K Jaan X Malu Ke Ini Su Dap Pp
1. Arak: Anthony Loke perlu kembali kepada asas moral
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke perlu kembali kepada asas kompas moral iaitu kanak-kanak tidak sepatutnya didedahkan dengan jenama arak seawal usia mereka, apatah lagi di dalam sekolah.
Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, isu itu bukan soal kaum atau sekolah jenis kebangsaan, tetapi soal untuk melindungi generasi masa hadapan daripada ancaman bahaya arak dan kesan negatif kepada kehidupan.
“Menormalisasikan kanak-kanak kepada arak pada usia muda amat mendukacitakan dan bukanlah langkah terbaik untuk generasi pelapis kita,” ujar Ahli Parlimen Machang itu kepada Anthony yang juga Menteri Pengangkutan.
Tegas Wan Ahmad Fayhsal, perkara tersebut selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia yang melarang penglibatan mana-mana syarikat arak dalam program sekolah.
Dalam masa yang sama beliau menyeru penglibatan daripada syarikat korporat lain untuk membantu sekolah vernakular bagi mendapatkan dana tambahan untuk pengoperasian sekolah mereka.
“Ini dapat mengelakkan penglibatan syarikat arak dalam aktiviti sekolah. Saya berharap Menteri Pendidikan akan bertegas mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan u-turn hanya semata-mata memenuhi kehendak beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 24/7/2024
2. Rupanya Kerajaan Kedah bantu Pulau Pinang atasi masalah air
ALOR SETAR: Kerajaan negeri komited menunaikan permintaan Pulau Pinang berikutan paras air di Sungai Muda menunjukkan penyusutan, demikian menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Jelasnya, empat hari lalu, sebanyak 100 meter padu air telah dilepaskan dari Empangan Beris untuk membantu menstabilkan paras air ke sungai tersebut.
“Pelepasan air itu akan dilakukan secara berkala sehingga paras air di Sungai Muda (di Pulau Pinang) stabil,” jelasnya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.
(Selanjutnya sila rujuk 'Rupanya Kerajaan Kedah bantu Pulau Pinang atasi masalah air' - HARAKAHDAILY 24/7/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan DAP/Anwar, perlu hati-hati sikit, jangan sembang deras sangat, ukur baju di badan sendiri. Nanti 'terbose' nampak perut, X malu ke?
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/kjaan-x-malu-ke-ini-su-dap-pp.html