Jumlah Kes Wabak Polio Meningkat Di Sabah Kkm Saran Beberapa Langkah Berjaga Jaga


Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan rasminya mengumumkan dua lagi kes polio yang dilaporkan di Sabah yang melibatkan dua kanak-kanak yang tidak di vaksin menjadikan keseluruhan 3 kes dan kesemuanya masih dirawat di hospital.
Ikuti kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini;
Gambar Hiasan, Sumber: CIDRAP KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESHITAN MALAYSIA TENTANG POLIO
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 8 Disember 2019 yang telah memaklumkan kejadian satu kes disahkan dijangkiti virus polio di Sabah yang melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga (3) bulan dari Tuaran, Sabah. Pesakit masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dengan bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan stabil. Berikutan daripada itu, KKM telah meningkatkan liputan imunisasi kepada kanak-kanak, memperkukuhkan survelan acute flaccid paralysis (AFP) dan survelan virus polio dalam persekitaran khususnya air kumbahan serta pendidikan kesihatan bagi mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit polio, kepentingan imunisasi dan kebersihan diri serta persekitaran.
Hasil daripada tindakan KKM mempergiatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, terdapat dua kes AFP baharu yang disyaki polio telah dikesan. Sampel najis bagi kedua-dua pesakit ini selanjutnya telah dihantar ke World Health Organization Polio Regional Reference Laboratory (WHO Polio RRL) di Melbourne, Australia untuk ujian pengesahan dan genetic sequencing. Pada 9 Januari 2020, isolat virus bagi kedua-dua kes ini telah disahkan positif virus polio oleh WHO Polio RRL. Kedua-dua pesakit polio ini adalah seperti berikut:
i. Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 11 tahun yang menetap di Kinabatangan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah mendapat sebarang imunisasi. Beliau telah mengalami demam pada 17 November 2019 dan telah mendapatkan rawatan di klinik. Pada 1
Disember 2019, beliau dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat. ii. Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 8 tahun yang menetap di Sandakan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah menerima sebarang imunisasi. Pada 9 Disember 2019, beliau telah mengalami demam dan tiga (3) hari kemudian tidak boleh berjalan. Beliau masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital.
Dengan pengesahan dua kes polio baharu ini, jumlah kes polio yang disahkan adalah sebanyak tiga (3) kes. Kesemua pesakit masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Ujian makmal WHO Polio RRL di Australia juga mendapati bahawa virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga kes ini mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina.
Siasatan rapi telah dijalankan bagi mengenalpasti punca jangkitan kedua-dua kes baharu ini sebaik sahaja dikenalpasti sebagai AFP. Sehingga kini, seramai 705 orang penduduk di kawasan tempat tinggal kedua-dua kanak-kanak tersebut telah diperiksa dan tiada kes AFP lain yang dikesan. Seramai 65 orang kanak-kanak didapati cicir imunisasi polio dalam kawasan tempat tinggal kes-kes terbabit dan telah diberi suntikan vaksin polio menggunakan vaksin kombinasi lima serangkai (DTaP-IPV//HiB).
Aktiviti kawalan wabak polio di seluruh negeri Sabah juga sedang giat dilaksanakan. Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang menyasarkan semua kanak-kanak berumur bawah lima (5) tahun di seluruh Sabah telah dimulakan pada 27 Disember 2019. Mereka diberikan dua (2) dos vaksin polio secara titis (oral polio vaccine – OPV). Vaksin ini akan membina imuniti dalam usus untuk membunuh virus polio sekiranya kanak-kanak tersebut dijangkiti, sekaligus memastikan virus ini tidak terus menular dalam komuniti.
Hasil Mesyuarat Penyelarasan Wabak Polio di Sabah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat pada 31 Disember 2019, adalah diputuskan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM membentuk sebuah Jawatankuasa Kerja Peringkat Pusat dan Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri bagi menangani wabak polio ini. Mesyuarat juga bersetuju agar kerjasama rentas sempadan seperti dengan Kementerian Kesihatan negara
Filipina dan kolaborasi dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund, UNICEF) terus diperkukuhkan bagi memastikan liputan imunisasi kepada kanak-kanak Filipina yang berada di Sabah dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, advokasi kepada masyarakat termasuk kepada ibu bapa, perlu dipertingkatkan agar lebih peka terhadap kepentingan imunisasi. Mesyuarat juga bersetuju agar pemantauan pengambilan imunisasi seawal di peringkat taska lagi perlu dijalankan bagi memastikan kanak-kanak dilindungi dengan pengambilan vaksin yang lengkap seperti yang disarankan oleh KKM.
KKM ingin menyeru kepada semua masyarakat di Sabah terutama ibu bapa agar memastikan seperti berikut:
i. Anak-anak berumur bawah lima (5) tahun menerima dua dos vaksin OPV semasa kempen ini dijalankan di daerah masing-masing;
ii. Imunisasi rutin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan perlu diteruskan dan diambil mengikut jadual yang ditetapkan;
iii. Menjaga kebersihan diri termasuk mandi menggunakan air terawat, cuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan serta sebelum menyediakan makanan untuk kanak-kanak;
iv. Menggunakan tandas yang bersih dan sempurna dengan tidak membuang air besar terus ke dalam air/sungai/laut. Lampin pakai buang perlu dibuang di tempat yang sanitari;
v. Jangan mandi dalam sungai atau air yang disyaki terdapat najis manusia di dalamnya dan tidak menggunakan airnya untuk membersihkan peralatan memasak;
vi. Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran agar makanan dan minuman tidak tercemar dengan najis. Masak makanan dan air ke tahap suhu yang selamat sebelum dimakan. Peralatan makanan dan minuman bayi perlu sentiasa bersih dan dinyahkuman sebelum digunakan;
vii. Menggalakkan semua kanak-kanak berumur
6 bulan ke bawah diberi susu badan sepenuhnya bagi mengurangkan kemungkinan pencemaran silang ketika penyediaan botol susu; dan viii. Segera dapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit polio.
Orang ramai adalah diminta agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM dan hendaklah sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan semua Kementerian dan Agensi yang terlibat akan terus meningkatkan kerjasama dalam membendung wabak polio ini daripada terus menular.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 10 JANUARI 2020
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
The post Jumlah Kes Wabak Polio Meningkat Di Sabah, KKM Saran Beberapa Langkah Berjaga-Jaga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jumlah-kes-wabak-polio-meningkat-di-sabah-kkm-saran-beberapa-langkah-berjaga-jaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lagi Kes Polio Dikesan Di Sabah Puncanya Kanak Kanak Ini Tidak Divaksin

Dua Lagi Kes Polio Dikesan Di Sabah Puncanya Kanak Kanak Ini Tidak Divaksin

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 297 hits
Tolonglah vaksin anak anak anda Cover image via google kementeriankesihatan Pada 8 Disember lalu Malaysia digemparkan dengan berita kembalinya penyakit polio setelah 19 tahun bebas daripadanya Penyakit berbahaya itu dikesan di Tuaran Sabah ...
Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema Kes Influenza Meningkat Bekalan Ubat Bekurang

Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema Kes Influenza Meningkat Bekalan Ubat Bekurang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 357 hits
Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia Kes Meningkat 2 Kali Ganda Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata kes penyakit Influenza sehingga...
Pemberian Imunisasi Polio Diagihkan Di Seluruh Sabah Mulai 27 Disember

Pemberian Imunisasi Polio Diagihkan Di Seluruh Sabah Mulai 27 Disember

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 164 hits
TUARAN Semua kanak kanak di bawah umur lima tahun di negeri akan diberikan imunisasi polio secara oral dalam usaha mencegah penularan virus tersebut yang di kesan di sini baru baru ini Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk ...
Two More Children Infected With Polio In Sabah Health Ministry

Two More Children Infected With Polio In Sabah Health Ministry

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 240 hits
Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the two boys aged eight and 11 were foreigners KUALA LUMPUR Two more children have been confirmed infected with polio virus in Sabah after a three month baby boy was recorded having...
Ustaz Saran Baca Hafaz Doa Hindari Bencana Wabak Influenza

Ustaz Saran Baca Hafaz Doa Hindari Bencana Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 692 hits
Musim penyakit Inluenza ini sedikit membimbangkan mak ayah terutama yang ada anak kecil yang sakit daya tahan penyakit lemah orang tua malah ibu yang mengandung sekalipun Sehingga hari ini saja beberapa anak kecil sudah dijemput Ilahi selep...
8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 347 hits
KOTA KINABALU 2 Jamadilawal 1441H Ahad Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesahkan sebanyak lapan Influenza A H1N1 dikesan dalam kalangan kanak kanak yang dilaporkan sejak 15 Disember hingga semalam kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan R...
Virus Misteri Menyerang Wilayah Di China Pelancong Diminta Berjaga Jaga

Virus Misteri Menyerang Wilayah Di China Pelancong Diminta Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 329 hits
Kerajaan di negara negara Asia kini sedang menjalankan pemantauan yang lebih kepada pelancong yang keluar dan masuk dari China selepas pihak kerajaan China merekodkan 44 kes penyakit misteri Virus ini menimbulkan kerisauan kerana ia menging...
Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 243 hits
Baru baru ini terdapat laporan mengenai wabak influenza yang melanda bandar Wuhan Wilayah Hubei China yang telah menyebabkan 44 kes influenza dengan 11 orang pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal Hati hati Kes influenza sedang m...
Jawatan Kosong Kkm 1695 Kekosongan Minima Spm

Jawatan Kosong Kkm 1695 Kekosongan Minima Spm

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 482 hits
Jawatan Kosong KKM 2020 Jawatan Kosong 2020 Kementerian Kesihatan Malaysia kini dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakkan khususnya yang kepada mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan Kerjaya ini dikateg...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds