Jurutera Pula Mungkin Hilang Kerja


Langkah kerajaan mengurangkan sehingga 47 peratus daripada kos projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menyebabkan syarikat tempatan yang terlibat tersepit memandangkan kontrak kerja akan disemak semula kontraktor utama.
Malah mereka bimbang ke­rana terdapat beberapa perancangan kerajaan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan, antaranya menggalakkan syarikat tempatan membuat pemasa­ngan sendiri komponen kereta api.
Menurut sebuah firma perunding kejuruteraan yang terlibat dalam projek itu, mereka kini menanggung kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh lima bulan setelah program kerjasama dengan sebuah syarikat di luar negara tidak dapat dijalankan dan kontraktor utama terpaksa memberhentikan khid­mat perundingan disebabkan projek dihentikan seketika.
Setakat ini, mereka telah merujuk kepada kontraktor utama mengenai keadaan tersebut tetapi masih belum ada kata putus berhubung perkara ini.
“Sejak projek ini disemak semula lima bulan lalu, kerja-kerja yang kami buat sebelum itu (sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14) terhenti. Dalam tempoh ini, kami terpaksa membayar kos pengubahsuaian kilang sebanyak RM200,000, sewa RM15,000 sebulan dan bayaran gaji lima jurutera dan kakitangan lain yang terlibat.
“Namun, setelah kami membuat pelaburan ini (termasuk bantuan dana yang akan di­terima daripada SIRIM), kerja-kerja ini tidak dapat digerakkan. Kami khuatir jika inisiatif untuk memotong kos projek akan memaksa kontraktor utama untuk mengabaikan polisi ‘localization’ kerajaan dengan alasan untuk mencapai keperluan pengurangan kos dengan menggunakan produk yang kurang berkualiti dan membuat segala kerja pemasangan di negara sendiri (China).
“Apa akan terjadi kepada syarikat-syarikat tempatan yang telah melabur mengikut polisi localization kerajaan? Kami juga kecewa kerana tiada maklumbalas yang konkrit daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) atau kerajaan bila projek ini akan diteruskan.
“Buat masa ini, kewangan syarikat hanya mampu bertahan sehingga suku pertama tahun hadapan. Sekiranya masih tiada keputusan dibuat, kami bimbang kerana terpaksa memberhentikan pekerja terutama jurutera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tiga minggu lalu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek LRT3 dengan belanja sebanyak RM16.6 billion, me­rangkumi kos pengambilan balik tanah, faedah semasa pembinaan dan kos-kos lain. Pelaksanaan projek itu akan distrukturkan semula daripada PDP kepada rejim kontrak harga tetap.
Pada 2015, pengendali projek LRT3, Prasarana Malaysia, telah melantik MRCB dan George Kent (Malaysia) Bhd. sebagai PDP bagi LRT3, dengan bajet permulaan sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaan dan RM1 bilion bagi pengambilalihan tanah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Laras Architects Sdn. Bhd., Ar. Hamka Abu Dardak berkata, walaupun syarikatnya tidak terlibat secara langsung dengan projek MRT2 mahupun LRT3, tetapi sekiranya keadaan ini berlanjutan ia kemungkinan menjejaskan syarikat-syarikat hiliran sepertinya.
Katanya, buat masa ini, syarikatnya terlibat sebagai perunding kepada kontraktor yang membekalkan badan kereta api untuk projek MRT2.
“Kami berharap laluan (track) yang dirancang tidak lama tertangguh, kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat lain terutama kepada pembekal-pembekal kecil. Sebagai contoh, kalau track tak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah dirancang, tren yang telah disiapkan ini hendak letak di mana?,” katanya.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/11/08/jurutera-pula-mungkin-hilang-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Rumah Banyak Lagi Anak Pula Asyik Mengempeng Berapa Lama Perlu Menyusukan Anak

Kerja Rumah Banyak Lagi Anak Pula Asyik Mengempeng Berapa Lama Perlu Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 374 hits
Berapa lama perlu menyusukan anak Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu ibu yang menyusukan anak Ada yang kata bila anak dah mula menyusu banyak kerja rumah tertangguh Disebabkan terlalu lama juga ibu pun tertidur sama dengan ba...
Tingkatkan Standar Pelayanan Administrasi Mtf Kerja Sama Dengan Ditjen Dukcapil

Tingkatkan Standar Pelayanan Administrasi Mtf Kerja Sama Dengan Ditjen Dukcapil

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 221 hits
Dengan adanya kerja sama ini MTF dan Dukcapil bersinergi dalam meningkatkan Standar Pelayanan Administrasi dengan mempercepat proses layanan dan validasi informasi Untuk mempercepat layanan administrasi MTF mendapatkan hak akses dalam peman...
Myportfolio Panduan Kerja Sektor Awam

Myportfolio Panduan Kerja Sektor Awam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 524 hits
myPortfolio Panduan Kerja Sektor Awam Sebagai penjawat awam setiap tugas yang diarahkan oleh kerajaan memang menggunakan pekeliling Terbaru kecoh pasal isu penjawat awam perlu menyiap myPortfolio dan perlu dihantar pada 14 November 2018 aka...
Mendikbud Klaim Jumlah Tenaga Kerja Dari Lulusan Smk Terus Meningkat

Mendikbud Klaim Jumlah Tenaga Kerja Dari Lulusan Smk Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 247 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy menyatakan bahwa angka partisipasi kerja lulusan Sekolah Menengah Kejuruan terus menunjukan perbaikan Tercatat jumlah lulusan kerja ditingkat SMK pada Agustus 2018 tercatat sebanyak 13 682 ...
Pemerintah Siapkan Skema Kebutuhan Tenaga Kerja Lewat Rpjmn 2020 2024

Pemerintah Siapkan Skema Kebutuhan Tenaga Kerja Lewat Rpjmn 2020 2024

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 263 hits
Pemerintah tengah menyusun kerangka Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional untuk periode 2020 2024 Dalam RPJMN tersebut terdapat pemetaan kebutuhan tenaga kerja di Tanah Air mulai dari jumlah hingga sektor apa saja yang nantinya disia...
Anies Ke Pns Dki Pahlawan Tak Pernah Bertanya Ini Hari Libur Atau Kerja

Anies Ke Pns Dki Pahlawan Tak Pernah Bertanya Ini Hari Libur Atau Kerja

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 318 hits
Mantan Mendikbud itu mengatakan Indonesia memerlukan para pahlawan baru Indonesia butuh pahlawan baru yang menguasai bidangnya ucapnya
Wapres Jk Menteri Kabinet Kerja Peringati Hari Pahlawan Di Tmp Kalibata

Wapres Jk Menteri Kabinet Kerja Peringati Hari Pahlawan Di Tmp Kalibata

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 306 hits
Terlihat beberapa jajaran menteri kabinet kerja yang hadir dalam upacara tersebut Sebelumnya kemarin Presiden Joko Widodo atau Jokowi menganugerahkan gelar pahlawan nasional kepada enam tokoh pada Kamis di Istana Negara Jakarta
Jurus Kemendikbud Dorong Lulusan Smk Siap Pakai Di Dunia Kerja

Jurus Kemendikbud Dorong Lulusan Smk Siap Pakai Di Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 255 hits
Deputi Direktur Penyelarasan Vokasional dan Kerjasama Industri Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Saryadi Guyatno menjamin bahwa lulusan SMK siap untuk diterima di dunia industri Pemerintah akan terus mendesain sistem pendidikan yang mam...
Kagum Dengan Kerja Dan Figur Jokowi Musisi Asal Bali Buat Lagu Jokowi Lagi

Kagum Dengan Kerja Dan Figur Jokowi Musisi Asal Bali Buat Lagu Jokowi Lagi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 333 hits
Musisi bergenre modern pop ini mengatakan lagu itu sebenarnya dibuat bukan pesanan pihak tertentu atau untuk kepentingan kampanye Jokowi Dia mengaku tak terafiliasi dengan partai manapun
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti