Kabinet Baharu Tahniah Selamat Menjalankan Tugas
Siti hafidah Jangan ulangi pimpinan cara PH ditolak rakyat
BANGI – Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mengucap tahniah kepada Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi
“Tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu sahaja dilantik. Selamat menjalankan tugas dan jangan bermain politik
“Rakyat sudah tolak cara pimpinan dan politik Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Justeru perkara sedemikian jangan diulang,” kata beliau kepada Ismaweb hari ini
Pemimpin Islam itu turut mengingatkan Jemaah Menteri yang baharu untuk mengembalikan ‘rule of law’ serta perpaduan rakyat negara ini
“Anggota Kabinet juga perlu menjunjung Perlembagaan, undang-undang negara dan tidak mengorbankan kepentingan negara demi meraih sokongan politik,” tegas beliau
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai Kabinetnya di Pejabat Perdana Menteri
Pengumuman itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu
Dalam sidang media Muhyiddin memberitahu jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan, sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kanan yang berfungsi membantu Perdana Menteri
Berikut merupakan senarai Kabinet baharu:
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri PertahananDatuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kanan – Menteri Kerja RayaDatuk Seri Fadillah YusofTimbalan Menteri: Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri PendidikanDr Mohd Radzi Md JidinTimbalan Menteri I: Datuk Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya
Menteri KewanganTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)Timbalan Menteri I: Datuk Abd. Rahim BakeriTimbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)Datuk Seri Mohd Redzuan Md YusofTimbalan Menteri: Datin Mastura Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)Datuk Takiyuddin HassanTimbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri PengangkutanDatuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Hasbi Habibollah
Menteri Alam SekitarDatuk Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber ManusiaDatuk Seri Saravanan A/L MuruganTimbalan Menteri: Awang Hashim
Menteri Wilayah PersekutuanTan Sri Annuar MusaTimbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan KeluargaDatuk Seri Rina Mohd HarunTimbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian TinggiDatuk Dr Noraini AhmadTimbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Tenaga dan Sumber AsliDatuk Dr Shamsul Anuar NasarahTimbalan Menteri: Ali Anak Biju
Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Hamzah ZainuddinTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed SaidTimbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri KesihatanDatuk Seri Dr Adham BabaTimbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi GhazaliTimbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri MakananDatuk Seri Dr Ronald KiandeeTimbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad HamzahTimbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar BandarDatuk Dr Abd Latiff AhmadTimbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
Menteri Luar NegeriDatuk Seri Hishammuddin Tun HusseinTimbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaDatuk Alexander Nanta LinggiTimbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi dan MultimediaDatuk Seri Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanZuraida KamaruddinTimbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan InovasiKhairy JamaluddinTimbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan KoperasiDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarTimbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan KomoditiDatuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck SengTimbalan Menteri II: Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan KebudayaanDatuk Seri Nancy ShukriTimbalan Menteri: Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan NegaraDatuk Halimah Mohamed SadiqueTimbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Belia dan SukanDatuk Seri Reezal Merican Naina MericanTimbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kabinet-baharu-tahniah-selamat.html