Berhari Hari Tak Cium Mateen Langsung Tasha Manshahar Anak 3 Bulan Positif Covid 19
Reda dengan ujian, penyanyi Tasha Manshahar dan anak keduanya, Mateen Rizqi yang kini berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19.
Menerusi beberapa perkongsian di Insta Storynya, Tasha berkongsi cerita mengenai perjalanan kuarantin kendirinya bersama bayinya yang baru sahaja disahkan positif semalam.
Menurut kata Tasha, pada awalnya dia mula mengalami sakit tekak pada Ahad lalu dan mengalami gejala berterusan seperti pening kepala, sakit sendi, hidung tersumbat dan batuk.
Simptom saya bermula Ahad lalu. Lepas itu dia macam berperingkat. Ahad sakit tekak bawa ke Isnin. Selasa tekak bertambah sakit, sampai ke telinga.
” Petang kurang tapi datang pening kepala. Nak dekat Maghrib datang sakit sendi. Seram sejuk rasa. Telan panadol, selesai.
“Rabu simptom yang semalam semua dah tak ada, hidung tersumbat pula. Khamis Jumaat batuk dengan hidung tersumbat tapi dah kurang. Sekali sekala datang kepada rasa berat,” kongsinya lagi.
Mateen turut positif
Tasha yang menjalani kuarantin kendiri bersama anaknya pada mulanya hanya positif seorang diri namun semalam selepas melakukan ujian calitan, Mateen, turut sama disahkan positif Covid-19.
“Tak nangis pun swab pagi tadi. Alhamdulillah. Strongkan dia masyallah. Tapi sadly result swab Mateen keluar positif.
“Walaupun result Mateen positif tadi, I syukur dia dalam keadaan yang sihat, takde simptom teruk. Tapi paling best sebab I tak payah pakai mask lagi dalam bilik.
“Banyak tau effort mommy nak jaga Mateen supaya tak kena covid, SOP paling ketat sekali sampai tidur pun mommy pakai mask tapi takpelah. Pengalaman tu berharga. Allah nak hapus dosa-dosa mommy, naikkan darjat mommy.
“Berhari-hari tak cium Mateen langsung, tadi dapat je result I terus peluk cium Mateen. Dah alang-alang sama-sama positive kan. Keluar jugalah airmata mommy.
“Kita sebenarnya kena belajar hidup dengan Covid ni. Lama lagi ni kita nak hadap dia. Yang penting kita tahu jaga diri kita supaya tak dijangkiti. Dan sekiranya dijangkiti kita tahu apa nak buat supaya cepat recover,” kongsinya lagi.
Pun begitu kata Tasha, dia bersyukur keadaan anak kecilnya itu dalam keadaan baik. Semoga dipermudahkan buat Tasha dan Mateen.
Menarik: Halus Sungguh Permainan Anak Kedua, Lila Amina Dah Setahun, Awal & Scha Kongsi Momen Indah
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Berhari-Hari Tak Cium Mateen Langsung” Tasha Manshahar & Anak 3 Bulan Positif Covid-19! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/berhari-hari-tak-cium-mateen-langsung-tasha-manshahar-anak-3-bulan-positif-covid-19/