Jurugambar Malaysia Raih Hadiah Utama Sebanyak Rm 491 040 00 Dalam Anugerah Fotografi Di Dubai


Jurugambar Malaysia raih hadiah utama sebanyak RM 491,040.00 dalam anugerah fotografi di Dubai

Pada 13 Mac yang lalu, pemenang Hamdan International Photography Award  (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurugambar dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama dalam pertandingan berprestij tersebut.
Anugerah yang sudah memasuki musim kelapan itu telah diadakan di Opera Dubai dan dihadiri oleh tetamu kehormat dan mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Membawa tema ‘harapan’, anugerah tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan cahaya gemerlapan.

Anugerah fotografi ini ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah naungan putera mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Rashid bin Mohammed al Maktoum.
Dengan jumlah hadiah tahunan sebanyak $ 450,000 (RM 1,841,400.00) yang diperuntukan menjadikannya sebagai hadiah terbesar yang ditawarkan dalam penganugerahan fotografi.
Apa yang menarik mengenai HIPA ialah, ini adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional).
Edwin Ong Wee Kee dari Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah utama sebanyak $ 120,000 atau sekitar RM 491,040.00.

Imej Edwin yang telah memenangi hadiah utama: ‘Mother’s Hope’

Melihat pada gambar yang dipertandingkan, hasil karya Edwin menunjukkan momen getir yang dihadapi oleh seorang ibu di Vietnam. Walaupun wanita itu mempunyai masalah untuk bertutur namun dia tetap tidak berhenti berharap malah dia juga tetap bersemangat demi anak kecilnya.
Menurut Edwin, dia gemar melancong bersama kameranya dan ketika berada di Vietnam, dia terlihat akan pemandangan ibu dan anak ini lalu merakamkannya.
Edwin yang merupakan orang Sibu, Sarawak itu menjangka dia akan memenangi hadiah ke-5, namun rezeki menyebelahinya apabila terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Tahniah Edwin!
Muhammad Fahrur Rasyid dari Indonesia memenangi ‘hope’ di tempat kedua.

Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Setiap tahun, HIPA mempunyai tema yang berbeza dan untuk tahun 2018-2019, HIPA menjadikan ‘hope’ sebagai tema pertandingan. Terdapat juga kategori umum (termasuk warna dan hitam dan putih) dan portfolio serta kategori video fotografi udara dipertandingkan.
Video fotografi udara yang menang
Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)

Anugerah Penghargaan ‘Fotografi’ dianugerahkan kepada jurugambar British, Tim Flach di atas sumbangannya yang cemerlang dalam bidang fotografi alam semula jadi dan alam sekitar sepanjang kariernya sebagai seorang artis.

(Imej: © tim flach)
Anugerah ‘Pencipta Kandungan Fotografi’ pula dianugerahkan kepada Tom Ang atas peranan utamanya dalam pendidikan dengan mengarang lebih daripada 40 buah buku mengenai fotografi yang diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa.

(Imej: © Tom Ang)
Jurugambar Emirat, Yousef Al Habshi pula telah diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Emerging Person in Photography Award’ kerana karyanya dalam dunia fotografi makro dan mikro.

(Imej: © Yousef Al Habshi)
Pada akhir acara penyampaian anugerah tersebut, tema untuk anugerah tahun hadapan, 2019-2010 (musim kesembilan) juga telah diumumkan iaitu ‘air’.
HIPA musim kesembilan: Air

Jurugambar digalakkan untuk mentafsir tema ‘air’ ini dengan sudut pandangan mereka sendiri dan apa yang paling penting ialah karya mereka perlulah diterjemahkan dengan cara yang paling kreatif.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HIPA dan cara menyertainya, orang ramai boleh melihatnya sendiri di laman web www.hipa.ae/en.
Bagi anda yang mempunyai minat dan bakat, jangan sia-siakan peluang yang ada.
Memandangkan HIPA adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional), oleh itu tidak salah jika anda mencubanya. Siapa tahu ini mungkin peluang anda untuk meraih anugerah fotografi di peringkat global?
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Sumber: DIGITAL CAMERA WORLD , DAYAK DAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/jurugambar-malaysia-raih-hadiah-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4836 Ada Sekolah Tidak Mahu Terima Kanak Kanak Tidak Bervaksin Malaysia Gazette 7 3 19

4836 Ada Sekolah Tidak Mahu Terima Kanak Kanak Tidak Bervaksin Malaysia Gazette 7 3 19

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan masih terdapat sekolah sekolah yang enggan menerima pendaftaran kanak kanak yang tidak divaksinkan atas alasan mempunyai rekod vaksinasi tidak lengkap Justeru itu Ketua Aktivis PPIM...
Malaysia Mungkin Berdepan Ancaman Pengganas Pada Masa Depan

Malaysia Mungkin Berdepan Ancaman Pengganas Pada Masa Depan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 286 hits
Kementerian Pertahanan menyifatkan ancaman pengganas luar seperti Daesh adalah serangan yang mungkin akan dihadapi Malaysia pada masa akan datang
Redmi Note 7 Akan Berharga Kurang Rm1k Di Malaysia Menggunakan Cip Snapdragon 660

Redmi Note 7 Akan Berharga Kurang Rm1k Di Malaysia Menggunakan Cip Snapdragon 660

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 192 hits
Redmi Note 7 telah pun sedia diumumkan akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 19 Mac 2019 kelak Kini lanjutan daripadanya pihak Xiaomi hari ini turut berkongsi mengatakan telefon pintar berkenaan akan berharga kurang daripada RM1...
Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen Mrt Di Malaysia

Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen Mrt Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 272 hits
Hati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen MRT Di MalaysiaHati Hati Lalu Kawasan Jenayah Ini Enam Kawasan Panas Stesen MRT Di Malaysia
Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 315 hits
Sewaktu kerajaan di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional merekalah yang melingkupkan hak hak Melayu itu kata Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai agenda Perpaduan Ummah yang diuar uarkan melalui kerjasam...
Tun M Jamin Malaysia Akan Bantu Majukan Mindanao Filipina

Tun M Jamin Malaysia Akan Bantu Majukan Mindanao Filipina

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 639 hits
MANILA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi jaminan kepada rakan sejawatnya Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengenai komitmen Malaysia untuk membantu pembangunan di Mindanao Tun M bersama DuterteDalam sidang media bersama...
Pesawat Malaysia Airlines Mh17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

Pesawat Malaysia Airlines Mh17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 763 hits
Pesawat MAS yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan pada awalnya sebelum dilaporkan terhempas Laporan penuh di MOSCOW Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang me...
Malaysia Making Good Progress In Women S Rights Eu Ambassador

Malaysia Making Good Progress In Women S Rights Eu Ambassador

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 203 hits
The Malaysian government is making good progress towards a safer and more equal environment for women and girls following the proposed new or amended legislation says Ambassador and Head of the Delegation of the European Union to Malaysia M...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Box Bag Crochet

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Rumah Terbuka Tc Metal Care

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kembar Sado

Restu Dan Ku Chord

Peganglah Erat Erat Sahabat Solehmu

Beli Sarapan Di Umie Harmony

Video Pengakuan Sopir Bus Maut Rombongan Siswa Smk Depok Sudah Tahu Rem Rusak

Menyusuri Sungai Mahakam Kepala Bkkbn Edukasi Warga Soal Kb Dan Stunting Di Desa Terpencil