Julat Bunyi Letusan Gunung Berapi Di Tonga Bagaikan Krakatau Saintis


AGENDA DAILY  Satelit merakamkan letusan gunung berapi dasar laut di Tonga, yang mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara kepulauan Pasifik Selatan pada Sabtu. - Gambar Reuters
Ancaman tsunami di sekitar Pasifik daripada letusan gunung berapi dasar laut yang besar mula kurang, tetapi awan abu tebal terus menutupi negara pulau kecil Tonga, menghalang penerbangan pengawasan menilai tahap kerosakan akibat ombak yang dipercayai telah membanjiri seluruh bandar.
Video yang dikongsi di media sosial selepas letusan itu menunjukkan orang ramai berlari ke tempat yang lebih tinggi ketika tsunami setinggi satu meter melanda kawasan pantai dan menuju ke pedalaman manakala langit menjadi gelap dengan abu.
Ledakan sonik boleh didengari sejauh Alaska. Ia disahkan Institut Geofizik Universiti Alaska Fairbanks.
Tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kematian menjelang petang Ahad, dengan komunikasi terhad, selain bantuan telah terputus.
Letusan di Tonga itu mencetuskan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud, sangat besar sehingga dapat dilihat dari angkasa lepas dan menyebabkan gelombang tsunami menghempas pantai pulau Pasifik.
Di Amerika Syarikat (AS), ombak sehingga 4.1 kaki direkodkan di Port San Luis pada Sabtu, dan gelombang kesan tsunami direkodkan di sepanjang pantai di California, Oregon, Washington, British Columbia dan Alaska.
Pantai di Chile kosong setelah orang ramai diberi amaran 
tsunami bakal berlaku susulan letupan gunung berapi dasar l
aut di Tonga, ribuan kilometer dari negara itu. – Gambar Reuters
Imej-imej satelit menunjukkan letusan yang menakjubkan dari angkasa dan di sebalik amaran yang teruk, orang ramai berpusu-pusu ke pantai untuk melihat ombak tsunami yang semakin meningkat.
Tonga yang dilanda tsunami sebahagian besarnya masih tidak dapat dihubungi pada Ahad dengan pautan telefon dan internet terputus, meninggalkan saudara-mara di New Zealand yang jauh berdoa untuk keluarga mereka di kepulauan Pasifik kerana laporan mangsa masih belum diterima.
Ombak kesan daripada letusan itu menyebabkan kerosakan kepada bot sejauh New Zealand dan Santa Cruz, California.
Sementara, pantai Pasifik Jepun pula dilanda ombak hari ini, dengan hampir 230,000 penduduk diarah berpindah ke tempat lebih tinggi susulan ancaman tsunami.
Agensi Meteorologi Jepun pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran tsunami di wilayah timur laut Iwate dan kepulauan barat daya Amami dan Tokara di Wilayah Kagoshima, meramalkan ombak setinggi 3 meter, tetapi kemudiannya menurunkan amaran kepada nasihat. Semua nasihat itu ditarik balik pada jam 2 petang tadi.
Orang ramai melihat kerosakan yang berlaku di Tutukaka, New 
Zealand setelah marina itu dihempas ombak akibat letusan 
gunung berapi dasar laut di Tonga semalam. – Gambar AP
Saintis New Zealand Marco Brenna, pensyarah kanan di Sekolah Geologi Universiti Otago, menyifatkan kesan letusan itu sebagai ‘agak sederhana’ tetapi berkata satu lagi letusan dengan impak yang lebih besar tidak boleh diketepikan.
“Sebahagian daripada isyarat tekanan dan gelombang di Alaska berada dalam julat yang boleh didengar. Isyarat yang sangat besar tidak mengejutkan memandangkan skala letusan, tetapi aspek kedengaran itu adalah agak unik, ” katanya, memetik saintis Balai Cerap Gunung Berapi Alaska, David Fee.
“Beliau (Fee) mengingati beberapa letusan gunung berapi lain pernah melakukan sedemikian, seperti Krakatau dan Novarupta,” tweet institut itu, merujuk kepada letusan abad ke-19 Krakatau di Indonesia dan Novarupta Alaska, letusan gunung berapi paling kuat pada abad ke-20. – Agensi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/julat-bunyi-letusan-gunung-berapi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letusan Gunung Berapi Tonga Cetus Kerosakan Besar

Letusan Gunung Berapi Tonga Cetus Kerosakan Besar

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 158 hits
HARAKAH DAILY WELLINGTON Letusan gunung berapi mega di Tonga yang mencetuskan gempa bumi di bawah laut menyebabkan gelombang tsunami di sekitar Pasifik telah mengakibatkan kerosakan besar kepada ibu negara pulau itu yang kini diselubungi de...
Letusan Gunung Berapi Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Letusan Gunung Berapi Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 193 hits
Oleh LETUSAN gunung berapi dasar laut yang berlaku di perairan Tonga semalam tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia FOTO USGS LETUSAN Gunung Berapi Hunga Tonga Hunga Ha apai yang berlaku di perairan Tonga semalam tidak mengakib...
Penampakan Letusan Gunung Api Bawah Laut Di Tonga Yang Picu Tsunami

Penampakan Letusan Gunung Api Bawah Laut Di Tonga Yang Picu Tsunami

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 191 hits
Penampakan Letusan Gunung Api Bawah Laut di Tonga yang Picu Tsunami Gunung berapi bawah laut Hunga Tonga Hunga Ha apai di Tonga meletus dan memicu tsunami Penampakan dahsyatnya letusan gunung tersebut terekam oleh satelit Himawari 8 Jepang
Detik Detik Tsunami Terjang Tonga Karena Letusan Gunung Api Bawah Laut

Detik Detik Tsunami Terjang Tonga Karena Letusan Gunung Api Bawah Laut

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 236 hits
Letusan Gunung Berapi Tonga 15Jan2022Salah satu letusan gunung berapi paling ganas pernah direkodkan gunung berapi Tonga Tonga di Tonga Kepulan besar dilihat naik ke atmosfera pada pukul 5 30 petang waktu tempatan Letusan itu berlaku sehari...
Gunung Api Bawah Laut Di Tonga Meletus Berikut Fakta Faktanya

Gunung Api Bawah Laut Di Tonga Meletus Berikut Fakta Faktanya

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 246 hits
Sebabkan tsunami apakah letusan gunung yang terletak di perairan Samudra Pasifik tersebut akan berdampak pada Indonesia
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 744 hits
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi Masak apa dinner korang Tapau atau masak sendiri Kalau masak sendiri kita geng kalau tak sempat masak nak buat macam mana kan Kadang kadang jalan jem pun boleh jadi sebab kita tak sempat masak ...
Tumpahan Minyak Yang Terbawa Tsunami Tonga Selimuti Pantai Peru

Tumpahan Minyak Yang Terbawa Tsunami Tonga Selimuti Pantai Peru

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 167 hits
Tumpahan Minyak yang Terbawa Tsunami Tonga Selimuti Pantai Peru Tumpahan minyak itu diyakini terbawa oleh gelombang air laut yang dipicu oleh letusan gunung berapi bawah laut di Tonga beberapa waktu yang lalu Tumpahan itu juga mengakibatkan...
Polisi Kantongi Identitas Pelaku Tendang Sesajen Di Gunung Semeru Diburu 2 Polres

Polisi Kantongi Identitas Pelaku Tendang Sesajen Di Gunung Semeru Diburu 2 Polres

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 131 hits
Sebelumnya warganet menelusuri identitas pria yang menendang sesajen dengan mengumandangkan takbir itu Hasil penelusuran warganet itu juga dibenarkan oleh polisi Terduga Pelaku berinisial HF lanjut AKBP Eka
Gunung Merapi Luncurkan Awan Panas Guguran Mencapai 1 500 Meter

Gunung Merapi Luncurkan Awan Panas Guguran Mencapai 1 500 Meter

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 196 hits
Hingga saat ini BPPTKG masih mempertahankan status Gunung Merapi pada Level III atau Siaga
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu