Part 3 Dekorasi Dan Ubah Suai Dapur Apartment Kami Dengan Kitchen Cabinet Warna Hitam


PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM - Okay, siap dah cerita part 3 ni...Walaupun belum siap 100% dapur kami ni, tapi mummy syukur sangat-sangat, setelah menunggu 2 bulan. Hampir selesai siap kitchen cabinet kami. Sepanjang ukur hingga lah siap. Rumah pun macam kapal nak pecah hehehe. Mana taknya, semua barang dapur kena alih ke hall depan. So, bersepah nauzubillah lah ! Bila kitchen cabinet ini siap, memang satu kelegaan lah ! Jom tengok serba sedikit DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. 
DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAMDEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Yang asalnya, kami suami isteri tetiba terlintas nak cari quotation Kitchen Cabinet (KC) selepas PKPB, iaitu kira-kira awal PKPP. Boleh juga baca di entri mummy sebelum ini di SINI . Ngam pulak, Ogos 2020 siap kitchen cabinet rumah kami. Memang Ogos sangat meaningful bagi mummy. Dengan kelahiran bulan bapa mummy, bulan kelahiran mummy, Dhia naik Quran bulan ni juga (nanti mummy story ye) .

Berbalik kisah DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Sejujurnya, kami tak arif pun tentang kitchen cabinet. Nak Google pun malas. Banyak sangat mengadap phone di sebabkan kerja. Sampai nak Google pun dah tak minat. So, kami terjah je mana-mana kedai yang kami rasa nak terjah. Gittew hehehe. So, hasil dari terjah beberapa kedai tu, kami dah dapat idea mana yang ok dan mana yang tak sesuai dengan kami. Dan, kami belajar ciri-ciri kitchen cabinet ni ketika buat survey. 

Kami buat survey sebanyak 4 buah kedai kitchen cabinet di sekitar Kajang (kawasan berhampiran rumah kami) dan akhirnya, kami tertarik dengan kedai kitchen cabinet yang betul-betul di kawasan deretan kedai depan rumah kami.

Lagi pun senang kalau ambil kedai yang dekat dengan rumah kita, nak terjah ke opis (showroom) ke nak terjah jumpa consultants dia pun senang hehehe. 



Antara Quotation kami dapat
1. Company All*** (Saujana Impian Kajang) RM14K± Melamine & 3GRM17K fully aluminium & 3GL ShapeFREE GIFTTak mentioned, tak berapa nak permah huhu
2. Company Ev*** (Saujana Impian) RM12K Half Aluminium & Half MelamineAda tall unit FREE GIFT1. 1 set Sink2. Spoon Tray3. Dish Rack4. Soft close & hingers
3. Company P*** (Bandar Teknologi Kajang) RM12K++Melamine & 3GL shape sahajaFREE GIFT1. Soft close & hingers
4. Company Cl** (Kajang Perdana) pilihan kamiRM7K ++Fully Aluminium, 3G & Tall Unit FREE GIFT1. Microwave2. 1 set Sink3. Spoon Tray4. Dish Rack5. Soft close & hingers 
P/s Semua quotation di atas tak termasuk pembikinan lubang paip sink, plug, wiring. Yang ni semua kami pakai tukang yang buat tiles. Senang sekali Jalan siap & terus pasang kabinet ikut point yang dah siap. 

Nampakkan.. Kitchen cabinet ni, bukan semata kitchen cabinet. Bajet kitchen cabinet ni, banyak hidden cost (cas tersembunyi) dia. Nak upah orang pasang sistem paip sink, nak buat point letrik plug, nak tukar tiles dan lelain lagi. Belum cost gadget dapur

So, kalau ada bajet RM20K, kena lah cari quotation dalam bawah RM15K. 
MATERIAL KITCHEN CABINET APARTMENT KAMISetelah buat perbandingan, material dan harga. Kami meneruskan dengan kedai ini je (Clas***>. Sebab harganya murah banyak  tau.. berbanding kedai lain. Murah tu, bukan bermaksud 'tak berkualiti' ye . Hehehe. Tapi, murahlah bila dah buat survey di beberapa kedai. 
Bila bajet tu, kami dapat bawah dari bajet daddy.. Consider murah jugaklah hehe

Jadi, bolehlah kita top up untuk beli Hood, Hob, Oven, Microwave. Bijak tak.. 

Apa material kitchen cabinet kami? Okay , kitchen cabinet kami menggunakan :
100% aluminium termasuk skirting, kebanyakan kitchen di luar sana. Yang murah tu, adalah material melamine. Kenapa kami memilih aluminium? Aluminium ini, tahan lasak, tahan berat, ringan (tak berat) so bila barang kita berat, tiada bebanan tambahan pada kitchen cabinet tu. Paling best boleh basuh kena air dalam cabinet tu. Mummy ini ada masa suka basuh lantai dapur. Basuh tau ! Bukan mop hahaha. So kalau material melamin , nanti cepatlah kembang dan rosak cabinet tu.
Pintu 3G, sekarang ini dah ada pintu jenis 4G. 4G memang lawa sebab dia akan nampak full color kitchen cabinet hitam 100% tak nampak silver color tu. Tapi, tepinya mcm tajam sedikit dan boleh mudah tersompek. Contohnya, macam cermin tak ada bingkai. Untuk yang ada anak kecil macam kami. Sesuai untuk 3G je lah.
Top pula, ada orang pakai konkrit. Lepas tu order pintu je kan. Macam kami, kami memilih quartz je atas top tu. Tak buat pun konkrit. Sebab kami tak mahu deal dengan ramai orang untuk buat kitchen cabinet. Kami memilih 1 tempat untuk siapkan semua kitchen cabinet kami. Quartz pun tahan lasak, nak manjat pun tak ada masalah. Dan, quartz ini kalau akan datang nak tukar material atau warna. Anytime boleh tukar.
Pintu dan drawer adalah soft close dan hinges.


Dan macam cermin refleksi cabinet kami hehehe.

Bahagian tepi ini, kami memilih tall unit. Sebab apa? Sebab nak nampak kemas oven kami dalam tu hehehe. Dan kalau duduk di ruang tamu tu, nampak la dapur tu macam tertutup sket . macam ada 1 dinding lagi kat situ hehehe.
Dapur kami ni, asalnya nak cat putih. Tapi color tu, tukang kata nampak bercapuk sket. Memang warna putih ini, kena cat berkali-kali. Setakat 2,3 kali masih tak nampak kemas. Sebab warna asal dapur ini light yellow.
So, kami teruskan cat kuning je lah ! Tak pe lah kan, sama warna dengan tile lantai yang asal tu. 
Tile pulak, kami memang tak tukar semua. Tukar tiles di bahagian kitchen cabinet dan laundry area je !

Ni dapat free dalam pakej kami




Hood dan Hob ini kami beli sendiri, dah alang-alang dapat kitchen cabinet di bawah bajet daddy. So, daddy grab terus brand Rinnai ini.

Oven dan microwave pun Rinnai juga. Kami memilih combination oven dan microwave. 2 in 1 je. So, tak payah beli 2 barang dah. Microwave kami dpat free juga dalam pakej ni. Tapi, kami jual microwave tu. Company ini memang banyak FREE GIFT dalam pakej.



Gambar sebelum dan selepas kitchen cabinet kami siap. Lebih kurang total 10 kaki. Dan, hitam menjadi pilihan kami. Macam biasalahkan, tak di nafikan ramai memilih KC Warna putih.. sekarang trend putih. Tapi, rumah kami ini bukan berkonsepkan English. So, warna elegant menjadi pilihan kami. Lagi pun, Warna hitam ni pun senada je dgn dapur gas dan lelain. 
Untuk sinki dan paip juga , syarikat ini berikan secara PERCUMA. Tapi, kami tak pasang hat PERCUMA tu. Kami beli lain untuk paip. Paip tu, kami beli jenama Sorento , manakala sinki adalah dari jenama Mocha.
Gambar tak siap 100% pun mummy up hehehe. ada 2 lagi pintu atas tu belum pasang dan sinki pun tak buka balutan lagi hehehe. 
Sebab lepas siap je, mummy terus macam lipas kudung buat sesi pembersihan dan mengemas. 
Terima kasih banyak-banyak daddy, belanja dapur yang cantik ni ! Moga Allah merahmati suamiku dan murahkanlah rezeki beliau tanpa henti. Amin.....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2020/08/dekorasi-dan-ubah-suai-dapur-apartment-kitchen-cabinet-warna-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Kitchen Care Oh Ini Caranya Nak Jaga Kitchen Cabinet Tahan Lama Dan Cantik

Tips Kitchen Care Oh Ini Caranya Nak Jaga Kitchen Cabinet Tahan Lama Dan Cantik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 379 hits
Little helper Mr Bro Qi Intro Baru tak beerti akan baru selamanya Lama tak beerti akan usang selamanya Jadi entry hari ini bukan nak show off keterlaluan dapur baru entry kali ini didedahkan atau dikongsikan dari juju sendiri sebab betapa p...
Dah Tak Larat Naik Tangga Ambil Kira Kesihatan Ibu Bapa Achey Ubah Suai Rumah

Dah Tak Larat Naik Tangga Ambil Kira Kesihatan Ibu Bapa Achey Ubah Suai Rumah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 492 hits
Bagi memastikan ibu bapa yang kini sudah tua hidup dengan selesa Achey membuat keputusan untuk mengubahsuai bahagian ruang tamu di rumahnya 8220 Parkir yang dulu boleh muat empat kereta diubah menjadi dua buah sebab mak abah pesan tarik rua...
Wow Baru Tahu Rupanya Ada Banyak Warna Susu Ibu Menarik

Wow Baru Tahu Rupanya Ada Banyak Warna Susu Ibu Menarik

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 325 hits
Warna putih dan warna kuning kekuningan itu mungkin sudah biasa kita dengar Namun rupa rupanya susu ibu mempunyai beberapa jenis warna lain yang sudah semestinya berbeza sedikit rasanya pada si comel kita Nak tahu apa jenis warna ini Beriku...
Cabinet To Discuss Tabung Haji Rci

Cabinet To Discuss Tabung Haji Rci

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 231 hits
PETALING JAYA The Cabinet will discuss the proposal for a royal commission of inquiry into claims of misconduct and irregularities involving Tabung Haji Minister in the Prime Minister s Department Zulkifli Mohamad Al Bakri said the governme...
Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20 Fe Baru Memperlihatkan 6 Pilihan Warna

Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20 Fe Baru Memperlihatkan 6 Pilihan Warna

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 396 hits
Samsung Galaxy Note FE adalah peranti Galaxy Note 7 yang dikitar semula Ia dikeluarkan bagi memenuhi permintaan yang meminati Galaxy Note 7 kerana versi asalnya ada masalah bateri yang meletup Tetapi nampaknya Samsung ingin teruskan siri FE...
Anak Mua Bella Di Kecam Kerana Bermata Hazel Jom Ketahui Punca Warna Anak Mata Jadi Berbeza

Anak Mua Bella Di Kecam Kerana Bermata Hazel Jom Ketahui Punca Warna Anak Mata Jadi Berbeza

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 1684 hits
Rasanya ramai yang kenal dengan makeup artist Bella ni Selalu buat live tutorial makeup dengan loghat utara dia yang pekat Selain pandai bercoleteh dapat bercakap berjam jam tanpa henti kering idea Makeup makeup dari bella ni tak di nafikan...
Cabinet To Decide On Axing Capital Punishment

Cabinet To Decide On Axing Capital Punishment

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 125 hits
The final report by the special committee to review alternative sentences to the mandatory death penalty will be presented to the Cabinet for discussion KUALA LUMPUR De facto law minister Takiyuddin Hassan says discussions will be held on t...
Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Warna Merdeka Chord

Ismail Izzani Naim Daniel Daniesh Suffian Kidd Santhe Sean Lee Warna Merdeka Chord

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 421 hits
A A D Bm D ASejarah negara kini berulang Dlagi Membara semangat Bmdalam hati EJiwa kita Merdeka ATiada lain kau dan aku Dsama saja Kita kan semua Bmsama rata EJiwa bebas Merdeka F mOh oh oh AKita anak MerdekaDOh oh oh DKita sama warna AMera...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur