Pertandingan Vlog Mbmb 2019 Tawar Hadiah Wang Tunai Lumayan
Dewasa ni kita boleh lihat dan rasa sendiri bahawa medium vlog sangat mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya pada pengguna tegar sosial media. Mungkin melalui medium ini info atau maklumat yang nak disampaikan oleh mereka lagi mudah untuk difahami dan diterima oleh mereka yang menonton. Bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah pada 15 April 2019 yang lalu, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019
Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka
Untuk pengetahuan korang semua, pertandingan Vlog dipilih adalah seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini. Apa yang saya boleh katakan bahawa video merupakan medium yang sedang trending pada ketika ini. Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020
Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka
Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat turunkan ke instagram, facebook dan youtube. Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka. Oleh sebab yang demikian, pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City* ini akan berkonsepkan empat elemen utama iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka.
Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang
Micheal Ang selaku salah seorang dari juri yang akan mengadili pertandingan Vlog MBMB 2019
Menurut Micheal Ang, pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share kat sosial media.
Pertandingan vlog MBMB 2019 tawar hadiah wang tunai lumayan
Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang boleh dapat tahu dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , youtube, dan social media , serta bloggers untuk sama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.
Antara syarat syarat pertandingan :Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019*Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari:-http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfmYuran Penyertaan : Warganegara : RM 100.00 | Antarabangsa : USD 50Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka BersejarahRHB Islamic Bank Berhad2540 1300 0099 67
Hadiah yang ditawarkan :
Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk:
Tempat pertama : wang tunai RM7000.00 berserta Penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.Tempat kedua : wang tunai RM5000.00, Penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan.Tempat ketiga : wang tunai RM3000.00, Penginapan 3hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing
Syarat Penyertaan :
Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini
Norhaszurah : http://www.wasap.my/60122291510/vlogmbmbShahida : http://www.wasap.my/60136528223/vlogmbmbAkmal : http://www.wasap.my/60136510987/vlogmbmb
Jom sertai Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
#vlogMBMB*#vlogMBMB#theuniquenessofmelakacity#visitmelaka2019
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/03/pertandingan-vlog-mbmb-2019-tawar.html