K Jaan Langgar Semua Fadhli Shaari Konsert Melly Pula
‘Kerajaan hari ini langgar semua perkara’ – Fadhli'
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) akan berbahas menyokong usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja dengan merangkumkan hal-hal kehidupan rakyat yang perlu untuk diletakkan di hadapan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, apatah lagi kini kerajaan berada dalam situasi melanggar sendiri segala diucapkan sebelum daripada ini, kononnya merekalah juara yang terpaling demokrasi, terbersih dan tersuci.
Ketua Penerangan PAS itu juga membidas kerajaan kini yang hanya mengemukakan usul-usul bersifat politik, berbanding PN membawa banyak usul penting biarpun ada ditolak untuk dibahaskan di Dewan mulia tersebut.
Beliau membangkitkan mengenai pelanggaran janji-janji manifesto, serta pelbagai formula dan reformasi, tetapi kini terjadi adalah asyik menyalahkan pelbagai faktor yang sebenarnya menunjukkan kerajaan ini tidak tahu mentadbir.
“Mereka inilah raja segala formula, tapi apabila menjadi kerajaan, formula mereka tak dapat pun nak dilaksanakan. Tetapi mereka menjual janji-janji, balik jual kata-kata seolah-olah nak salahkan orang lain.
“Jadi apa yang saya nak fokuskan ialah terus kepada isu-isu rakyat yang ada pada hari ini. Iaitu kerajaan hari ni kerajaan yang tak kompeten. Apa yang mereka laksanakan sangat-sangat sekadar untuk membina persepsi,” ujarnya dalam podcast ‘YB Apa Cerrr…’, hari ini.
Ahmad Fadhli juga mempertikaikan pengumuman-pengumuman mengenai pelaburan melibatkan pelbagai angka yang dikatakan tinggi, tetapi data sebenar menunjukkan sebaliknya iaitu mengalami kejatuhan atau menjunam.
Beliau turut mempersoalkan ketelusan kerajaan apabila di sebalik tuduhan atau dakwaan ‘sakau’ dan kes-kes yang mahu disiasat hingga ke alar umbi, tetapi menjadi sebaliknya apabila tertuduh dibebaskan. – HARAKAHDAILY 26/2/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan langgar semua -Fadhli Shaari. & Konsert Melly pula.
I. & Konsert Melly pula.
Melly sentiasa terbuka dengan kritikan dan komen. Foto NSTP Genes Gulitah
KUALA LUMPUR: Melly Goeslaw, 50, enggan ambil pusing dengan kritikan segelintir netizen yang mempertikai Anugerah Hall Of Fame yang diterima, semalam. Penyanyi yang diberi jolokan Ratu Runut Bunyi itu mengaku tidak berkecil hati, malah, terbuka dengan setiap komen dan kritikan. Malah, bagi, perbezaan pendapat haruslah dihargai.
Menurutnya, beliau harus menghargai perbezaan pendapat. Di Indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberi kepada artis luar negara termasuk dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain, Melly bakal menjayakan konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 1 Jun depan.
Pada konsert itu, Melly bakal mendendangkan kira-kira 30 lagu dengan menampilkan penyanyi undangan dari Malaysia dan Indonesia.
II. Warga Singapura ditahan di JB selepas tinggal lebih masa 13 tahun.
Pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Johor menjalankan siasatan terhadap individu di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang menerusi Ops Bersama semalam. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Johor
La, mengapa lepas 13 tahun baru terbongkar? Apa kena kerajaan kita ni, di mana sekeru yang longgar?
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/02/kjaan-langgar-semua-fadhli-shaari.html