Hiburan Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka
Penyanyi terkenal, Datin Alyah tampil menjelaskan kekeliruan apabila ada segelintir pihak mendakwa dia sudah tidak mahu menyanyikan lagu berunsurkan percintaan sesama kekasih.
ARTIKEL BERKAITAN Berderau Darah Jumpa Lelaki Mirip Arwah Abang, Datin Alyah Luah Rasa RinduAdvertisementAlyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan,40, berkata bahawa apa yang dimaksudkan adalah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu yang dinyanyikan mestilah positif dan sesuai didengar oleh semua peringkat umur.
View this post on Instagram
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)
Jelasnya lagi, dia masih menyanyikan lagu bertema cinta namun mahu menerapkan elemen kebaikan dalam setiap bait lagu.
AdvertisementMaksudnya, bait lirik itu cenderung kepada mesej yang baik tak terlalu lara atau meratap cinta pada pasangan. Apapun, saya hormati setiap karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing.
Tambah isteri kepada maestro muzik terkenal Datuk Rami MS itu lagi, dia kini hanya percaya pada konsep rezeki dan mula memasang niat dengan betul.
View this post on Instagram
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)
Bukan nak kata lagu cinta saya sebelumnya tak ‘jalan’, tapi penerimaan baik terhadap lagu percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ini, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan.
Perkembangan terbaru, Alyah khabarnya turut akan melancarkan jenama pakaian ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah dan single baharu pada awal tahun hadapan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta, Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-nafi-dah-enggan-nyanyi-lagu.html