Jurutera Miskin


PETALING JAYA: Gaji jurutera tempatan di negara ini masih statik dan tidak berubah sejak 20 tahun lalu yang dianggap tidak setimpal dengan profesion berkenaan.

Walaupun bergelar profesional, gaji permulaan yang diterima jurutera siswazah masih ditawarkan pada nilai sama seperti era 2000 iaitu serendah RM1,500 hingga RM2,000 berbanding pekerja perkhidmatan p-hailing yang meraih pendapatan RM4,000 sebulan.

Menurut jurutera profesional, data Pertubuhan Kese­lamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 22 peratus jawatan permulaan (kejuruteraan) masih menawarkan pendapatan di ba­wah Paras Garis Kemiskinan (PGK) RM2,208.

Faktor lain yang mempengaruhinya juga dikatakan berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138) Lembaga Jurutera Malaysia yang tidak jelas terhadap gra­duan kejuruteraan dan isu lambakan lulusan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu, Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh berkata, keadaan itu menyebabkan gaji jurutera siswazah dan yang berpengalaman tiga hingga 10 tahun tidak berubah.

Katanya, beliau bimbang nasib golongan profesional itu akan berlarutan hingga 20 tahun akan datang jika tiada tindakan drastik diambil bagi membela nasib mereka.

“Sudah sampai masanya gaji permulaan jurutera siswazah dikaji semula termasuk menetapkan tangga gaji minimum kerana apa yang diperolehi sekarang tidak setimpal dengan profesion mereka.

“Setiap tahun negara menghasilkan kira-kira 10,000 graduan kejuruteraan dan sepanjang tempoh 20 tahun ini jumlahnya dianggarkan hampir 200,000 orang dengan separuh daripadanya sudah berkeluarga.

“Jadi bayangkan nasib kumpulan jurutera di Malaysia yang masih kekal golongan M40, malah ada di antaranya hampir memasuki kategori B40,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wan Nazari berkata, situasi itu menyebabkan kalangan jurutera tiada pilihan dan terpaksa terus bekerja dengan gaji yang sedikit bagi mencari sumber rezeki.

Bagaimanapun, katanya, jika isu berkenaan masih membe­lenggu, tidak mustahil negara akan kehilangan ramai pakar kejuruteraan dan saintis kerana, rata-ratanya memilih bekerja di luar negara demi mendapatkan gaji yang setimpal.

Malah, katanya, ada segelintir yang tidak mahu pulang menyumbang tenaga di tanah air disebabkan gaji yang jauh lebih rendah berbanding yang diterima di luar negara.

“Perkara ini merupakan satu kerugian untuk Malaysia kerana kita mempunyai ramai tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan tetapi tidak dihargai.

“Di media sosial baru-baru ini ada yang membandingkan gaji jurutera siswazah yang jauh rendah berbanding pekerja perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) yang meraih RM4,000 sebulan,” katanya.

Menurut Wan Nazari, kesan berkenaan kini dapat dilihat apabila bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mulai dijauhi pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Jurutera Muslim Malaysia, Muhamad Faqih Badrishah berkata, kerajaan wajar mengkaji semula gaji jurutera di negara ini sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Contohnya, jika 10 tahun lepas gaji asas bagi jurutera adalah RM2,500 dan sekarang pun masih RM2,500.

“Data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 22 peratus jawatan permulaan (kejuruteraan) masih menawarkan pendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan iaitu RM2208.

“Jadi kita takut orang tak mahu jadi jurutera kerana pekerjaan jurutera yang multitasking, tetapi gaji tak berbaloi dengan sakit kepalanya, sedangkan kerja lain yang fokuskan satu kerja, gajinya lebih berbaloi atau lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Muhamad Faqih, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati bahawa antara faktor yang mempengaruhinya adalah kelemahan penguatkuasaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta. 138) LJM yang tidak jelas terhadap graduan kejuruteraan dan lambakan graduan kejuruteraan melebihi pasaran.

“Graduan jurutera yang terlampau ramai di luar itu yang menyebabkan majikan tidak membayar tinggi dan kekalkan gaji pada tahap lama walaupun sudah lebih 20 tahun.

“Ini kerana, jumlah graduan kejuruteraan juga adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding peluang pekerjaan kejuruteraan,” katanya.

Tambah beliau, apabila seseorang itu tidak berdaftar, tetapi boleh menjadi jurutera, ia menyebabkan nilainya biasa dan itu menyebabkannya mendapat gaji yang rendah.

“Jadi apabila penguatkuasaan pendaftaran itu lemah dan dengan lambakan graduan yang banyak, maka sesebuah syarikat itu mudah mendapat replacement secepat mungkin sekiranya seseorang itu berhenti,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/jurutera-miskin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Kaya Minta Derma Dari Orang Miskin

Orang Kaya Minta Derma Dari Orang Miskin

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 213 hits
Jika kamu kata ia satu jihad dan ingin mencontohi Nabi dan sahabat sekarang di dlm PAS ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri Ada 8 Menteri dari PAS minta sahaja mereka sumbangkan RM 50ribu seorang dah tentu terkumpul RM400 ribu Minta pada ...
Yayasan Bill Gates Sumbang Rp 1 6 Triliun Untuk Beli Pil Covid Bagi Negara Miskin

Yayasan Bill Gates Sumbang Rp 1 6 Triliun Untuk Beli Pil Covid Bagi Negara Miskin

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 224 hits
Bill and Melinda Gates Foundation mengumumkan pada Rabu pihaknya akan berusaha mempercepat pengadaan pil Covid 19 atau disebut obat anti virus molnupiravir untuk negara negara miskin
Anwar Tolak Elaun Grm Sokong Derma Kepada Warga Miskin

Anwar Tolak Elaun Grm Sokong Derma Kepada Warga Miskin

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 177 hits
Gabungan Reformis Malaysia menyokong penuh tindakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mendermakan elaun yang dijanjikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 ke tabung rakyat miskin Menurut Koordinator GRM Mustaffa...
Anwar Tolak Gaji Dan Beberapa Elaun Taraf Menteri Akan Serah Pada Tabung Rakyat Miskin

Anwar Tolak Gaji Dan Beberapa Elaun Taraf Menteri Akan Serah Pada Tabung Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 216 hits
Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana mana negara demo...
Ktt G20 Sri Mulyani Ungkap Ketimpangan Vaksinasi Covid 19 Negara Kaya Dan Miskin

Ktt G20 Sri Mulyani Ungkap Ketimpangan Vaksinasi Covid 19 Negara Kaya Dan Miskin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 216 hits
Vaksinasi Covid 19 di negara negara miskin saat ini baru mencapai 6 persen dari jumlah penduduk bahkan di Afrika tak sampai 3 persen Sementara itu capaian vaksinasi di negara negara maju sudah hampir 100 persen
Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 Kkm

Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 Kkm

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 405 hits
Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 KKM ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA menawarkan sebanyak 18 kekosongan dan 50 simpanan bagi pengambilan kali ini Tarikh tutup b...
Graduan Jurutera Jadi Usahawan Jahitan

Graduan Jurutera Jadi Usahawan Jahitan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 134 hits
Oleh AIMUNI TUAN LAH MOHD Azuan Abdul Rashid memanfaatkan kemahiran menjahit untuk menjadi seorang usahawan jahitan ternama di Gua Musang UTUSAN AIMUNI TUAN LAHGUA MUSANG Peluang pekerjaan yang terhad membuatkan seorang graduan Diploma Keju...
Jurutera Tak Pernah Menyesal Dengan Idea Mak Selepas Berhenti Kerja Ilmu Kena Cari Apa Jadi Tuhan Dah Tulis

Jurutera Tak Pernah Menyesal Dengan Idea Mak Selepas Berhenti Kerja Ilmu Kena Cari Apa Jadi Tuhan Dah Tulis

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 256 hits
KEPUTUSAN jejaka ini untuk meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera ternyata membuahkan hasil Menurut Muhamad Ashrof Halil 28 dia kemudiannya mengusahakan sebuah kedai haiwan di Cyberjaya bermula September 2017 Mengimbas kisah itu dia yang ...
Jurutera Mabuk Pandu Lawan Arus Ditahan

Jurutera Mabuk Pandu Lawan Arus Ditahan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 204 hits
Kereta suspek rempuh dua kereta dari arah bertentangan sebabkan seorang pemandu cedera PORT DICKSON Seorang jurutera yang memandu secara melawan arus hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan mencederakan seorang pemandu ditahan d...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa