Jumlah Kanak Kanak Positif Covid 19 Semakin Meningkat Terutamanya Kategori 2 Dan 5 Kkm


Jumlah kanak-kanak positif Covid-19 semakin meningkat terutamanya kategori 2 dan 5 - KKM



Sejak Januari hingga pertengahan Februari 2022, seramai 50,826 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun disahkan positif Covid-19. Seramai 15,817 kes (31.12 peratus) kanak-kanak dijangkiti kategori satu, 34,857 kes bagi kategori dua, 120 kes bagi kategori tiga, 28 kes bagi kategori empat dan empat kes bagi kategori lima. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pola penggunaan katil harian pesakit Covid-19 dalam kanak-kanak bawah 12 tahun juga semakin meningkat. Peningkatan dilihat paling ketara pada Februari terutama bagi kategori dua dan kategori lima. 


Noor Hisham tidak menolak peningkatan itu berkemungkinan disebabkan penularan varian Omicron dan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan kerajaan membenarkan sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi dibuka semula, lalu menyebabkan risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19. 


"Meskipun gejala jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya. 


Antara gejala yang selalu dialami oleh kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19 adalah seperti batuk, selesema berterusan lebih dari 7 hari, bernafas laju, kurang aktif, kurang makan, demam berterusan dan muntah atau cirit birit. Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran dan juga sawan. 


"Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan Covid-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.


"Sehingga kini, tujuh kematian kanak-kanak disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan Covid-19 dilaporkan. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-Covid iaitu sindrom Covid-19 selepas fasa akut jangkitan. 


"Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan Covid-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti," katanya.


Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/02/jumlah-kanak-kanak-positif-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uncle Kentang Positif Covid 19 Kategori Empat

Uncle Kentang Positif Covid 19 Kategori Empat

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 338 hits
Uncle Kentang positif Covid 19 kategori empat Aktivis terkenal Kuan Chee Heng 57 atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memaklumkan dirinya positif Covid 19 Berita tersebut dikongsi sendiri olehnya di laman Facebook tadi bagaimanapun bel...
Rentasan 1074 Gempar Covid 19 Semakin Mengganas Kini Kkm Cuba Sembu

Rentasan 1074 Gempar Covid 19 Semakin Mengganas Kini Kkm Cuba Sembu

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 158 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1074 1 BILA GHANIMAH MENJADI CAGARAN 2 ELAK FEAR FACTOR ATAU SEMBUNYI KEGAGALAN 3 PN NAIK KERANA SOKONGAN KLUSTER MAHKAMAH 4 BERAPA LAMA NAK SIASAT KES LCS
Jessica Iskandar Dan El Barack Positif Covid 19 Dilarikan Ke Rumah Sakit

Jessica Iskandar Dan El Barack Positif Covid 19 Dilarikan Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 185 hits
Sang suami Vincent Verhaag yakin Jessica El dan bayi yang sedang dalam kandungan kuat menghadapi cobaan ini
Ketuk Pintu Lepas Tu Lari Fizz Fairuz Positif Covid 19 Geli Hati Tengok Gelagat Anak Anak

Ketuk Pintu Lepas Tu Lari Fizz Fairuz Positif Covid 19 Geli Hati Tengok Gelagat Anak Anak

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 245 hits
Bila disahkan positif Covid 19 anak anaklah yang paling kita takutnya Bimbang anak turut sama positif Bagi Datuk Fizz Fairuz yang disahkan positif Covid 19 semalam dia reda walaupun dua tahun bertahan bagi mengelakkan jangkitan virus itu Me...
V Bts Positif Covid 19 Getwellsoonkimtaehyung Trending Twitter

V Bts Positif Covid 19 Getwellsoonkimtaehyung Trending Twitter

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 189 hits
BIGHIT Music mengumumkan V BTS positif Covid 19 dengan gejala demam dan sakit tenggorokan
Berhari Hari Tak Cium Mateen Langsung Tasha Manshahar Anak 3 Bulan Positif Covid 19

Berhari Hari Tak Cium Mateen Langsung Tasha Manshahar Anak 3 Bulan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 193 hits
Reda dengan ujian penyanyi Tasha Manshahar dan anak keduanya Mateen Rizqi yang kini berusia tiga bulan disahkan positif Covid 19 Menerusi beberapa perkongsian di Insta Storynya Tasha berkongsi cerita mengenai perjalanan kuarantin kendirinya...
78 Pegawai Kejaksaan Se Dki Positif Covid 19 Pelayanan Masyarakat Disetop Sementara

78 Pegawai Kejaksaan Se Dki Positif Covid 19 Pelayanan Masyarakat Disetop Sementara

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 166 hits
Kejati DKI Jakarta memutuskan menghentikan semua kegiatan dan pelayanan publik setelah banyak pegawai terpapar Covid 19 mulai Jumat
Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 181 hits
Rasa semua mengetahui bahawa beberapa ahli Running Man disahkan positif COVID 19 baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Salah seorang daripadanya ialah Kim Jong kook di mana dia menjalani ujian PCR dek mengalami simptom ringan dan menerima keputus...
Selepas Dua Tahun Bertahan Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid 19

Selepas Dua Tahun Bertahan Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 197 hits
Selepas Dua Tahun Bertahan Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid 19 Selepas dua tahun bertahan dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid 19 pelakon dan penerbit terkenal Datuk Afdlin Shauki terpaksa akur selepas disahkan positif vir...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord