Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema Kes Influenza Meningkat Bekalan Ubat Bekurang


Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia.

Kes Meningkat 2 Kali Ganda
Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata, kes penyakit Influenza sehingga kini merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.
Terdapat sejumlah 2076 kes direkodkan pada 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes, kata Dr Musa yang mengetuai unit kawalan penyakit berjangkit di hospital itu.
Katil Dipenuhi Pesakit Selesema
Dr Musa berkata hospital swasta lain turut merekodkan peningkatan sama influenza.
“Katil kami dipenuhi oleh pesakit yang mengalami selesema yang perlu diasingkan bagi mengelakkan jangkitan.
“Saya mempunyai empat orang dari satu keluarga (semua positif selesema) yang telah mendaftar keluar dari empat hospital sebelum diperiksa oleh saya – saya akhirnya perlu siapkan empat bilik untuk merawat seluruh keluarga ini.
Kes Meningkat, Bekalan Ubat Berkurang
“Jadi ada kenaikan kadar selsema di negara ini,”
Peningkatan kes influenza menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.
Ubat tersebut – yang lebih dikenali sebagai Tamiflu – digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.
“Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari,” katanya.
Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untuk menggalakkan vaksinasi influenza.
Terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau warga emas berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kakitangan penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma dan diabetes serta pelancong.
Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun.
Influenza boleh sebabkan kematian
Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.
Virus berkenaan akan memberi kesan kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian, terutama di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) yang belum matang.

Bayi berumur di bawah enam bulan pula terlalu muda untuk vaksin influenza.
Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.
Antara gejalanya adalah demam mencecah suhu 38 darjah Celcius, kesukaran bernafas, batuk kering, hidung tersumbat, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, sakit kepala, cirit-birit, konjunktivitis, muntah-muntah dan sawan (di kalangan bayi).
Sumber: Malaysia Kini, Gempak
The post “Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema” Kes Influenza Meningkat, Bekalan Ubat Bekurang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/katil-kami-penuh-dengan-pesakit-selesema-kes-influenza-meningkat-tapi-bekalan-ubat-bekurang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekalan Tambahan Vaksin Influenza Di Bawa Masuk Bulan Ini Meningkat 4 Kali Ganda

Bekalan Tambahan Vaksin Influenza Di Bawa Masuk Bulan Ini Meningkat 4 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 410 hits
Bekalan tambahan vaksin influenza sebanyak 99 470 dos akan dibawa masuk bulan ini untuk memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak sejak akhir tahun lalu Kementerian Kesihatan memaklumkan 40 000 dos vaksin influenza terdahulu sudah diagi...
Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 456 hits
Beberapa hari lalu pakar perunding di hospital KPJ Damansara Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes penyakit influenza di negara ini Mana tidaknya kes tersebut telah merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tah...
Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 309 hits
Baru baru ini terdapat laporan mengenai wabak influenza yang melanda bandar Wuhan Wilayah Hubei China yang telah menyebabkan 44 kes influenza dengan 11 orang pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal Hati hati Kes influenza sedang m...
8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 384 hits
KOTA KINABALU 2 Jamadilawal 1441H Ahad Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesahkan sebanyak lapan Influenza A H1N1 dikesan dalam kalangan kanak kanak yang dilaporkan sejak 15 Disember hingga semalam kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan R...
Beza Influenza Dengan Demam Selesema Yang Wajib Kita Tahu

Beza Influenza Dengan Demam Selesema Yang Wajib Kita Tahu

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 2900 hits
Beza Influenza dengan Demam Selesema yang wajib kita tahu Virus ni mencetuskan panic attacks dalam kalangan kita Yang jadikan ianya panik dari kalangan kita juga dan juga doktor yang berbeza Orang ni bawa anak demam Pastu pergi jumpa doktor...
Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1302 hits
Sumber gambar dari GoogleSeperti mana kita tahu sekarang wabak Influenza sedang melanda negara kita sekarang sehingga mampu membawa maut Tapi korang tahu ke Influenza itu apa Menurut portal rasmi ia adalah jangkitan virus yang kerap menyeba...
Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1218 hits
Sehingga hari ini wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat Ketika aku warded di hospital tempoh hari kedengaran seperti ramai kanak kanak dimasukkan ke hospital Walau nampak seperti demam biasa Influenza A boleh membawa maut Wabak y...
Kes Pelajar Dijangkiti Influenza Di 3 Negeri Naik

Kes Pelajar Dijangkiti Influenza Di 3 Negeri Naik

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 422 hits
Kes wabak influenza melibatkan pelajar sekolah mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang Perak dan Negeri Sembilan Di Pulau Pinang Pengarah Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad berkata 161 pelajar dari 77 sekolah rendah dan menengah dij...
Sangat Menakutkan Tengok Ramai Tunggu Masuk Wad Wad Kanak Kanak Di Penuhi Pesakit Influenza

Sangat Menakutkan Tengok Ramai Tunggu Masuk Wad Wad Kanak Kanak Di Penuhi Pesakit Influenza

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 632 hits
Semalam Pa Ma telah menyiarkan tentang Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untuk menggalakkan vaksinasi influenza Terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak kanak berumur bawah lima tahun a...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik