Jururawat Kongsi Tentang Pemeriksaan Ibu Hamil Di Kkia Rupanya Ada Sebab Buku Pink Perlu Dibawa Sentiasa


Bagi ibu hamil pertama kali atau ibu yang sudah lama tidak hamil, info terkini mengenai pemeriksaan-pemeriksaan pranatal di klinik ibu dan anak ini amat membantu.
Ibu hamil pertama kali mungkin akan berasa janggal dengan pemeriksaan yang dilakukan di klinik. Info yang dikongsikan oleh jururawat Lara Marina ini boleh dijadikan panduan. Berikut ialah perkongsiannya;
Artikel berkaitan: [Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink]

Apa yang akan berlaku semasa pemeriksaan pranatal anda? Pemeriksaan rutin akan dilakukan pada setiap temu janji untuk memastikan anda dan bayi anda sihat.
Temu ramah ringkas dengan jururawat (akan bertanya soalan-soalan asas mengenai keadaan kesihatan anda ketika itu dan pergerakan bayi).
Pemeriksaan dengan doktor bertugas (apabila perlu, tidak semestinya pada setiap kali).
Ujian air kencing untuk mengesan protein dan gula. Pemeriksaan tekanan darah. Ukuran berat badan. Memegang perut anda untuk memeriksa kedudukan bayi,saiz dan perkembangannya. Mendengar degupan jantung bayi. Ini boleh dilakukan menggunakan stetoskop khas (Pinard). Memeriksa sekiranya anda mengalami bengkak kaki, tangan atau muka. Ujian darah Semasa pemeriksaan pranatal pertama di KKIA, anda akan menjalani satu ujian darah untuk memeriksa:
Kumpulan darah anda Faktor rhesus Sebarang jangkitan termasuk HIV, sifilis dan HEPATITIS B Satu ujian darah untuk memeriksa kadar hemoglobin anda akan dilakukan setiap tiga bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda didapati mempunyai masalah ANEMIA (Kekurangan darah) doktor mungkin akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap.
Suntikan Kancing Gigi Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.
Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.
MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) Di antara bulan ke5 dan ke7 kehamilan, anda akan menjalani Ujian toleransi glukos oral untuk menguji Kencing manis. Ujian ini memerlukan anda berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian darah. Jika anda mempunyai faktor risiko tambahan untuk kencing manis, ujian tersebut akan dilakukan semasa awal kehamilan dan mungkin diulang pada trimester ketiga jika ujian pertama didapati normal.
Ujian MGTT wajib bagi kandungan pertama jika pesakit berusia 25 tahun ke atas, obesiti atau mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah kencing manis.

Pemeriksaan Payudara Semasa pemeriksaan pertama anda di KKIA, jururawat atau bidan mungkin akan memeriksa payudara untuk memastikan tiada ketulan tidak normal dan untuk memastikan tiada masalah apabila menyusukan nanti. Jururawat akan berbincang dengan anda dan memberi nasihat tentang penyusuan badan.
Imbasan Ultrabunyi (ultrasound) Sebilangan klinik kerajaan menyediakan ultrasound secara terhad manakala sebahagian lagi tidak menyediakan kemudahan ini. Kebanyakan KKIA bergantung kepada kaedah manual seperti mengukur perut dan mendengar degupan jantung bayi.
Di klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan ultrabunyi atau ultrasound, anda mungkin akan diimbas dua kali :
sekali dalam trimester pertama untuk mengesan sebarang ketidaknormalan, kehamilan berganda dan untuk menolak kemungkinan kehamilan di luar rahim (ektopik) Sekali dalam trimester ketiga untuk memeriksa perkembangan bayi dan kedudukan plasenta anda. Jika anda mahu mendapatkan ujian-ujian pranatal yang lain seperti imbasan atau scan untuk sindrom down, anda perlu mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Pemeriksaan Pergigian Semasa Hamil Ada di antara KKIA yang berada dalam kawasan klinik-klinik kerajaan yang turut menempatkan klinik pergigian. Setiap wanita mengandung yang datang ke klinik tersebut akan diberi pemeriksaan pergigian di situ. Di KKIA yang tidak mempunyai kemudahan tersebut pula, anda akan dirujuk ke klinik pergigian terdekat.
Di klinik pergigian, doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda dan memberi nasihat mengenai penjagaan pergigian semasa mengandung.

 
SIAPA AKAN MEMERIKSA Setiap kali anda datang untuk membuat pemeriksaan pranatal di KKIA, anda akan dibantu oleh seorang jururawat perbidanan. Pemeriksaan dengan doktor yang bertugas akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali untuk imbasan dan pemeriksaan kesihatan keseluruhan. Pemeriksaan dengan doktor seterusnya hanya dijalankan apabila perlu. Pada pemeriksaan seterusnya anda mungkin akan berjumpa doktor yang berlainan. Ini adalah perkara biasa.
Jika terdapat sebarang komplikasi atau isu-isu tertentu berkaitan kehamilan anda, doktor di KKIA mungkin akan merujuk anda kepada doktor pakar di hospital kerajaan.
Kehamilan anda akan dirujuk kepada doktor pakar sekiranya berlaku keadaan ini iaitu:
Kehamilan anda dikategorikan sebagai berisiko tinggi Terdapat komplikasi kepada ibu semasa mengandung. Anda memerlukan ujian-ujian lain yang tidak terdapat di KKIA.
LAWATAN KE RUMAH Jururawat atau bidan-bidan akan melawat pesakit di rumah selepas bersalin untuk memeriksa keadaan ibu dan anak.
Terdapat banyak perkhidmatan sokongan pranatal di KKIA. Anda boleh bertanya jururawat dan doktor sebarang soalan berkenaan kehamilan atau pun kesihatan bayi anda. Jika anda mempunyai masalah atau kebimbangan, anda boleh pergi ke klinik atau hospital kerajaan berdekatan dengan membawa buku pranatal anda. Sebilangan KKIA dan hospital kerajaan juga mengadakan seminar penyusuan bayi dan persediaan melahirkan bayi.
Dalam kes kecemasan, ibu boleh ke klinik kerajaan atau klinik ibu mengandung yang berdekatan atau pun hospital. Jangan lupa bawa buku pranatal anda bersama.
Bolehkah anda dapatkan penjagaan lepas bersalin? Selepas bayi anda dilahirkan dan anda telah keluar daripada hospital, seorang jururawat atau bidan yang berdaftar dengan kerajaan daripada KKIA akan melawat anda secara berkala di rumah untuk memeriksa keadaan anda dan bayi.
Jururawat atau bidan tersebut akan memberi bantuan dan panduan serta sokongan berkenaan penyusuan, memandikan bayi dan penjagaan bayi yang baru lahir. Mereka akan menggalakkan anda berehat dan memberi nasihat mengenai cara terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan emosi anda.
Peringatan :
Sila bawa buku merah anda ke mana saja anda pergi, Incase anda tiba-tiba tidak sedarkan diri, pihak yang berkenaan akan tahu tentang sejarah kehamilan anda dan amat membantu untuk sebarang keputusan yang akan dibuat (Kandungan ke berapa, yang ke berapa minggu, sesuai utk kelahiran yang bagaimana).
Artikel berkaitan: [Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink]
Sumber: Lara Marina

The post Jururawat Kongsi Tentang Pemeriksaan Ibu Hamil di KKIA. Rupanya Ada Sebab Buku Pink Perlu Dibawa Sentiasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jururawat-kongsi-tentang-pemeriksaan-ibu-hamil-di-kkia-rupanya-ada-sebab-buku-pink-perlu-dibawa-sentiasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi 10 Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Anemia Rupanya Ada Jenis Makanan Boleh Gagalkan Usaha

Doktor Kongsi 10 Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Anemia Rupanya Ada Jenis Makanan Boleh Gagalkan Usaha

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 458 hits
Hb rendah semasa mengandung memang bukan perkara asing Walau pun ia banyak berlaku tidak bermakna ia boleh dipandang remeh Ada kalangan ibu yang buntu selepas mencuba pelbagai cara tapi paras Hb tidak naik ulasan pakar O G ini mungkin memba...
Ibu Hamil Yang Ingin Melakukan Umrah Pergilah Musim Sejuk Ibu Ini Kongsi Pengalam Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

Ibu Hamil Yang Ingin Melakukan Umrah Pergilah Musim Sejuk Ibu Ini Kongsi Pengalam Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 519 hits
Terbaca satu soalan di group KHDU tentang tips umrah ketika hamil Saya pernah mengerjakan ibadah haji ketika hamil pada trimester pertama Saya kongsikan sedikit tips yang saya amalkan ketika itu InshaAllah semoga dapat membantu serba sediki...
Kembar Tak Sama Berat Rupanya Ada Ttts Komplikasi Yang Serius Ibu Ini Kongsi Bayi Kembarnya Berjaya Survive

Kembar Tak Sama Berat Rupanya Ada Ttts Komplikasi Yang Serius Ibu Ini Kongsi Bayi Kembarnya Berjaya Survive

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 607 hits
Twin to Twin Tranfusion Syndrome sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni tapi belum ada kesempatan nak buat Alhamdulillah Allah bagi masa untuk saya share benda ni pada semua Abang Afdhal Adik Ahsan Pernah terfikir tak kenapa kalau...
Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink

Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 317 hits
Bagi ibu baru hamil tentu tertanya tanya bilakah waktu sesuai untuk membuat buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan Perkongsian daripada jururawat ini boleh dijadikan panduan Pem...
Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 923 hits
Hamil merupakan moment yang terindah bagi setiap ibu Semakin hari perut semakin membesar Bagi wanita muslimah perut merupakan bahagian aurat yang harus ditutup dengan sempurna berkongsi sebuah perkongsian mengenai ibu hamil dan batas aurat ...
Jom Kongsi Buku

Jom Kongsi Buku

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 331 hits
KEMPEN JOM KONGSI BUKU HAMPIR 2 000 BUKU BERTUKAR TANGAN Hampir 2 000 buah buku berjaya dihimpunkan menerusi Kempen Jom Kongsi Buku program yang diadakan sempena Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2019 hari ini Sambutan yang me...
Tiga Jurnalis Turki Tulis Buku Tentang Rincian Pembunuhan Khashoggi

Tiga Jurnalis Turki Tulis Buku Tentang Rincian Pembunuhan Khashoggi

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 256 hits
Buku dengan judul Kekejaman Diplomatik Rahasia Gelap Pembunuhan Jamal Khashoggi ditulis dalam bahasa Turki dan mulai dijual bulan lalu
8 Makanan Kaya Zat Besi Aga Ibu Hamil Tidak Anemia Kan Darahmu Akan Mengalir Di Dua Jiwa

8 Makanan Kaya Zat Besi Aga Ibu Hamil Tidak Anemia Kan Darahmu Akan Mengalir Di Dua Jiwa

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 390 hits
Kurang zat besi dalam kehamilan bisa berakibat fatal lo Maka dari itu camkan artikel ini
Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan Seberat 1 4kg Aulia Kini Membesar Dengan Bijak Ibu Kongsi 5 Tips

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan Seberat 1 4kg Aulia Kini Membesar Dengan Bijak Ibu Kongsi 5 Tips

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 377 hits
Anak ini mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya ibunya berkongsi tips Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak me...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya