Dewan Rakyat Kecoh Jeffrey Kitingan Tidak Kuarantin 14 Hari Tapi Hadir Sidang Parlimen


 




Ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan didakwa hadir ke sidang Dewan Rakyat hari ini tanpa melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari selepas tiba dari Sabah.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil selepas pejabat kesihatan daerah Lembah Pantai membenarkan Jeffrey menghadiri sidang Parlimen.
"Saya difahamkan ada di kalangan kita baru balik dari Sabah tapi tak pasti adakah Ahli Parlimen Keningau sepatutnya dalam kuarantin atau tidak, mohon petua dari speaker berkenaan perkara ini," katanya di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman juga mempersoalkan mengapa Jeffrey boleh dibenarkan menghadiri sidang Parlimen.
"Kami ahli parlimen dari Sabah sentiasa akur kepada setiap perintah yang diarahkan oleh speaker berkenaan dengan peraturan mesyuarat, apabila kita tiba di Semenanjung, kita kuarantin 14 hari.
"Saya sudah ada di KL dua bulan, tak jumpa anak dan bini sebab kita tak balik, kita tak mahu nanti balik kena kuarantin lagi 14 hari.
"Tetapi YB keningau menghadiri sidang DUN Sabah pada hari Khamis 12 Nov, bermakna kalau dikira ikut hari, dia tidak sepatutnya berada di dewan ini agar ahli parlimen lain tidak terjangkiti Covid-19, sebab Covid-19 tidak memilih jawatan atau surat arahan pengecualian, jadi mohon arahan dari speaker," katanya.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pula meminta speaker supaya Jeffrey keluar dewan terlebih dahulu demi keselamatan ahli parlimen dari dijangkiti Covid-19.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching turut meminta Jeffrey berdiri dan menjelaskan sama ada beliau telah melalui 14 hari kuarantin.
Timbalan speaker, Azalina Othman Said bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana mahu mendapatkan kepastian dari Setiausaha Dewan Rakyat.
Beliau kemudian mengesahkan bahawa Jeffrey dibenarkan hadir ke Parlimen atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"YB Keningau telah dibenarkan hadir oleh doktor klinik parlimen beliau telah mendapatkan 'release order' selepas tamat kuarantin daripada KKM," kata Azalina.
Azis bagaimanapun mempersoalkan mengapa Jeffrey boleh dibenarkan pulang ke Sabah dan kembali ke Kuala Lumpur.
"Saya dari Sabah yang telah melalui proses 14 hari kuarantin, makcik saya meninggal di Semporna tapi saya tak dibenarkan balik, saya telah melalui semua ujian dan disahkan klinik bahawa saya bebas dari Covid-19 tapi itu juga bukan alasan untuk dibenarkan pulang.
"Speaker juga ada menyatakan ahli parlimen Sabah tidak dibenarkan pulang dan diminta untuk berkorban, kami telah berkorban, kalau begitu, lebih baik kami balik minggu lepas lawat makcik saya yang meninggal.
"Tapi disebabkan kita akur kepada peraturan parlimen, kita sanggup berkorban, tapi apa yang kita lihat YB Keningau dibenarkan masuk ke dewan, ini soal keselamatan selaku ahli-ahli parlimen," katanya.
Azis juga mendakwa Jeffrey gagal melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari.
"YB Keningau hadiri sidang DUN Sabah pada Khamis 12 Nov, bermakna dia ada di KL kurang 14 hari, speaker meminta ahli parlimen sabah berkorban, agar berkorban tak balik kawasan masing-masing kerana ada sidang Parlimen.
"Tapi YB Keningau tanpa melalui proses kuarantin dan dapat persetujuan dari klinik, mana mungkin klinik boleh 'overruled' kuasa arahan speaker sendiri, arahan dari kerajaan.
"Ahli keluarga saya meninggal minggu lepas, kami tidak pulang kerana patuh arahan speaker," katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun tampil menjelaskan bahawa Jeffrey mendapat 'release order' pada 23 Nov selepas menjalani kuarantin dan didapati negatif.
"Tempoh kuarantin adalah dari 12 Nov sehingga 23 Nov," katanya.
Bagaimanapun, Azis berkata Jeffrey sebenarnya masih berada di Kota Kinabalu sehingga 13 Nov.
"Kita dapat maklumat beliau masih ada di Kota Kinabalu, kalaupun 12 Nov itu baru 12 hari.
"Saya buat ujian klinik kerajaan dan swasta, disahkan negatif tetapi apabila sampai di KLIA, kita dimaklumkan oleh pekerja tidak ada pengecualian, jadi kenapa double standard.
"Kita memakai kad sebab speaker mengehadkan 80 orang, sebab meminimakan tetapi YB Keningau datang dari Sabah kurang 14 hari, itu lagi risiko kepada kita," katanya.
Speaker akhirnya membuat keputusan untuk menyiasat lebih lanjut dan meminta Jeffrey untuk tidak menghadiri sidang Parlimen.
"Saya akan hubungi pihak pejabat kesihatan daerah Lembah Pantai untuk mendapat maklumat lebih lanjut bagaimana perkara ini boleh terjadi.
"Jadi bagi saya sedikit masa untuk hubungi mereka untuk dapat maklumat lebih lanjut dan saya telah meminta YB Keningau untuk tidak menghadiri sidang," katanya.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga meminta speaker supaya mendapatkan sebab-sebab dari KKM dan pusat kesihatan membenarkan Jeffrey hadir sidang Parlimen walaupun tempoh kuarantin tidak sampai 14 hari.
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/dewan-rakyat-kecoh-jeffrey-kitingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hanya Pandai Politiking Tapi Tak Hadir Sidang Dewan

Jangan Hanya Pandai Politiking Tapi Tak Hadir Sidang Dewan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 210 hits
Oleh Antara reaksi Ahli Ahli Parlimen ketika undian belah bahagian rang undang undang perbekalan peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri Dewan Rakyat hari ini KUALA LUMPUR Kegagalan Ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Rak...
Kerana Covid 19 Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan

Kerana Covid 19 Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 183 hits
KERANA COVID 19 SIDANG DEWAN RAKYAT DIPENDEKKAN Kuala Lumpur 021120 SIDANG Dewan Rakyat hari ini dipendekkan dan ditamatkan pada pukul 1 tengah hari selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif COVID 19 Usul meminta sidang Dewan Rakyat ...
Nasib Penoreh Getah Dibincangkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

Nasib Penoreh Getah Dibincangkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 263 hits
BH ONLINE Nasib penoreh getah dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini Ia sebahagian soalan yang akan ditanyakan hari ini selain mengenai tapak pembinaan yang akur dan ingkar SOP FOTO ARKIB NSTP KUALA LUMPUR Langkah kerajaan bagi membantu meny...
Ku Li Umum Tidak Hadir Dewan Rakyat

Ku Li Umum Tidak Hadir Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 370 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 November ini Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan demikian dalam satu kenyataan berbahasa Inggeri...
Dewan Rakyat Maklumkan Kekosongan Kerusi Parlimen Gerik

Dewan Rakyat Maklumkan Kekosongan Kerusi Parlimen Gerik

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 295 hits
PETALING JAYA Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik Perak susulan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada Isnin...
Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 294 hits
Ketika Perbahasan Penggulungan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengikut prosedur apabila bertanya samada ianya dipersetujui oleh Ahli ahli Dewan Rakyat Jelas lebih suar...
Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 265 hits
November 26 2020 8 08 AMDewan Rakyat hari ini dijadual membuat undian Belanjawan 2021 selepas baki 9 menteri selesai membuat penggulungan KUALA LUMPUR Pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar yang dijadual selepas pe...
Sidang Dewan Rakyat Terjejas Akibat Amaran Kebakaran

Sidang Dewan Rakyat Terjejas Akibat Amaran Kebakaran

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 233 hits
Sidang Dewan Rakyat terjejas seketika hari ini akibat amaran kebakaran Amaran kebakaran itu berbunyi selepas 10 minit sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi tadi ketika waktu pertanyaan menteri berlangsung Susulan itu Speaker Dewan Rakyat Azha...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik