Tun M Jamin Malaysia Akan Bantu Majukan Mindanao Filipina


MANILA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi jaminan kepada rakan sejawatnya Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengenai komitmen Malaysia untuk membantu pembangunan di Mindanao.

Tun M bersama Duterte
Dalam sidang media bersamanya dengan Presiden Filipina itu selepas pertemuan dua hala mereka di Istana Malacanang di sini semalam, Dr Mahathir berkata Mindanao yang mempunyai potensi ekonomi yang besar yang boleh dimajukan dengan kewujudan Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM), akan membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Justeru, saya memberi jaminan kepada Presiden Duterte akan keinginan Malaysia untuk terus membantu dalam pembangunan Mindanao.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Duterte atas kejayaannya meratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro (BOL) dan pelankan para anggota Pihak Berkuasa Peralihan Bangsamoro (BTA).

Mindanao. Gambar: DFA
“Saya mengalu-alukan peralihan lancar daripada ARMM (Wilayah Autonomi Islam Mindanao) kepada kerajaan sementara Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM),” kata Dr Mahathir.

Mengenai perkara-perkara berkaitan ekonomi, Dr Mahathir berkata beliau dan Duterte turut membincangkan soal perdagangan antara kedua-dua negara yang semakin memihak kepada Malaysia.

Beliau percaya masih terdapat ruang untuk memperbaikinya dan kedua-dua pihak akan menggalakkan sektor swasta masing-masing untuk mencari peluang-peluang untuk menerokai kerjasama dan pelaburan baharu.

“Satu daripada bidang keutamaan penting di mana kerjasama boleh diberi penekanan ialah mempertingkatkan kesalinghubungan yang sangat penting untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.

Malaysia dan Filipina telah terlibat secara aktif di dalam BIMP-EAGA (Kawasan Pembangunan ASEAN Timur) dan boleh menggunakan platform ini untuk membantu Lembaga Pembangunan Mindanao," kata beliau.

Beliau berkata Filipina adalah rakan dagang Malaysia ke-15 terbesar dunia, dan rakan dagang keempat terbesar dalam kalangan anggota ASEAN dan oleh itu, kedua-dua beliau dan Duterte amat yakin aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara boleh dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

“Kami juga berpeluang untuk menilai kemajuan yang dicapai masing-masing dalam bidang-bidang seperti pelancongan kesihatan dan pendidikan termasuk pelaburan yang dibuat oleh sektor swasta kami masing-masing..

“Saya menyambut baik pemuktamadan dan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina mengenai kerjasama dalam bidang kesihatan.

Saya juga telah menyatakan kepada beliau bahawa Malaysia telah menjadi antara pilihan utama rakyat Filipina untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Jumlah pesakit dari Filipina yang datang untuk mendapatkan rawatan di Malaysia telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Presiden Duterte dan beliau sama-sama memberi penekanan kepada kepentingan pendidikan dan membincangkan program-program untuk guru-guru dan pelajar di madrasah-madrasah terutama di Mindanao.

Mengenai isu keselamatan, Dr Mahathir berkata Malaysia komited untuk mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani isu serius seperti keganasan dan keganasan pelampau melalui Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak (TCA).

Beliau berkata di bawah kerangka itu, Malaysia dan Filipina bersama-sama dengan Indonesia, telah bersetuju untuk melaksanakan rondaan bersama maritim dan udara melibatkan ketiga-tiga negara untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan yang semakin meningkat.

“Kami juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu Laut China Selatan dan kerjasama dalam kalangan ASEAN,” tambah beliau. - Bernama

Share artikel ini kepada rakan andaSharing is Caring

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayakata.com/2019/03/tun-m-jamin-malaysia-akan-bantu-majukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 357 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong LGBT di Putrajaya ahli politik ...
Kenyataan Duta Filipina Tidak Berasas Sabah Sebahagian Daripada Malaysia Wisma Putra

Kenyataan Duta Filipina Tidak Berasas Sabah Sebahagian Daripada Malaysia Wisma Putra

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mengulangi bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu adalah tidak berasas Menurut Wisma Putra Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan komuniti an...
Malaysia Tidak Boleh Terima Perkahwinan Sejenis Lgbt Tun M

Malaysia Tidak Boleh Terima Perkahwinan Sejenis Lgbt Tun M

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 288 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia Malaysia bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat termasuk perkahwinan sejenis Loadin...
Tun M Mengalu Alukan Kunjungan Menteri Norway Ke Malaysia

Tun M Mengalu Alukan Kunjungan Menteri Norway Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu alukan kunjungan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway Thorbjorn Roe Isaksen ke Malaysia minggu depan untuk meninjau bidang kerjasama baharu dan mengukuhkan lagi kerjasama ...
Tun Mahathir Adakan Lawatan 3hari Ke Filipina

Tun Mahathir Adakan Lawatan 3hari Ke Filipina

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 313 hits
Foto oleh BernamaMANILA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Manila hari ini untuk lawatan tiga hari ke Filipina Beliau tiba di Pangkalan Udara Bulwagang Kalayaan Villamor pada pukul 7 50 ma...
Bina Lebuh Raya Perak Kedah Bantu Majukan Baling Sik Mukhriz

Bina Lebuh Raya Perak Kedah Bantu Majukan Baling Sik Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 328 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kedah mencadangkan pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri itu dan Perak tanpa melalui Pulau Pinang yang dijangka memberi impak besar terhadap sosio ekonomi penduduk di pedalaman terutama di Baling Menteri Besar Kedah ...
Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 587 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong golongan lesbian gay biseksual ...
Dear Tun I Wish To Return To Malaysia

Dear Tun I Wish To Return To Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 271 hits
So YAB Tun I wish to openly and formally request your permission to return to Malaysia to help the authorities investigate Guan Eng s corruption involving the Penang Undersea Tunnel since I have been challenged in Parliament to do that If h...
Amalina Tercatit Dalam Malaysia Book Of Records

Amalina Tercatit Dalam Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 376 hits
Penyanyi Santesh meluahkan rasa teruja apabila muzik video lagu nyanyiannya berjudul Amalina versi Tamil mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book Of Record Dia tidak menyangka lagu versi Tamil itu dinobatkan sebagai lagu Tami...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang