuba tengok kawasan dia punya jawapan ujian, kawan dia tulis kabinet Mahiaddin, Mr Bean pula tulis kabinet Ismail Sabri.
“Tidak ada respons yang terlalu mengujakan. Ada media mengatakan kabinet ini sama saiz,” katanya dalam temubual maya bertajuk: “Kabinet Ismail Sabri?”, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, kabinet ini lebih dijangkakan berkesinabungan dasar-dasar dan pelaksanaannya daripada polisi era PM Mahiaddin Yassin.
“Masalahnya kabinet bawah Mahiaddin tidak berjaya atasi masalah di bawah beberapa kementerian. Misalnya banyak menteri masih sama. Contoh, MITI yang membenarkan kilang-kilang dibuka menterinya sama. Kalau kita lihat Dr Adham Baba pindah ke kementerian lain tetapi waktu dia menjawat Menteri Kesihatan, Dr Adham banyak buat kesilapan. Dia tidak begitu fasih bila berhadapan dengan media dan menjadi bahan ketawa netizen.
“Khairy pula mengusahakan vaksin tetapi bila kita teliti pemberian vaksin kita lihat banyak kes positif meningkat dengan mendadak. Misalnya Sabah, dan negeri ini terima jumlah vaksin rendah kerana kuantiti vaksin tidak cukup untuk semua negeri.
“Rakyat Malaysia terus gelisah adakah kabinet Ismail ini akan berjaya menangani masalah Covid 19 dan kelesuan ekonomi serta masalah rakyat lain,” katanya.
Tambah beliau, biar pun Ismail telah menundang pemimpin pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan PN namun keadaan masih belum menjamin pemerintahan Ismail akan lebih baik daripada Mahiaddin.
“Masalah sekarang perit dan sesiapa jadi kerajaan menghadapi keadaan sukar. Menteri Kewangan Tengku Zafrul yang era Mahiaddin dapat kecaman dari Umno kekal, tetapi kalau kita ingat waktu beliau di kementerian berlaku masalah pengeluaran KWSP, bantuan tidak mencukupi, moratorium ada kadar faedah, dan mereka ini yang kembali menggalas tugas kementerian masing-masing.
“Saya tidak pasti pembangkang ingin bersama kerajaan yang sedemikian rupa. Tetapi kami akan fokus isu reformasi institusi dan penambahbaikan program yang diharap pro rakyat dan semak imbang di Parlimen dipertingkat,” katanya.
Mengulas mengenai arahan Ismail agar para menterinya menunjukkan prestasi selepas 100 hari, Fahmi berpendapat hal itu tidak perlu kerana 15 menteri memegang potforlio yang sama dan mereka tentunya telah membuat perancangan sebelum ini.
Oleh itu, katanya lebih baik laporan dibentangkan pada bulan pertama pentadbiran Ismail.
“Saya rasa kenyataan itu (100 hari) tidak masuk akal kerana 15 dari menteri ini pegang jawatan yang sama. Jadi tak ada tempoh bulan madu atau apa, mereka kena buat sekarang.
“Mereka dah kenal kementerian mereka, mesti ada cadangan. Menteri ini perlu bentangkan kepada rakyat apa perancangan mereka sebulan akan datang, bukan selepas 100 hari,” katanya
Beliau juga mengkritik Menteri Pendidikan Radzi Jidin yang sebelum ini mengumumkan akan membuka sekolah pada sesi Oktober yang hampir kepada cuti penggal
“Kalau kita lihat pengumuman Radzi sekolah akan dibuka bulan Oktober. Nak buka apa bulan Oktober? Kita masuk bulan September, apa perancangannya? Kalau tengok kalendar sekolah banyak mula tutup bulan Oktober – November. Sekolah apa yang dia nak buat?
“Kecuali khusus untuk tingkatan 5. Saya tidak nampak pandangan atau cadangan benas. Kesan kegagalan bentuk dasar ini kesan jangka panjangnya serius. Anak-anak 2 tahun tak sekolah.
“Saya juga terkejut dalam media sosial ada satu twitter dari agensi kerajaan, sampai dia terpaksa text Dr Maszlee kerana kementerian sekarang ini tidak berfungsi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32941

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kabinet Kerajaan Gagal Ph Wajar Teliti Semula Bentuk Kerjasama

Ini Kabinet Kerajaan Gagal Ph Wajar Teliti Semula Bentuk Kerjasama

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 164 hits
MALAYSIA DATELINEKabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata mengundang kritikan seolah olah menunjukkan beliau ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk diberi tanggungjawab sebagai Menteri dalam kerajaan Timbalan...
Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 324 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada sekiranya penyandangnya Muhyiddin Yassin berundur hari ini adalah resepi kepada Kerajaan Gagal 2 0 kata seorang penganalisis politik Oh Ei Sun dari Insti...
Kerajaan Baru Kabinet Lama

Kerajaan Baru Kabinet Lama

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 389 hits
Kerajaan Baru Kabinet Lama Tiga hari sebelum Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinet berjenama Keluarga Malaysia itu media melaporkan berita yang amat sayu Mulai Mac 2020 sehingga Ogos 2021 seramai 1 517 pelajar menjadi anak yatim a...
Betulkah Kerajaan Pn Bukan Kerajaan Gagal

Betulkah Kerajaan Pn Bukan Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 186 hits
ZULHAZMI SHARIFSeorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendakwa bahawa tindakan majoriti rakyat Malaysia melabel Kerajaan pimpinan Mahiaddin Mohd Yasin selama 17 bulan sebagai Kerajaan Gagal adalah tidak benar ...
Pembangkang Meroyan Teruk Mahu Tubuh Kerajaan Perpaduan Kabinet Perang

Pembangkang Meroyan Teruk Mahu Tubuh Kerajaan Perpaduan Kabinet Perang

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 233 hits
Blok pembangkang kini ibarat gila talak Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan penubuhan kerajaan rentas parti atau kerajaan perpaduan mereka menolak dengan keras serta sinis Kononnya mereka dapat melakukan lebih baik daripada apa yang ...
Teknik Baru Kerajaan 69 Gagal Kawal Covid

Teknik Baru Kerajaan 69 Gagal Kawal Covid

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 151 hits
Hamzah Rie NaApa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF JANGKITAN COVID 19 SEMAKIN MENAIK Sebenarnya angka kes pada hari Sabtu Ahad Isnin selalunya memang akan turun SEBAB saringan berkurang Tak usah nak perdaya perbodoh...
Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 273 hits
Tak malu ke Ismail Sabri dan Anwar sedang gerakan KeMPEN diri mereka calon PM sedangkan sepatutnya lebih bercakap tentang covid 19 dan pelan pemulihan yang lebih baik dari PN Udara segar pls MUHYIDDIN DIPILIH SEMULA SEBAGAI PM9 DENGAN 135 K...
Kabinet Baru Kabinet Lama Mari Telaah Prestasi Kabinet Kerajaan Tebuk Atap 17 Bulan Di Bawah Yiddin

Kabinet Baru Kabinet Lama Mari Telaah Prestasi Kabinet Kerajaan Tebuk Atap 17 Bulan Di Bawah Yiddin

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 256 hits
Di bawah adalah prestasi Kabinet lama Mengikut laporan Bloomberg antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik COVID 19 Malaysia berada di tangga tercorot iaitu tangga ke 53 Ini menunjukkan dasar dasar Kabinet lama telah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan