Kabinet Dapur Minimalis Untuk Poket Yang Tipis


Mempunyai set kabinet dapur yang cantik pasti menjadi idaman semua wanita yang sudah berkeluarga kan?Begitu juga saya.Tetapi memikirkan budget tak berapa ada,boleh dikatakan hampir tiada langsung simpanan bila habis digunakan untuk menyiapkan rumah dan urusan tanah,jadi nak buat kitchen cabinet pun terpaksa fikir banyak kali.


Kerap juga saya baca cerita kawan-kawan yang berkongsi pengalaman buat kitchen cabinet .Ada yang seronok dan ada juga yang menyeramkan.Minta dijauhkanlah dapat kedai penipu atau yang buat kerja tidak ikhlas.Ada saya terbaca  yang janji nak pasang sampai berbulan-bulan baru datang pasang.Itupun selepas beberapa kali terpaksa  followup dan tebalkan muka bertanya.Sedangkan bayaran sudah sempurna.

Untuk kes saya,janji 3 minggu selepas deposit.Lebih sedikit dari 3 minggu,dalam sebulan lebih beberapa hari macam tu.Sebabnya kedai kitchen cabinet ni sedang renovation dan tambah luas kedai.Berlaku kelewatan pada sistem wiring jadi saya tak kisah sangat.Saya stalk juga FB nya ,memang betul yang dikatakan.Bagi saya takpa lambat asalkan buat.


 Untuk menyiapkan kitchen cabinet simple ini pun sempat saya pening memikirkannya.

Dulu masa saya buat kitchen cabinet untuk rumah mak,cost tak lah mahal sangat.Masa tu duit pun ada.Jadi tak lah susah hati sangat buat kabinet dapur rumah mak ketika itu.Kali ni memang saya survey betul-betul sebab budget pun ciput.

Saya ada juga survey Intech Kitchen yang banyak blogger pergi tu.Samada mereka dibayar untuk review atau apa,memang saya banyak terbaca tentang Intech Kitchen.Apa yang ditulis memang benar belaka.Saya kagum dengan showroom dan design kitchen cabinet yang ada dalam showroom tersebut.

 Kalau masuk memang rasa teruja sangat tengok design diorang.Sangat moden,stylish dan kemas buatannya.Datang showroom pun siap dihidangkan dengan air minuman .Tinggal kita pilih nak minum apa.Walaupun datang tak buat appointment,masa tu ramai juga orang yang datang untuk survey,tetap ada sales person (chinese girl )diorang yang datang layan.Saya tak tahu pula kena buat appoinment dulu kan.

Lepas saya bagi ukuran dapur dan bentuk dapur saya,dia ambil pembaris,pemadam dan sekeping kertas A4.Zup zap zup zap,sekejap je dia lukis gambar dapur yang saya inginkan.Memang terlatih betul.Kemudian dia  whatsapp quotation kepada saya based on kualiti ,ukuran dan material yang saya minta. 
Gulp!! telan air liur saya  quotation dia dekat-dekat 16k++ masa tu.Fuhh!!Mana nak cari duit huhu...baru nak budget RM10k je..
Mungkin saya ni datang dengan anak-anak dan adik,nampak pula toktok  tak berduit.Datang pun walkin macam tu sahaja,Huhu,mereka pun macam nak tak nak berbual dengan saya..Saya boleh baca air muka orang.Terus saya ucapkan terima kasih.Memang saya teringat-ingat sampai sekarang design kitchen cabinet disana,cantik dan moden.Saya suka namun entah saya tawar hati untuk menawar,takut kalau tawar rendah sangat ditertawakan pula nanti .Lagipun saya datang tak buat appoitment salah saya sendiri.orang dah layan  siap offer minum lagi patutnya saya bersyukur kan?
 Namun saya tak feel dengan setiap perbualan ketika itu,jadi saya putuskan untuk survey kedai yang lain dulu.Dahsyat tau,nak beli kitchen kabinet pun kena ada feeling tau!

Saya ada survey juga kedai-kedai kabinet dapur di Puchong,Ampang ,Gombak malah ada juga FB page kitchen kabinet yang berlegar-legar iklan di newsfeed  FB saya,macam tahu-tahu pula saya tengah cari kitchen kabinet.Malah ikea pun 2x saya datang cuci mata dan telan air liur.Huhu cuma ikea saya tak suka konsep designnya.Omputih sangat..walaupun ikut warranty sampai 25 tahun kabinet dapur ikea ni.Tapi entahlah,mungkin level saya dan rumah saya tidak sesuai untuk kitchen kabinet Ikea.Rumah oang biasa-biasa macam saya beli kitchen cabinet kedai biasa-biasa tak berjenama sudah.
Lagipun ini kali pertama saya beli barang mahal tanpa melibatkan mak.Selalu mak lah penasihat saya,kali ni saya nak buat surprise untuk mak dengan siapnya dapur saya tu nanti.Langsung saya tak tanya pendapat mak.Mahu saya dimarahi kalau beli barang mahal-mahal tapi tak kena dimatanya.Saya tahu taste mak saya..
Setiap tempat yang saya survey,kebanyakkan harga memang sekitar 15k-17k mengikut saiz dapur saya..Saya pun pening nak pilih yang mana.Saya panjatkan doa pada ALLAH untuk guide saya pilih kedai yang ok dan saya dapat buat pilihan warna yang tepat.Selalunya bila dalam keadaan macam ni,saya tak fikir harga dah.Saya fikir bila bertanya,layanan mana yang bagus.Yang mana nampak ikhlas dalam memberi penerangan.Betul-betul nak membantu saya dengan budget saya bukan nak sales semata-mata.
Apa yang saya takutkan adalah berjumpa dengan orang tak jujur,kena tipu dengan kualiti bahan tak sesuai harga atau ada hiding cost.Saya doa sangat dijauhkan dengan semua tu.Yerlah duit saya pun ada itu sahaja lagi,kalau kena tipu habislah saya kan.

Maka disini benarlah kadang-kadang nak membeli sesuatu yang mahal ni berbalik pada "selesa"nya hati dan perasaan juga.


Akhirnya ,ALLAH   menghantar bantuan melalui exofficemate saya Masnoni yang mana beliau juga sedang mencari-cari kedai utuk buat kitchen cabinet.Beliau kongsikan page FB MJ Cabinet Idaman.Bila dapat nama page tu saya tengok like dalam 2k plus dan tempat di keramat.Saya rasa selesa.Mungkin kedai tu di Keramat,jadi saya rasa akan berurusan dengan orang kampung.Ya keramat tempat saya dibesarkan.Jadi saya selesa jika berurusan dengan orang Keramat.
Bila adik tu datang(owner)  untuk ukur,muda lagi.Dia mewarisi business kitchen kabinet dan grill dari orang tuanya.Ayahnya juga ada kedai di Kedah.Kira ni business anak beranak,saya makin selesa dan lega.

Saya suka berurusan dengan orang yang boleh berbincang macam kawan dan lama kenal.Saya tidak suka terlalu banyak protokol.Contoh protokol,orang lain ambil  ukuran,orang lain bagi quotation.Nanti nak pasang orang lain pula tentukan date pemasangan.Bahagian bayaran orang lain pula jaga akaun.Mungkin sistem begini memang bagus untuk syarikat-syarikat besar,sebab lebih sistematik .Tetapi bagi saya budget orang biasa-biasa ni,lebih suka deal dengan sistem biasa-biasa.Yang mana owner datang rumah,boleh duduk bersila bersama bincang harga ikut kemampuan.
Paling menyeronokkan harganya juga masih rendah berbanding dengan yang saya survey sebelum ini.
RM 12,900 untuk set kitchen kabinet material chipboard dan 4G Glass Door.Counter top Quartz stone.Warna silver dan panel warna kelabu.Ya hanya RM12,900.
Harga ini masih mahal bagi saya tetapi tetap rasa syukur paling rendah dari harga yang lain.Alhamdulilah.Kalau nak murah lagi irda buatlah sendiri.Hehehe...
Seram juga baca group kelab deko di FB ada yang buat kitchen kebinet sampai 32,000 .Fuhh mahal nya,Tetapi takpalah mungkin ia memberi kepuasan kepada pemiliknya dan sesuai dengan rumahnya juga.Kepuasan orang dan kemampuan orang kan berbeza-beza.
Saya ini rumah kecil budget juga kecil.Kabinet dapur minimalis untuk poket yang tipis.Hehehe

 Kalau saya dengan  duit puluh-puluh ribu tu tambah sikit lagi nak buat satu lagi rumah sewa je saya fikir...

 
Kitchen cabinet saya menggunakan kayu chipboard ni memang tahan.Kata mereka ada yang tahan  sampai 25 tahun bergantung cara kita menjaganya.Asalkan jangan rendam dengan air sahaja.Kalau berendam dalam air,ya kayu akan cepat mengembang dan rosak.Anti anai-anai juga katanya.InsyaALLAH,moga yang dikatakan itu betul.
 
Saya bersyukur sangat,walaupun poket yang makin tipis sebab habis menyiapkan rumah hingga terbina.Akhirnya dapat juga saya kabinet dapur yang minimalis ini.

 
Cuma ada beberapa bahagian saya kurang berkenan.Memang kami plan nak design seperti dalam gambar,cuma bahagian garis-garis putus tu patutnya dipenuhkan dengan glass..Ikutkan saya nak panjang sampai atas nampak penuh glass door,tetapi tak boleh tukar dah.Bahagian saluran asap tu saya akan beli nanti penutupnya.

Lagi satu saya suka hiding handle dan soft close,lupa nak mention masa tu.Jadi tak dapat buat,katanya kalau macam tu lagi mahal dan selalunya untuk 5G sahaja.Kalau nak tukar kena tukar semua pintu pula.Costing.

 Oleh kerana owner lebih kurang sahaja dengan saya,jadi saya pun taknak lah complaint banyak-banyak,saya takkan cerewet jika orang servis saya bagus.Setiap kali saya message dia akan jawab segera.Kecuali kalau saya suka meleret-leret panjang message,pening agaknya adik ni dia tak balas.

 
Keseluruhannya saya puas hati.Walaupun ikutkan saya dapat free gift sinki dan faucet,tetapi saya tak ambil free gift tu sebab sinki saya nak beli sendiri .Saya minta dia buat kabinet kecil di bilik air untuk letak sabun basuh kain pengganti free gift yang saya tak ambil.

saya rumuskan disini kenapa saya pilih MJ CABINET IDAMAN.Ini bukan review berbayar.Saya ikhlas berkongsi pada anda yang mencari kedai untuk buat kitchen kabinet dan membantu perniagaan sesama muslim.


1.Dengan ukuran yang sama,material berkualiti,harga saya dapat kurang dalam dalam anggaran 4-5 k  berbanding kedai-kedai lain yang telah saya survey.Harga yang lebih murah ini buat saya tekad pilih kedai ini.
 2.Owner sendiri datang ukur.2x ukuran,datang kali pertama untuk dapatkan harga.Datang kali ke 2 ukur bawa sekali pekerja dan tetapkan harga.Tiada caj untuk datang ukur.Sesetengah tempat caj RM300 untuk datang datang ukur sahaja
  
Pekerjanya semuanya bangladesh.Tapi pakar buat kerja.Masa pasang owner tak datang,tetapi bangladesh yang merupakan manager yang datang ukur tu dan dalam 4 orang yang datang masa tu

Untuk countertop quartz stone,rakan partner dia rasanya.Masa ni bangladesh 2 orang juga yang datang bawa batu yang besar-besar tu.Kesian pula tengok diorang bawa.Bangladesh yang pasangkan stone ni nampak berumur sikit
 Saya risau sikit masa dia pasang,sebab nampak kelam kabut sikit berbanding yang datang pasang kitchen cabinet tempoh hari.Tapi oklah,dah cara dia kerja macam tu.Yang penting squartz stone tu terpasang tanpa "mencederakan" bahagian-bahagian lain di dapur.Saya seriau sikit takut diorang terlanggar peti ais ke apa kan.Huhu..

Quartz stone siap selepas 2-3 hari kabinet siap pasang.Mereka akan bawa sink yang saya beli dan pasangkan sekali selepas ditebuk bahagian yang perlu.

4.Tidak berkira soal deposit.memang dia minta 50% bila confirm.Saya bayar less dalam beberapa ratus sebab dalam online banking hanya cukup-cukup waktu itu. .dia jenis tak kisah sangat walaupun deposit tak tepat mengikut 50% yang diminta
 Bila orang tak kisah sangat.Saya pun taklah cerewet nak itu nak ini sangat
 5.Saya ni orang marketing.Saya tak suka marketing yang berlebihan.
 Tanpa perlu meleret-leret pusing sana pusing sini kona sana kona sini nak beritahu kedai dia saja bagus.Servis dia saja bagus
 Sebab selama ni saya pun dah penat cakap banyak dengan customer saya.Bilamana saya jadi customer saya boleh baca gerak geri sales person.Bagi saya,saya tak suka dijanjikan bulan bintang itu dan ini.Cukup buat dengan baik saya dah gembira.
 6.Sesetengah kedai akan minta kita jelaskan baki bayaran penuh sebelum pasang.Ada juga yang minta bayar sejurus lepas pasang.Tetapi adik ni siap semuanya hari Jumaat.Dia tak tanya bayaran lagi.Saya pula memang tak simpan duit dalam akaun yang ada online banking.Sudahnya bank dah tutup.Saya kata Isnin depan ya.dia ok sahaja.Takde pula merungut atau nak kita bayar itu jam juga lepas siap.

Jadi saya selesa berurusan dengan orang begini.Selalunya kita hanya dapat berurusan dengan orang begini jika kita kenal orang itu.Kalau syarikat-syarikat besar,kita perlu ikut semua yang tertulis di quotation.Jadi budi bicara susah sikit.Sebab mereka juga yang berurusan adalah pekerja.


Syukur Alhamdulilah,semuanya sudah selesai. Akhirnya saya dapat juga buat kitchen cabinet minimalis di rumah kecil kami yang baru siap dibina.Saya panggil ni rumah transit sebab tidak mahu menghabiskan hingga usia tua disini.InsyaALLAH kalau ada rezeki saya ke luar negara atau ada rezeki buat rumah di kampung husband di atas tanahnya pula nanti,maka rumah ini saya jadikan tempat berehat jika datang ke Kuala Lumpur bertemu dengan mak.Itulah impian saya.


Saya kongsikan info harga hingga waktu ini 23 August 2020 total dapur minimalis saya:
 
Harga kitchen Kabinet : RM12,900
 

 
 
Harga Cooker Hood & Hob beli di Shoppe Brand Elba :RM 1204.66
 
 

 
Sink beli di Shopee buatan china : RM 536.96
 
Set ni sudah lengkap tinggal nak pasang je lagi.Sistem air nya boleh menyahkan bau dari masuk ke dalam sinki sebab ada takungan air.Ada S trap dan P trap.Boleh lihat review video ni.

 
Tapi hati-hati kedai ni memang buat penghantaran lambat.Ada kawan sekolah saya order sampai batalkan order sebab barang tak sampai-sampai.Saya juga dua kali kena chat dan inform shopee sebab barang dihantar tak cukup.Tertinggal faucet.Diaorang hantar lepas tarikh shopee warranty tamat.Nasib ada  bukti conversation akan dihantar juga.Jadi hb saya lebih tenang dari saya tunggu je dengan sabar sebab dia kata sink ni memang cantik.Kalau saya?lama dah kena boikot kedai ni.

 
 Cost plumbing beli di hardware dan DIY dalam RM 60++ sahaja.Husband pasang sendiri.

Total 90% Siap : RM14,701.62


Dapur ni saya buat lantai tiles corak kayu bukan Vinyl.Dinding belum lagi saya tiles sebab memang tujuannya tak mahu tiles dulu untuk berjimat.Jika saya tiles dulu nanti pasang kabinet tertutup juga oleh kabinet.Berlaku pembaziran disitu.
Husband nak pasang sendiri tiles tu tapi saya rasa takpalah saya akan panggil upah orang tukang yang buat rumah tu semula suruh dia pasangkan tiles di dinding semula.
Upah orang tukang Indonesia kenalan saya itu RM120 sehari.Dia yang siapkan rumah saya tempoh hari ambil alih dari kontraktor lama.Saya target dalam dua hari sahaja siap pasang tiles di dinding dapur.Baru cost RM240.
Orang tukang ni banyak cara bayaran.Saya kongsikan sedikit yang saya tahu.
1.Upah borongan barang kita beli (dia siapkan per projek rumah)Contoh sebiji rumah upahnya RM50,000 barang-barang kita beli sendiri.
Cara bayaran begini kita boleh pilih kualiti bahan digunakan untuk rumah kita dan boleh elakkan dapat pekerja yang culas atau curi tulang.Lambat mereka buat,lambat upah mereka. 
2.Upah borongan sampai siap dengan barang sekali.Yang ni kalau kita tak nak pening kepala,contoh bagi RM100K,siapkan rumah sampai siap.Kita tak nak susah-susah nak beli bahan atau nak cari bahan yang mana ikut budget kita.Yang ni selalunya banyak kontraktor buat.

3.Upah bayar hari.Dia datang kerja ada gaji.Bahan-bahan kita sediakan.Yang ni sesuai untuk kita suruh siapkan bahagian-bahagian tertentu dalam rumah.Contoh buat pagar rumah.Buat bilik air atau siapkan bahagian dapur.

Saya gunakan cara no 1 & 3 untuk buat rumah saya.Tidak pernah no 2

 


Dapur ni masih ada yang tak cukup.Tempat oven dah ada tapi ovennya belum beli.Rancangannya saya akan beli di shopee juga,harga lebih murah.

Oven saya letak anggaran budget brand Elba : RM1000
Tiles dinding dan upah orng tukang budget :RM1000
Lampu Spotlight anggaran budget : RM500
 
 Jadi disini saya anaggarkan total dapur minimalis saya lebih kurang harganya : RM17,201.-RM18,000
Saya anggap harga ini adalah sama quotation awal-awal kitchen kabinet dari kedai lain yang saya dapat sebelum ni.Tapi dengan harga ini saya boleh siapkan semua bahagian dapur.InsyaALLAH.Target saya rendah lagi sebenarnya.Moga saya dapat beli oven dan tiles yang lebih murah nanti.



 

 Moga perkongsian ini bermanfaat bagi yang membaca dan ia menjadi kenangan saya di tahun 2020 ini saya abadikan dalam artikel ini.Bagi saya ini adalah kejayaan kecil saya kerana tidak mudah sebenarnya untuk menyempurnakan sebuah rumah.Perlukan pengorbanan dan usaha keras.

Info kedai tersebut : MJ Cabinet Idaman
FB page : https://web.facebook.com/KabinetDapurMampuMilik
Email :[email protected]
No telefon:017-2980710

 
 
Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/08/kabinet-dapur-minimalis-untuk-poket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Wujud Asli Tanaman Bumbu Dapur Yang Jarang Banget Kita Tahu Oh Ternyata Bentuknya Begitu

9 Wujud Asli Tanaman Bumbu Dapur Yang Jarang Banget Kita Tahu Oh Ternyata Bentuknya Begitu

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 270 hits
Bagi seseorang yang hobi memasak bumbu dapur itu ibarat senjata yang tanpanya semua masakan akan terasa biasa saja Bumbu dapur lah yang membuat makanan terasa istimewa apalagi kalau sudah ketemu racikan yang pas makanan nggak cuma perkara b...
Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur Urus Anak Isteri Makin Sayang

Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur Urus Anak Isteri Makin Sayang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 445 hits
Suami yang sanggup bersusah payah tolong isteri selesaikan kerja rumah anda memang terbaik Jangan fikir jika anda tolong buat kerja rumah maknanya anda takut bini Tanggapan ini salah Sepatutnya anda mesti bangga kerana dapat bahagiakan iste...
Part 3 Dekorasi Dan Ubah Suai Dapur Apartment Kami Dengan Kitchen Cabinet Warna Hitam

Part 3 Dekorasi Dan Ubah Suai Dapur Apartment Kami Dengan Kitchen Cabinet Warna Hitam

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 543 hits
PART 3 DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM Okay siap dah cerita part 3 ni Walaupun belum siap 100 dapur kami ni tapi mummy syukur sangat sangat setelah menunggu 2 bulan Hampir selesai siap kitchen ...
Hiburan Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

Hiburan Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 463 hits
Mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang banyak membantunya dalam urusan rumah tangga dan memahami dirinya pelakon dan pengacara Ain Edruce akui ia merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya Kata Ain per...
Ulang Lagi Beli Belah Di Segi Fresh Sebab Barang Dapur Dah Habis

Ulang Lagi Beli Belah Di Segi Fresh Sebab Barang Dapur Dah Habis

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 790 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Yes dah masuk hujung bulan ni macam ni lah tugas sebagai seorang anak bujang trang tang tang ni Pergi mana lagi kalau bukan beli baran...
4 Jenis Material Backsplash Terbaik Untuk Jadikan Dapur Anda Lebih Menonjol

4 Jenis Material Backsplash Terbaik Untuk Jadikan Dapur Anda Lebih Menonjol

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 286 hits
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari t...
Suasana Makan Ala Korea Dapatkan Pelbagai Kelengkapan Dapur Seperti Dalam K Drama Di Kedai Ini

Suasana Makan Ala Korea Dapatkan Pelbagai Kelengkapan Dapur Seperti Dalam K Drama Di Kedai Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 522 hits
Dek PKP mesti semua terpaksa batalkan niat untuk berjalan ke Korea buat sementara ini Rindu betul nak jamah makanan Korea dengan suasana seperti di sana Tetapi semua orang terpaksa berpuas hati sahaja dengan kedai makanan Korea berdekatan K...
Makeover Dapur Mainan Untuk Anak Hanya Guna Bahan Bajet Hasilnya Terbaik

Makeover Dapur Mainan Untuk Anak Hanya Guna Bahan Bajet Hasilnya Terbaik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 538 hits
Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa Lagi lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman Mungkin bagi orang yang berkemampuan nak beli mainan mahal tiada masalah Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul