Juara Pertandingan Fastest Pizza Maker Malaysia 2019 Speedy Wanli
Kepantasan dan kualiti jelas fokus utama bagi pertandingan Domino’s Pizza Fastest Pizza Maker yang berlangsung di cawangan ke-200 Domino’s Pizza iaitu Galleria Cyberjaya. 14 pembuat piza terkemuka daripada seluruh Malaysia memaparkan aksi dan kemahiran mereka dengan membuat “10-point” piza semasa pertandingan tahunan tersebut dengan harapan untuk merebut empat tempat sebagai wakil pertandingan di peringkat Asia-Pasifik
Pembuat Piza diseluruh negara bertanding untuk merebut peluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa
Dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf kemahiran dan kepakaran pengurusan masa pembuat piza Domino’s diserata dunia, para pesaing dikehendaki untuk membuat tiga jenis piza bersaiz besar, yang menampilkan Pepperoni, Cendawan dan Keju secepat mungkin sambil mematuhi peraturan kualiti Domino’s.
Piza-piza tersebut telah dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu “dough & saucing”, “portioning” dan “placement” topping. Di samping itu, skala digital berkalibrasi telah digunakan untuk mengesahkan berat setiap piza adalah tepat. Kad skor gred baru juga diperkenalkan demi memastikan ketepatan markah bagi setiap pembuat piza.
Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Bakat para pembuat piza diuji di pusingan terakhir dalam pertandingan pada hari ini. Pembuat piza yang berentap pada hari ini adalah daripada yang terunggul dari kalangan pembuat piza kita dan mereka menunjukkan ciri-ciri usaha keras, minat serta ketepatan yang diterapkan setiap hari dalam pembuatan piza untuk para pelanggan kami. Kami amat gembira kerana dapat mempersembahkan kepada mereka pada hari ini terutamanya kerana mereka sentiasa sibuk bekerja dibelakang tabir, menyediakan piza. Mereka adalah sebab utama para pelanggan tidak putus serta jemu membeli dan untuk itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bukan itu sahaja, pertandingan tahun ini juga menyaksikan penyertaan sama ramai antara wanita dan lelaki. Ini membuktikan bahawa kemahiran dan bakat melangkaui jantina dan kami amat gembira untuk menonjolkan bakat mereka semua.”
“Pembuatan piza mungkin kelihatan mudah, namun ianya memerlukan skil khas yang disempurnakan dari masa ke semasa dan melalui latihan yang berterusan. Para pembuat piza ini telah menguasai teknik dan seni pembuatan piza adunan tangan. Oleh itu, pertandingan Fastest Pizza Maker ini adalah platform yang sempurna untuk kami mengiktiraf kepakaran para pembuat pizza daripada seluruh Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian mereka dan teruja dengan penyertaan mereka di peringat Asia-Pasifik yang bakal bertempur dengan rakan serantau mereka.”
Juara Pertandingan Fastest Pizza Maker Malaysia 2019 - Speedy Wanli
Speedy Wanli atau lebih dikenali sebagai Fadzwanli Bin Mohd, juara bagi pertandingan Fastest Pizza Maker 2019, berkata,
“Saya amat berbangga kerana berpeluang untuk mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Penyertaan hari ini adalah penyertaan kali kedua saya. Saya telah menyertai pertandingan ini pada 2017 buat pertama kali dan saya telah bekerja keras untuk memenangi tempat kedua pada masa itu. Saya berpeluang bersaing dengan pembuat piza terkemuka daripada seluruh Asia. Daripada 24 peserta, saya berada di tempat tujuh teratas dalam pertandingan diperingkat Asia-Pasifik tersebut dan saya berasa amat gembira memegang gelaran tersebut. Tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik dalam pertandingan Asia-Pasifik sekaligus memastikan rakyat Malaysia berbangga dengan usaha saya,”
Beliau telah dinobatkan sebagai juara pertanding Fastest Pizza Maker 2019 dengan catatan masa hanya 80 saat dan beliau telah membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000, sekaligus berpeluang mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Pemenang kedua adalah Izuan Bin Adib atau juga dikenali sebagai Izuan da’ Wolverine memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan Syahmi Bin Shaheran atau nama samarannya, Syahmi da’ Flash adalah pemenang bagi tempat ketiga dengan wang tunai berjumlah RM300. Juara dan pemenang tempat kedua bakal mewakili Domino’s Pizza Malaysia di peringkat Asia-Pasifik, dengan keseluruhan perbelanjaan ditanggung penuh oleh pihak syarikat. “Berpegang teguh kepada janji It’s All About You, kami terus meningkatkan proses kami yang melibatkan banyak kemudahan, teknologi dan inovasi. Ini digabung dengan kemahiran yang dimiliki oleh pembuat piza kami adalah kombinasi yang terbaik dalam menghasilkan perkhidmatan yang lancar untuk para pelanggan,” rumus beliau.Memegang falsafah syarikat, iaitu “Smart Hustle”, Domino’s Pizza Malaysia telah mengadakan pertandingan tahunan Fastest Pizza Maker sejak daripada tahun 1998 demi mengiktiraf para pembuat piza yang memberi contoh terbaik dalam penghantaran yang selamat dan tepat pada masanya. Pertandingan ini dibuka kepada semua para pembuat piza yang bekerja bersama Domino’s Pizza
Sejumlah 474 pembuat piza dari seluruh Malaysia mengambil bahagian diperingkat tempatan yang bermula pada Januari tahun ini. Daripada jumlah tersebut, persaingan sengit kelihatan apabila hanya 114 pembuat piza telah layak ke peringkat kebangsaan. 14 yang teratas layak ke peringkat seterusnya sebagai finalis bagi pertandingan Fastest Pizza Maker di Malaysia.
Selain daripada para peserta, pihak media juga diberi peluang untuk mempelajari pembuatan pizza bersama pakar pembuat piza Domino’s
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2019/03/juara-pertandingan-fastest-pizza-maker.html