Jualan Penternak Tempatan Melonjak Lepas Kartel Daging Dibongkar


 

Pembongkaran isu daging sejuk beku import dengan status halal meragukan pada awal Disember lepas telah membuka laluan penternak tempatan meningkatkan hasil jualan bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap produk daging ketika ini.


Antara syarikat yang menerima tempias positif akibat pembongkaran itu ialah Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau di Johor Bahru yang telah bertapak di pasaran sejak 31 tahun lepas.


Pengarah Urusannya Osman Cheya Kutty berkata sejak pendedahan isu itu, jualan daging kambing syarikatnya melonjak daripada hanya tiga ekor sehari kepada sembilan ekor sehari yang dipercayai didorong oleh kesedaran masyarakat yang mahukan daging diyakini halal.


“Walaupun harga daging kambing tempatan segar dijual lebih mahal iaitu sekitar RM60 sekilogram berbanding RM25 bagi daging import sejuk beku, namun kebanyakan masyarakat sanggup membelinya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perniagaan itu di sana, hari ini.




Osman berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memenuhi peningkatan permintaan daging kambing berikutan syarikatnya memiliki kira-kira 3,000 ekor kambing pada masa ini.


“Ladang ternakan kami di Seelong, Kulai dan di sini (Kangkar Tebrau) mempunyai dua baka kambing tempatan iaitu jenis Jamna Pari dan Boer serta empat baka kambing biri-biri yang diimport dari Australia iaitu Damara, Merino, Vanroy dan Awassi.


“Buat masa ini, bekalan mencukupi untuk memenuhi peningkatan permintaan dari seluruh Johor,” katanya sambil memaklumkan pembeli turut boleh melihat sendiri proses penyembelihan yang dilakukan oleh empat penyembelih bertauliah ketika berkunjung untuk membeli produk di premis mereka.


Pada 1 Dis lepas, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan.


Sementara itu, Osman berkata kejadian banjir yang melanda bandar raya ini telah mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian kira-kira RM60,000 melibatkan kerosakan stok daging, produk susu dan makanan kambing yang disimpan di pusat jualan di Kangkar Tebrau, selain daripada perkakasan elektrik dan perabot yang terdapat di pejabat serta surau.


Menurutnya, premis berkenaan dinaiki air dengan ketinggian 1.2 meter ketika pihaknya sedang menyediakan bekalan makanan kepada 600 mangsa banjir di sekitar kawasan Kangkar Tebrau pada 11 pagi, 2 Jan lalu.


-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/jualan-penternak-tempatan-melonjak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Haram Kenapa Hanya Jakim Diserang

Kartel Daging Haram Kenapa Hanya Jakim Diserang

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 235 hits
Patutnya Genting perlu ditutup kerana kegiatan judi juga haram BANGI Kenapa nampak seakan akan marah terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedangkan agensi itu yang banyak berusaha untuk meningkatkan syiar Islam di Malaysia Justeru dalam...
Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 434 hits
SIASATAN ISU KARTEL DAGING MENYALAHGUNAKAN PENGESAHAN LOGO HALAL POLIS DIRAJA MALAYSIA MENGESAHKAN TELAH MENERIMA LAPORAN POLIS DAN SEDANG MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING IMPORT YANG MENGGUNAKAN LABEL HALAL PALSU UNIT SIASA...
Kartel Daging Jangan Anggap Selesai Kpdnhep Belum Cuci Tangan

Kartel Daging Jangan Anggap Selesai Kpdnhep Belum Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 241 hits
Rosol Wahid KUALA BERANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila...
6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

6208 Kronologi Isu Kartel Seludup Daging Sejuk Beku Tahun 2020 Sinar Harian 30 12 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 373 hits
Kronologi isu kartel seludup daging sejuk beku tahun 2020Artikel oleh Sinar HarianKRONOLOGI ISU KARTEL SELUDUP DAGING SEJUK BEKU TAHUN 2020
Kartel Daging Haram Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna

Kartel Daging Haram Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Pihak berkuasa negeri Pahang diminta mengambil langkah bagi mengekang penularan perkara perkara tidak diingini dan boleh menjejaskan keharmonian berikutan isu kartel daging haram import ketika ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang And...
Pdrm Beri Jaminan Turut Siasat Isu Kartel Daging Import Kpn

Pdrm Beri Jaminan Turut Siasat Isu Kartel Daging Import Kpn

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 405 hits
Abdul Hamid Bador LANGKAWI Polis DiRaja Malaysia beri jaminan untuk turut membantu siasatan kes kartel daging import walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah agensi paling relevan dalam isu itu Ketua Polis...
Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 216 hits
Dr Ibrahim Ali KUALA LUMPUR Isu kartel daging haram bukan perkara baharu dan ianya ibarat setitik air dalam lautan kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali Katanya sebelum ini sudah banyak pendedahan menge...
Sabah Umno Chief Confident In Party S 34 Year Struggle And Revival

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel

Ikan Taucu Sedap Kredit Dapur Kecik Naza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat