Jumpa Jodoh Di Kota Cinta Paris


Majlis pertunangan Nur Afariza bersama Killian dibuat secara dalam talian pada 8 Ogos tahun lalu berikutan penutupan sempadan. FOTO Ihsan Nur Afariza Hanim
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Jumpa cinta di Paris Kuala Lumpur: Kesungguhannya mendalami Islam tanpa paksaan sudah cukup meyakinkan Nur Afariza Hanim Abdul Halim, 25, untuk memilih jejaka Perancis, Killian Castillon du Perron, 23 sebagai suami.

Malah, suaminya yang dikenali sejak pertama kali pada 2016 ketika menuntut ijazah sarjana muda di Universiti Nice Sophia Antipolis, Nice, Perancis itu turut mencintai budaya melayu dan keunikan Malaysia.


Nur Afariza berkata, dia juga tidak menyangka bertemu jodoh di negara sinonim dengan jolokan kota cinta, Paris setelah lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

"Sebelum jumpa Killian, saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan orang luar. Tetapi perwatakannya yang sangat baik membuatkan saya jatuh hati.

"Dia juga suka budaya dan makanan negara kita dan tak kekok makan pakai tangan, makan durian atau nasi lemak.

"Bukan itu saja, dia usaha sendiri untuk belajar tentang Islam, beli buku dan jumpa ustaz sendiri tanpa disuruh," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Bercerita lanjut, Nur Afariza berkata, suaminya memeluk islam pada 2018 lalu sebaik saja selepas pertemuan pertama bersama keluarganya di Pulau Pinang.

"Dua bulan Killian tinggal di rumah keluarga saya di Pulau Pinang dan saya bawa dia jalan-jalan mengunjungi lokasi tumpuan seperti Bukit Bendera dan Persiaran Gurney, Georgetown, Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Melaka.

"Di Melaka, kami sempat melawat Masjid Selat Melaka dan waktu itulah Killian ambil masa melihat sendiri seni bina Islam dan budayanya," katanya.

Majlis perkahiwnan Nur Afariza bersama Killian dilangsungkan pada 21 September lalu di di Masjid As-Salam di Toulouse, Perancis.
Kongsinya, majlis pertunangan pada 8 Ogos 2020 dan perkahwinannya pada 21 September lalu terpaksa dibuat secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

"Sepatutnya Killian datang ke Malaysia Ogos tahun lalu tetapi disebabkan pandamik Covid-19 penerbangan dibatalkan dan Malaysia tutup sempadan untuk warga asing.


"Perkahwinan juga patutnya di Malaysia Disember ini namun melihat kepada situasi semasa tiada kelonggaran kemasukan warga asing, jadi kami teruskan melangsungkan perkahwinan di Perancis tanpa kehadiran keluarga saya," katanya.

Menurutnya, hanya lapan orang rakan senegaranya yang hadir menggantikan pihak keluarga di hari perkahwinannya di Masjid As-Salam di Toulouse, Perancis.

"Ibu, Hafisha Majid, 50 dan adik-beradik saya di Malaysia hanya dapat melihat menerusi panggilan video.

"Prosedur perkahwinan di sini amat berbeza kerana tiada akad nikah dibuat, cukup persetujuan kedua-dua pengantin.

"Sedih juga ayah, Abdul Halim Abdullah yang pergi empat hari selepas hari pertunangan saya tidak dapat melihat kami disatukan namun Alhamdulillah, Killian sempat meminta restu melalui abang saya," katanya.

Berkongsi mengenai pertemuannya bersama Tony Fernandes, Nur Afariza berkata, ia secara kebetulan ketika proses kahwin sivil di pejabat agama daerah Toulouse, Perancis.


"Kami terserempak dengan beliau pada 17 September lalu dan sempat mengambil gambar bersama.

"Beliau turut menyatakan keterujaannya dapat melihat sendiri pasangan Melayu-Perancis disatukan di sini," katanya.

Nur Afariza berkata, dia dan suaminya baru saja tamat pengajian peringkat Sarjana dalam bidang kejuruteraan dan merancang untuk tinggal di Perancis.

Momen indah Nur Afariza dan Killian di Perancis.
"Untuk perancangan selepas ini, kami akan pindah ke Nice, Perancis untuk Killian sambung pengajian dalam Doktor Falsafah selama tiga tahun. "Saya pula akan cari kerja disini dahulu. Lepas Killian habis belajar, mungkin kami akan cari peluang baru," katanya.


Sementara itu, Killian ketika ditanya mengenai pilihan hatinya itu berkata, perwatakan Nur Afariza yang membuatkannya jatuh hati. "Dia baik, bijak, cantik, penyayang dan banyak momen indah bersamanya. "Menjadi seorang muslim juga menjadikan saya lebih disiplin kerana waktu solat yang teratur," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hdmalaysia.blogspot.com/2021/10/jumpa-jodoh-di-kota-cinta-paris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Cinta Pertama Hayla Aeril Zafrel Kongsi Detik Bahagia Dengan Anak Perempuan Kesayangan

Video Cinta Pertama Hayla Aeril Zafrel Kongsi Detik Bahagia Dengan Anak Perempuan Kesayangan

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 434 hits
Benarlah yang dikatakan oleh orang anak perempuan sebenarnya lebih rapat dengan si ayah Lihat saja Awal ashaari dan anaknya Lara Alana Tidak ketinggalan juga Aeril Zafrel dan anaknya Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau lebih mesra dengan pangg...
Lelaki Ini Pilih Kubvrkan Isteri Di Halaman Rumah Sebagai Tanda Cinta Sejati

Lelaki Ini Pilih Kubvrkan Isteri Di Halaman Rumah Sebagai Tanda Cinta Sejati

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 360 hits
Apabila berlakunya kem4tian yang melibatkan orang Islam kebiasaannya jen4zah akan dikebvmikan di kawasan tanah perkvburan yang berdekatan dengan kawasan rumah keluarga jen4zah Namun lain pula kisahnya buat seorang lelaki di Indonesia yang m...
Lirik Cinta Telah Berakhir Jhonedy Bs

Lirik Cinta Telah Berakhir Jhonedy Bs

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 383 hits
memanglah sudah kehendak takdirputuslah sudah cinta kitahubungan kita telah berakhirpupuslah semua impian cintamenanti kepastianmuuntuk ku yang menunggukini baru ku menyadarinyabetapa pedih dikhianatirupanya kau telah berpura puramencintai ...
Lirik Cinta Tak Sehaluan Yollanda

Lirik Cinta Tak Sehaluan Yollanda

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 352 hits
kucoba melupakan kenangan dirimunamun bayanganmu menghantuikudalam ingatan selalu menjelmasungguh ku tak dapat biarkan semua berlalusunyinya malam tiada menemanikutanpa hadirmu yang dulu disisikumengapa sayang aku kau tinggalkancinta tulus ...
Jika Cinta Adalah Sebuah Senyuman Maka Aku Ingin Melihatmu Selalu Tersenyum

Jika Cinta Adalah Sebuah Senyuman Maka Aku Ingin Melihatmu Selalu Tersenyum

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 487 hits
Lama tak jengah blog ini Rupanya masih ada lagi kawan kawan blog lama Teringat semasa sembang dengan salah seorang sahabat baru baru ini Katanya Mengapa berhenti menulis kat blog Suka baca Teruskanlah Kalau ada mesej yang baik apa yang kita...
Hiburan Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka

Hiburan Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 252 hits
Penyanyi terkenal Datin Alyah tampil menjelaskan kekeliruan apabila ada segelintir pihak mendakwa dia sudah tidak mahu menyanyikan lagu berunsurkan percintaan sesama kekasih ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAlyah atau nama sebenarnya Noor Has...
Hiburan Masih Tak Move On Cinta Lama Meerqeen Niat Berkasih Untuk Ke Jinjang Pelamin

Hiburan Masih Tak Move On Cinta Lama Meerqeen Niat Berkasih Untuk Ke Jinjang Pelamin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 390 hits
Pelakon yang kini bergelar penyanyi Meerqeen mendedahkan bahawa dia kini lebih berhati hati dalam mencari teman hidup ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam 20 dia merupakan seorang lelaki yan...
Lirik Lagu Cinta The Legacies

Lirik Lagu Cinta The Legacies

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 557 hits
cintahadirmu disisikumelengkapi hidupkuwarnai cintaku cintajangan pernah lepaskangenggaman tangan inihingga ke hujung nyawaku kau ku cintadalam tawa dan gelisah kau selalu ada cinta
Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 340 hits
Bagaimana cara makan begitulah cintanya Ish Pelahapnya dia makan Cancel nak buat pak we Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya Eiii teruknya Perhatikan gaya teman kamu makan Masing masing ada gaya yang tersendiri Ada yang makan pe...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah